eTesting JPJ: Ujian Lesen Memandu Secara Automasi Mulai April 2022

Makluman untuk yang bakal ambil lesen memandu tahun ini, JPJ akan laksanakan sistem eTesting mulai April 2022 di seluruh negara!

Apakah sistem e-Testing ini dan bagaimanakah ia akan dilaksanakan?

Jom ketahui selanjutnya.

Apakah eTesting JPJ?

Mulai bulan April pegawai JPJ tak akan duduk dalam kereta sekali dengan calon ujian memandu.

Sebaiknya, calon akan dipantau menerusi bilik kawalan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan ujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-Testing’ yang bakal dilancarkan sempena Sambutan Hari JPJ ke-76, pada bulan April nanti.

Bagaimanakah Pelaksanaan Sistem Baharu Ini?

Sistem yang baharu ini masih mengekalkan enam peringkat ujian iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya.

“Kebanyakan proses ujian, bahagian 1,2, 3 akan dipantau sepenuhnya melalui gajet IT. Biasanya pihak JPJ paling kurang ada 6 orang satu IM (Institut Memandu) guna e-testing kita boleh jimatkan petugas, kita boleh ‘mobilize’ petugas lain untuk kerja-kerja penguatkuasa sebab sistem hanya memerlukan 2 hingga 3 orang sahaja,” kata Datuk Zailani Hashim pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 JPJ.

Sistem itu membolehkan pegawai penguji JPJ memantau dari bilik kawalan manakala calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta.

Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memand (IM) terbabit.

Baca juga:

Kelebihan Sistem eTesting JPJ

Antara kelebihan sistem ini termasuklah dapat mengurangkan bilangan pegawai yang diperlukan, di samping meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.

Keputusan ujian keluar cepat dan semua keputusan boleh dicetak segera.

Untuk makluman, setakat ini ada 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikadi e-Testing ini secara membeli menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.

JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-Testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ.

Sistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, sementara Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ.

Sumber: Berita RTM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: