Semakan Nombor Plat Terkini JPJ & Tempahan Online

Bagi yang tidak tahu, anda boleh mengetahui dan menyemak no plat terkini di Malaysia melalui sistem semakan nombor pendaftaran JPJ yang boleh diakses secara online melalui laman web JPJ sahaja.

Lebih menarik, keputusan semakan nombor plat terkini di laman JPJ ini juga boleh ditapis mengikut negeri.

Disebabkan perbezaan populasi dan kepadatan penduduk di setiap negeri/wilayah, maka sesetengah negeri/wilayah sememangnya mempunyai kadar perubahan nombor plat lebih laju antaranya Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Kelebihan buat semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini

Fungsi semakan nombor plat ini sangat bermanfaat untuk dijadikan rujukan sekiranya anda sedang bercadang membeli kereta baru dan tidak mahu berbelanja besar untuk mendaftarkan nombor plat yang cantik.

Sekiranya wang bukanlah penghalang anda untuk mendapatkan nombor plat yang cantik, maka fungsi semakan nombor plat baru secara online ini mungkin kurang berguna bagi anda.

Dengan fungsi tapisan nombor plat berdasarkan negeri, anda juga boleh memilih untuk mendaftarkan nombor plat dari negeri lain.

Misalnya sekiranya anda tinggal di Selangor tetapi kebetulan nombor plat di Perlis lebih cantik dan pendek (kerana kurangnya penduduk) maka anda boleh memilih untuk mendaftarkan nombor plat dari Perlis.

Cara semak nombor plat terkini

Semuanya kini boleh dilakukan secara dalam talian terus melalui fungsi carian yang disediakan dalam laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Berikut merupakan langkah-langkahnya:

  1. Layari laman web utama JPJ di pautan https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkini
  2. Pilih Kawasan/Negeri
  3. Masukkan Kod Sekuriti dengan menulis semula imej nombor Captcha yang dipaparkan
  4. Keputusan carian akan memaparkan No. Pendaftaran Kenderaan terbaru yang boleh anda beli atau tempah

Rujuk contoh gambar carian no plat JPJ di bawah:

Contoh carian nombor plet terkini JPJ

Cara tempah no pendaftaran kenderaan secara online

nombor plat terkini

Setelah anda membuat semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini, anda boleh membuat tempahan pendaftaran nombor tersebut secara online atau dalam talian.

  1. Di bawah hasil carian tersebut, dipaparkan ayat “Untuk beli nombor, sila klik di sini”
  2. Klik pada perkataan “sini” dan anda akan di bawa ke halaman MySikap di pautan https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  3. Bagi pendaftaran akaun atau log masuk kali pertama, klik pada “Log Masuk”
  4. Lengkapkan segala butiran yang dikehendaki
  5. Emel pengesahan akan dihantar kepada anda dan anda perlu klik pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun anda
  6. Tetapkan password atau kata laluan yang baru
  7. Klik pada kolum “Kenderaan” dan anda boleh membuat Carian No. Pendaftaran
  8. Sekiranya nombor yang ada cari ada, maka anda boleh terus membeli tanpa membida
  9. Setelah menemui nombor yang diingini, anda boleh teruskan proses bayaran menggunakan perbankan internet atau kad kredit.
    • Caj tempahan nombor adalah RM300
    • Caj perkhidmatan adalah RM10
  10. Sistem MySikap akan menghantar salinan resit yang mengandungi maklumat nombor pendaftaran JPJ yang anda beli.

Rujuk panduan bergambar di bawah:

Sumber gambar: Sabri Haili

Maklumat Lanjut

  • Jabatan Pengangkutan Jalan
    Aras 3-5, No. 26,
    Jalan Tun Hussien, Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62100 WP Putrajaya
  • +60 3 8000 8000 (Umum)
  • +60 3 8881 0194 (Faks)
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!