Biodata Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia

Sosok Rafizi Ramli sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau kembali merangkul kedudukan sebagai Ahli Parlimen Pandan pada PRU15 yang lalu selepas mendapat majoriti tertinggi sekaligus mengembalikan jawatan yang pernah diduduki pada 2013 hingga 2018.

Pada penggal sebelumnya, kedudukan Ahli Parlimen Pandan dipegang oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Rafizi Ramli juga mendapat tumpuan rakyat Malaysia apabila dilantik sebagai Menteri Ekonomi bagi Kerajaan Perpaduan. Pemilihan ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu media khas yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

Di sini kami ingin kongsikan dengan lebih lanjut tentang profil dan biodata lengkap Rafizi Ramli.

Baca juga : Biodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Biodata Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia

Nama : Mohd Rafizi bin Ramli

Lahir: 14 September 1977

Tempat Lahir : Besut, Terengganu

Pendidikan

  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984-1989)
  • Melanjutkan pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1990-1994) dan berjaya meraih pelbagai anugerah termasuk Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan.
  • Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Morrison’s Academy, Scotland (1995-1996)
  • Menyambung pengajian di Leeds University (1996-1999) dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.
Rafizi Ramli

Kerjaya

  • Mulakan kerjaya sebagai akauntan selepas diterima sebagai ahli Institute of Chartered Accountants in Englands & Wales (ICAEW) pada tahun 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan.
  • Turut diterima sebagai ahli Malaysia Institute of Accountants (MIA) apabila pulang ke Malaysia pada tahun 2003
  • Meneruskan kerjaya sebagai pengurus Propane Dehydrogenation Plant di PETRONAS/MTBE Malaysia. beliau merupakan pengurus termuda ketika dilantik.
  • Pada tahun 2003 hingga 2005, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Kanan bagi Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia.
  • Menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Pharmaniaga Berhad (2009) dan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009-2012)
  • Berperanan sebagai Pengarah Eksekutif merangkap pengasas bagi National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) (2012-2018).
  • Rafizi juga merupakan pengasas kepada INVOKE sejak 2016. Kini, INVOKE berubah menjadi syarikat pemula yang membangunkan produk-produk teknologi berasaskan sains data.  

Penglibatan Politik

Penglibatan awal Rafizi Ramli dalam bidang politik :

  • Pengasas Keadilan Antarabangsa Eropah pada tahun 2001
  • Kolumnis Seruan Keadilan, lidah rasmi parti (2001 – 2003)
  • Webmaster laman Pemuda Keadilan (pemuda-keadilan.org) (2001 – 2003)
  • Timbalan Pengerusi, Biro Antarabangsa, Pemuda Keadilan (2001 – 2002)
  • Bendahari, Pemuda Keadilan (2003)
  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, ahli termuda dilantik pada ketika itu (2003)
  • dijemput untuk kembali aktif dengan parti pada tahun 2009
  • dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Bendahari MPN Terengganu (2009)

Jawatan Parti/Penglibatan dalam Politik

  • Ketua Cabang Kemaman (2010 -2018 )
  • Ketua Cabang Pandan (2018 – )
  • Pengarah Strategi Pusat (2010 – 2014)
  • Dipilih sebagai Naib Presiden Pusat (2014 – 2018)
  • Setiausaha Agung (2014 – 2016)
  • Bertanding Timbalan Presiden (2018)
  • Dilantik Naib Presiden Pusat (2018 – )
  • Bertanggungjawab menyusun langkah ke arah penubuhan Pakatan Harapan dalam tahun 2015
  • Ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan bersambung Pakatan Harapan (2010 – 2018)
  • Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2022 -)

Sumber : rafiziramli.com

Baca juga: Biodata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!