Kenali Benedict Sandin, Ahli Etnografi Kelahiran Sarawak

Siapakah Benedict Sandin?

Nama beliau mula mendapat perhatian pada tahun 2020 selepas Google mengabadikan satu doodle khas sempena hari kelahiran beliau di muka hadapan enjin carian tersebut.

Secara ringkasnya, Benedict Sandin merupakan seorang pencerita rakyat dan ahli etnografi yang telah berkhidmat sebagai kurator muzium yang tertua di Borneo: Muzium Sarawak.

Kenali Benedict Sandin

Benedict Sandin dilahirkan Sandin anak Attat pada 1918 pada tarikh hari ini (18 Oktober), di sebuah rumah panjang bernama Kerangan Pingai yang terletak di lembangan Saribas, di daerah Saratok, Sarawak.

Beliau yang berketurunan Iban (antara suku kaum asli yang terbesar di Malaysia) telah mendapat sanjungan para ahli akademik sebagai salah seorang pakar kaum Iban yang terunggul di dunia; beliau telah mendedikasikan hidupnya untuk memelihara warisan asli kaumnya. 

Beliau diperkenalkan kepada bahasa Iban yang penuh puitis menerusi bapanya, dimana Sandin bukan sahaja berjaya menguasainya tetapi juga telah meneruskan untuk membela bahasa ini.

Pada tahun 1941, Sandin mula bekerja di dalam jurusan perkhidmatan awam, dimana bakat menulisnya telah membuka peluang untuknya memegang jawatan sebagai penyunting Pembrita – penerbitan berita yang pertama dalam bahasa Iban.

Artikel-artikel yang ditulisnya telah menarik perhatian kurator Muzium Sarawak pada masa itu, yang telah membawanya masuk sebagai seorang kakitangan berjawatan khas pada 1952. 

Penglibatan

Sejurus selepas itu, Sandin diterima untuk menyertai sebuah program persekutuan UNESCO di New Zealand, dimana beliau mempelajari teknik-teknik muzium dan antropologi. Beliau pulang ke tanah air dengan tekad untuk mendokumentasi sejarah, budaya, dan bahasa kaum Iban serta merakamkan amanat ahli salasilah tempatan, pujangga, dan ahli sejarah. 

Sebagai tanda penghargaan kepada pencapaian etnografi Sandin yang tidak ternilai, beliau dinamakan Kurator Muzium Sarawak dan Ahli Etnologi Kerajaan pada 1966, jawatan yang dipegangnya untuk hampir sedekad.    

Terima kasih kami ucapkan kepada Benedict Sandin kerana melindungi dan memelihara tradisi dan warisan asli untuk generasi yang akan datang! 

Leave a Comment