FFM32: Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 2022

Sekalung tahniah buat calon-calon akhir (Top 5) pelbagai kategori di Festival Filem Malaysia ke 32.

Pemenang kategori Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) bakal berlangsung di Encore, Melaka pada 2 Disember 2022 (Jumaat) berpeluang membawa pulang wang tunai antara RM5,000 hingga RM15,000.

Pada pengiktirafan berprestij itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memperuntukkan wang tunai sebanyak RM200,000 bagi keseluruhan pemenang untuk edisi kali ini.

Pemenang bagi kategori Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman dihadiahkan pakej umrah dan RM15,000.

“Pemenang akan dihadiahkan hadiah wang tunai lumayan dan pakej menunaikan umrah untuk kategori Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman. Kami ada kriteria jelas bagi memilih pemenang,” katanya.

Berhubung soal penjurian, Md Nasir berkata panel juri terbabit tidak akan didedahkan, namun, proses itu diyakini bakal dibuat dengan cukup telus.

“Ia akan diadili juri profesional yang mana ketelitian terhadap setiap subjek sangat dititikberatkan. Pengadilan juga tidak akan bersifat pilih kasih,” katanya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Festival Filem Malaysia ke-32 yang bakal berlangsung.

festival filem malaysia 2022 ffm32

Latarbelakang Festival Filem Malaysia

Festival Filem Malaysia yang bermula dari tahun 1980 adalah acara tahunan bertaraf nasional yang dianjurkan kerajaan melalui FINAS.

Tahun 2022 ini merupakan edisi festival ke-32.

Tema : FILEM KITA, CITRA KITA

Filem Malaysia adalah manifestasi jenama produk filem tempatan bermutu tinggi dan berkualiti dengan nilai identiti dan budaya nasional yang melahirkan impak globalisasi merentas sempadan

  • Mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan penggiat industri filem tanah air
  • Mengukuhkan jaringan dan kerjasama strategik di antara kerajaan dan pihak industri dengan pelaksanaan program-program yang mengangkat profesionalisme para penggiat industri filem tanah air
  • Usaha pembudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya-karya berkualiti seterusnya mewujudkan sistem sokongan kepada pemerkasaan industri

Calon Top 5 FFM32 Setiap Kategori

Bagi FFM 32 ini, filem Split Gravy arahan Datuk Zahim Al-Bakri meraih pencalonan terbanyak dengan 14 kategori.

Filem itu tercalon untuk kategori Rekaan Busana Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Wanita Harapan (Bernie Chan dan Joelah Charles) dan Pengarah Harapan.

Ia turut dicalonkan untuk kategori Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Juliana Ibrahim), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Datuk Zahim Albakri), Pelakon Wanita Terbaik (Bernie Chauly), dan Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Rahim Razali).

Mengikuti rapat adalah filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa dengan 13 pencalonan antaranya menerusi Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik. 

Pada sidang media pengumuman Top 5 pencalonan itu hari ini, pelakon Alicia Amin yang membintangi filem The Disappearance of Irdina Adhwa turut tercalon Pelakon Wanita Harapan.

Turut unggul dengan 10 pencalonan adalah filem berkisar pandemik iaitu Juang. Antaranya Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Izzue Islam), dan Pelakon Wanita Terbaik (Sangeeta).

Tidak ketinggalan, filem Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof pula mendapat sembilan pencalonan. Ia termasuk Penyunting Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ozlyn), Pengarah Terbaik (Syafiq).

31 Kategori & Anugerah FFM32 

  1. Filem Terbaik
  2. Pengarah Terbaik
  3. Pelakon Lelaki Terbaik
  4. Pelakon Wanita Terbaik
  5. Skor Muzik Asal Terbaik
  6. Cerita Asal Terbaik
  7. Lakon Layar Terbaik
  8. Penyunting Terbaik
  9. Sinematografi Terbaik
  10. Penataan Bunyi Terbaik
  11. Anugerah Penggiat Belakang Tabir 
  12. Anugerah Seniman Sepanjang Zaman 
  13. Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman 
  14. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa 
  15. Pengarah Harapan
  16. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  17. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 
  18. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
  19. Pelakon Wanita Harapan
  20. Pelakon Lelaki Harapan
  21. Lagu Tema Terbaik 
  22. Rekaan Busana Terbaik
  23. Kesan Khas Visual Terbaik
  24. Penataan Seni Terbaik
  25. Poster Terbaik
  26. Tatarias Terbaik
  27. Anugerah Khas Juri 1
  28. Anugerah Khas Juri 2
  29. Anugerah Khas Juri 3
  30. Anugerah Filem Box Office
  31. Anugerah Filem Pendek Terbaik 
festival filem malaysia ffm32 ffm 32
festival filem malaysia ffm32 ffm 32
festival filem malaysia ffm32 ffm 32
festival filem malaysia ffm32 ffm 32
festival filem malaysia ffm32 ffm 32
festival filem malaysia ffm32 ffm 32

Hos & Penyampai Anugerah FFM32

Dihoskan Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim, FFM32 akan diserikan dengan persembahan penyanyi hebat termasuk Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Datuk Zainal Abidin, Marsha, De Fam, Han Byul, Amir Masdi dan Hazama.

