Biodata Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Adam Adli merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baru di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.

Sebut sahaja namanya, pasti ramai akan teringat akan perjuangannya satu ketika dahulu sebagai seorang aktivis.

Antara dua isu utama yang lantang diperjuangkannya dahulu adalan pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN.

Maka tidak hairanlah di media sosial, ramai netizen terutamanya daripada pihak pembangkang banyak memperlinya mengenai dua isu ini yang nampaknya terus senyap seribu bahasa.

Berikut merupakan sedikit sebanyak latarbelakang pemuda bernama Adam Adli yang kini merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik.

Latar belakang

Nama penuh: Adam Adli Abd Halim (lebih dikenali sebagai Adam Adli)

Tarikh lahir: 3 July 1989

Pendidikan: Belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris namun pada 9 Januari 2013, beliau telah digantung selama tiga semester yang berakhir pada September kerana mencemarkan nama universiti dan mengganggu ketenteraman dan keselamatan orang ramai.

Parti politik: Parti Keadilan Rakyat

Karier politik

Adam Adli bermula sebagai seorang aktivis pelajar.

Pada 16 September 2021, Adam Adli secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat bersama 20 aktivis muda dan pemimpin pelajar lain, termasuk peguam Asheeq Ali, dan aktivis Sarah Hadi.

Selepas pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2022, beliau dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk parti itu untuk penggal 2022-2026.

Pengumuman namanya sebagai calon calon Parlimen Hang Tuah Jaya bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ternyata mengejutkan banyak pihak memandangkan beliau merupakan orang luar.

Namun, beliau berjaya mengekalkan kerusi milik Pakatan Harapan itu dengan majoriti 8640 undi, satu jumlah yang agak selesa dan meyakinkan.

Kini, beliau bakal bekerja sama dengan Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan.

Kontroversi

Pada 13 Mei 2013, Adam Adli telah ditahan atas kenyataan yang dibuatnya semasa forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur.

Beliau telah ditangkap pada 3:15 PM pada 18 Mei 2013 di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.[4] Adli digari di pejabatnya di Bangsar akan didakwa dengan hasutan dan disiasat mengikut Seksyen 125b Kanun Keseksaan, kerana bertindak dengan cara yang memudaratkan demokrasi berparlimen Malaysia.

Pada 19 Mei 2013, beliau telah direman oleh pihak berkuasa Malaysia selama lima hari sehingga 23 Mei berikutan penahanannya kerana menghasut.

Ketua Polis Bandaraya Timbalan Komisaris Datuk Mohmad Salleh berkata perintah reman itu bagi membantu polis menyiasat Adam Adli berhubung kenyataan yang dibuatnya semasa forum 13 Mei.

Pada 22 Februari 2018, Adam Adli dibebaskan daripada tuduhan menghasut.

Hakim menyatakan bahawa “sabitan itu tidak sah kerana beberapa salah arah dalam undang-undang”, semasa keputusan Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

Setelah dibebaskan, Adam Adli melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!