Biodata Faisal Halim, Pemenang Gol Terbaik Piala Asia Qatar

Disifatkan sebagai pemain lincah setiap kali mengawal bola di atas padang, aksi Faisal Halim membuatkan banyak mata terpegun dan mengidolakan dirinya.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Faisal Halim.

Baca juga:

Latar Belakang

faisal halim
Kredit Instagram @faisalhalim.7
NamaMuhammad Faisal bin Abdul Halim
Nama GelaranMickey
Tarikh Lahir7 Januari 1998 (26 tahun pada 2024)
Tempat LahirMengkuang Titi, Penang
PekerjaanPemain bola sepak kebangsaan
PosisiPenyerang / Pemain sayap
Tahun Aktif2015 – sekarang
Pasukan TerkiniSelangor, Nombor Jersi 7
Ketinggian158 cm
Kaki UtamaKaki kiri
Berat badan52 kg
Akaun Media SosialInstagram @faisalhalim.7
TikTok @faisalhalimmickey7

Kehidupan Peribadi

Faisal Halim telah menamatkan status bujangnya pada tahun 9 Mac 2019 selepas mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nursyazwani.

Hasil perkongsian hidup bersama lima tahun ini, beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Khalish Aryan yang kini berusia empat tahun.

Sifat penyayang dan bertanggungjawabnya sebagai seorang bapa tidak memberi jurang yang besar walaupun beliau terikat dengan komitmen dan jadual yang padat sebagai seorang pemain bola sepak kebangsaan.

faisal halim
Kredit Instagram @faisalhalim.7
Kredit Instagram @faisalhalim.7

Kerjaya & Profesional

Faisal Halim memulakan karier bola sepaknya sejak dibangku sekolah lagi apabila menyertai Soccer Kids musim ke-3.

Beliau terpilih sebagai antara pelatih terbaik dan dibawa untuk melawat ke Akademi Tottenham Hotspur di United Kingdom.

Laluannya diteruskan lagi dengan penyertaan dalam program realiti Mencari Ramli.

Dalam program ini beliau bersama lima orang lagi pelatih lain telah dibawa ke Old Trafford dan berlatih bersama-sama pemain Manchester United.

Kredit Majoriti

Karier profesional Faisal Halim bermula bersama pasukan belia negeri Pulau pinang. Pada tahun 2015, beliau diserap masuk ke skuad senior, Penang FC bermula dari tahun 2016 hingga 2020.

Kariernya semakin berkembang apabila pasukan bola sepak Pahang datang ke rumah beliau untuk menandatangani kontrak sebagai pemain Pahang. Pada Piala FA tahun 2018, Sri Pahang berjaya menjadi juara.

Faisal Halim meneruskan kariernya bersama Terengganu FC dan menyarung jersi nombor 7 dengan kontrak selama dua tahun bermula 6 Disember 2020.

Sehinggalah pada 22 Disember 2022, Faisal telah berpindah ke Selangor FC dan menjadi tonggal penting pasukan tersebut.

Beliau juga merupakan salah satu tonggal utama skuad Harimau Malaya.

Pencapaian Faisal Halim

Sebagai seorang pemain profesional yang memegang posisi penyerang, Faisal berjaya menampilkan persembahan terbaik dengan membantu serangan demi serangan bagi membolos pintu gol lawan.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Faisal Halim sepanjang menjadi pemain bola sepak:

  • Naib Juara Piala Presiden Malaysia 2015 (Penang)
  • Juara Piala FA Malaysia 2018 (Pahang)
  • Naib Juara Piala FA 2022 (Terengganu)
  • Naib Juara Piala FA 2022 (Terengganu)
  • Naib Juara Piala Raja Thailand 2022(Malaysia)
  • Naib Juara Pesta Bola Merdeka 2022 (Malaysia)
  • Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Malaysia – FAN XI Tahun 2022
  • Kejohanan Bola Sepak ASEAN XI Terbaik Tahun 2022
  • Naib Juara Liga Super 2023 (Selangor FC)
  • Piala Asia AFC Gol Terbaik Tahun 2023
Kredit Instagram @faisalhalim.7
Kredit Instagram @faisalhalim.7
Kredit Facebook AFC Asian Cup

Fakta Menarik Mengenai Faisal Halim

  • Diberi jolokan nama Mickey
  • Sepanjang perkhidmatannya bersama skuad negara, beliau telah menjaringkan 15 gol dalam 34 penampilan
  • Menjaringkan 21 gol dari 42 pertandingan bersama Terengganu di Liga Super Malaysia
  • Nama jersi yang dipakai, FAISAL H.
  • Mula terinspirasi untuk menjadi pemain bola sepak profesional kerana melihat kegigihan ayahnya
  • Digelar “CR Malaysia” kerana sering meraikan gol dengan selebrasi yang dilakukan oleh bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Tahniah Faisal Halim, semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan bola sepak tanah air.

Sumber:

  1. Instagram @faisalhalim.7
  2. Faisal Halim. Football Critic
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!