Antara penyampai anugerah pula ialah Maya Karin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh, Jasmine Suraya, Faizal Hussien, Hanis Zalikha, Ashraf Muslim, Namron, Fify Azmi, Sangeeta, Zul Ariffin dan Jason Chong.

Tarikh & Waktu Festival Filem Malaysia 2022

Malam anugerah FFM32 akan berlangsung pada 2 Disember 2022 di Encore, Melaka jam 9.00 malam secara langsung di RTM TV2

Pada kemuncak anugerah itu yang berlangsung di Encore, Melaka, lebih 1,400 jemputan termasuk 250 artis tercalon serta 21 artis veteran dari Singapura dan tempatan bakal memeriahkan acara.

Persembahan

  • Siti Nordiana
  • Azlan & the Typewriters 
  • Ernie Zakri
  • Zainal Abidin 
  • Marsha
  • De Fam
  • Han Byul 
  • Amir Masdi 
  • Hazama 

Penyampai Anugerah

  • YM Dato’ Sri Shah Rezza
  • Syafiq Yusof
  • Maya Karin
  • Ummi Nazeera 
  • Liyana Jasmay 
  • Azira Shafinaz
  • Hairul Azreen
  • Nadiya Nisaa
  • Fify Azmi 
  • Tunku Mona Riza
  • Sharifah Aryana
  • Fabian Loo
  • Pauline Tan 
  • Sangeeta Krishnasamy
  • Jasmine Suraya
  • Namron
  • Raja Mukhriz
  • Adrian Teh
  • Hanis Zalikha
  • Faizal Hussein
  • Zul Ariffin
  • Intan Ladyana
  • Nadhir Nasar
  • Farah Ahmad
  • Ashraf Muslim
  • Jason Chong 

Senarai Pemenang

Tahniah untuk para pemenang 31 kategori di FFM32 yang berlansungkan di Encore, Melaka pada 2hb Disember 2022. Filem Kita Citra Kita.

Berikut merupakan senarai pemenang FFM32:

  1. Anugerah Khas Filem Box Office – Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
  2. Poster Terbaik – Small Town Heroes
  3. Kesan Khas Visual Terbaik – Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
  4. Filem Pendek Terbaik – Can You Love Me Most?
  5. Tatarias Terbaik – Malya Artwork (Rasuk)
  6. Rekaan Busana Terbaik – Rosada Abdul Hamid (Spilt Gravy)
  7. Penataan Seni Terbaik – Raja Malek & Wong Taysy (Spilt Gravy)
  8. Penataan Bunyi Terbaik – Charlene Ong & Chye Leng (Air Force The Movie Selagi Bernyawa)
  9. Skor Muzik Asal Terbaik – Tan Yen Hue, Tan Shin Hwa & David Ngam Teck Wai (Small Town Heroes)
  10. Lagu Tema Terbaik – Wira Hatiku: Lim Yee Chung (Juang)
  11. Sinematografi Terbaik – Steven Chua Jyh Shyan (Small Town Heroes)
  12. Penyunting Terbaik – Isazaly Isa & A Samad Hassan (Spilt Gravy)
  13. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Phua Chandler (Small Town Heroes)
  14. Pelakon Wanita Harapan – Layla Sania Khairuzikri (Small Town Heroes)
  15. Pelakon Lelaki Harapan – Jaa Suzuran (Autumn In Wales)
  16. Pengarah Harapan – Datuk Zahim Albakri (Spilt Gravy)
  17. Anugerah Khas Juri 1 – Asia Tropical Films Sdn Bhd (Juang)
  18. Anugerah Khas Juri 2 – Studio Kembara Sdn Bhd (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)
  19. Anugerah Khas Juri 3 – Multimedia Film Productions Sdn Bhd (Air Force The Movie: Selagi Bernyawa)
  20. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa – Ranah 3 Warna
  21. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Akma Suriati Awang
  22. Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman – Seniwati Datuk Sarimah Ahmad
  23. Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman – Seniman Mat Sentol
  24. Cerita Asal Terbaik – Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)
  25. Lakon Layar Terbaik – Jit Murad, Datuk Zahim Albakri & June Tan (Spilt Gravy)
  26. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Juliana Ibrahim (Spilt Gravy)
  27. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Beto Kusyairy (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)
  28. Pelakon Wanita Terbaik – Tan Chui Mui (Barbarian Invansion)
  29. Pelakon Lelaki Terbaik – Datuk Adi Putra (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)
  30. Pengarah Terbaik – Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)
  31. Filem Terbaik – ZSA Productions Sdn Bhd / Nuansa Sdn Bhd (Spilt Gravy).

Siaran Langsung (LIVE Streaming)

Saksikan secara langsung Malam Anugerah FFM32 di TV2 pada jam 9.00 malam. 

Tarikh : 2 Disember 2022 (Jumaat)

Masa : 9.00 – 12.00 Malam

Tempat : Encore, Melaka

Siaran Langsung : TV2, RTM

Pautan LIVE Streaming: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!