eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online

TERKINI: Kerajaan Negeri Johor komited untuk menyiapkan pembinaan sekurang-kurangnya 5,033 unit rumah mampu milik bermula tahun ini dan tahun depan untuk golongan B40.

Rumah yang ditawarkan ini perlu benar-benar mampu dimiliki. Bermaksud harga rumah mampu milik yang ditawarkan adalah diantara RM40k-RM150k.

eRumah Johor adalah sebuah portal yang menawarkan Program Rumah Mampu Milik Johor atau Rumah Mampu Biaya Johor sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri Johor khas untuk membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah agar dapat memiliki rumah sendiri.

Seperti yang tertera pada laman web rasmi Portal Hartanah Johor atau eRumah Johor ini, terdapat pelbagai jenis Rumah Mampu Milik Johor seperti Projek Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera, dan juga Program Perumahan Rakyat (PPR) yang memastikan rakyat negeri Johor berpeluang membeli rumah pada harga yang berpatutan.

Mari semak apakah syarat kelayakan dan bagaimana cara memohon rumah mampu milik di Johor secara online melalui eRumah Johor ini.

Apakah eRumah Johor?

eRumah Johor adalah sistem permohonan perumahan negeri secara atas talian yang menawarkan Rumah Mampu Milik Johor / Rumah Mampu Biaya Johor bagi meringankan beban rakyat negeri Johor yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah idaman dengan harga yang berpatutan.

Terdapat pelbagai jenis rumah mampu milik yang boleh dimohon di bawah eRumah Johor mengikut kadar pendapatan kelayakan masing-masing.

eRumah Johor dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ Bahagian Perumahan).

Baca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan

3 Kategori Rumah Yang Ditawarkan & Syarat Kelayakan

Walaupun terdapat pelbagai kategori rumah di bawah eRumah Johor, tetapi secara umumnya rumah-rumah yang ditawarkan oleh SUKJ Bahagian Perumahan adalah

  • kediaman 3 bilik tidur
  • dilengkapi 2 bilik air
  • berkonsep mesra keluarga dan selesa
  • dijual pada kadar harga yang mamp dimiliki oleh lapisan masyarakat

Bergantung kepada kelayakan pendapatan, anda boleh memohon perumahan melalui 3 jenis perumahan berikut:

i) Rumah Mampu Biaya Johor

Terdapat 5 jenis Rumah Mampu Biaya Johor yang boleh dimohon melalui eRumah Johor.

Syarat kelayakan bagi Rumah Mampu Biaya ini mestilah tidak melebihi had pendapatan seisi rumah bagi kategori:

  • Rumah Mampu Biaya A – RM4,000
  • Rumah Mampu Biaya B – RM6,000
  • Rumah Mampu Biaya C – RM8,000
  • Rumah Mampu Biaya D – RM10,000
  • Kedai Kos Sederhana (KKS) – RM13,000
syarat kelayakan rumah mampu milik johor

Syarat-syarat lain adalah:

  • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas
  • Menetap selama 10 tahun di Johor
  • Hanya satu permohonan bagi pasangan suami / isteri
  • Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)
  • Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di Johor
  • Pemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohon
  • Pemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D
  • Tempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaran

ii) Lot Bumiputera

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
  • Berkahwin / bujang boleh memohon
  • Pemohon mestilah bertaraf bumiputera
  • Pemohon yang bukan bertaraf bumiputera TAK LAYAK untuk memohon

iii) Program Perumahan Rakyat

Melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) terdapat beberapa lagi subkategori seperti

  • Program Perumahan Rakyat & Rumah Sewa Kerajaan
  • Rumah Transit Beliau Johor
  • Program Perumahan Rakyat & Rumah Sewa Kerajaan (Kedai)
erumah johor

NOTA:

Konsep permohonan Perumahan Rakyat Johor ialah permohonan mengikut projek.

Permohonan boleh dibuat dalam tempoh projek diiklankan sahaja dan tidak akan diterima selepas tarikh tutup pengiklanan.

Jika tidak berminat dengan projek yang diiklankan, pemohon perlu menunggu projek lain sehingga projek tersebut dibuka untuk pengiklanan.

Cara Memohon Rumah Mampu Milik Johor Melalui Portal eRumah Johor

Berikut adalah cara membuat permohonan online Rumah Mampu Milik menerusi portal eRumah Johor:

  1. Pergi ke laman web rasmi eRumah Johor di https://erumah.johor.gov.my/
  2. Daftar akaun pengguna (Individu)
  3. Lengkapkan maklumat pemohon
  4. Login semula dan kemaskini maklumat
  5. Pilih projek perumahan yang diinginkan
  6. Hantar permohonan.

*Lihat video rasmi oleh SUKJ Perumahan di bawah:

https://www.facebook.com/SUKJPerumahan/videos/605728333311516/

Cara Membuat Semakan Permohonan eRumah Johor

Untuk mengetahui sama ada permohonan anda berjaya atau tidak. pemohon boleh menyemak permohonan melalui 2 cara berikut:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon di ruangan ‘Semakan’ melalui portal eRumah Johor
  2. Log masuk ke akaun eRumah Johor yang telah didaftarkan dan semak permohonan di ruangan ‘Status’

Baca juga : Cara Buat Semakan CCRIS Online & Manual Melalui Bank Negara

Bantuan Baucer RM 1,000 Kepada Pembeli Rumah Mampu Milik Johor

Secara purata, setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM 2 ribu bagi pembayaran kos-kos seperti fi Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain.

Oleh yang demikian Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM 1 ribu kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah.

Baucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015.

Baucar tersebut boleh dituntut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).

erumah johor

Syarat kelayakan Baucer RM1,000 adalah seperti berikut:

  • Pembeli yang membeli Jenis Perumahan Komuniti Johor PKJ A, PKJ B dan RMMJ.
  • Projek perumahan baru iaitu rumah baru yang dibeli daripada pemaju yang telah siap dibina dan boleh diduduki mulai pada 1 Januari 2015
  • Baucer ini hanya layak diberi SEKALI sahaja oleh pembeli dan pasangannya.

Baca juga: Kadar OPR Naik Kepada 2.00%, Ini Kesannya Kepada Kita

Projek Terkini

Untuk mengetahui projek terkini, sila rujuk pautan:

https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmSenaraiProjekTerkini.htm

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan tentang eRumah Johor atau Rumah Mampu Milik Johor, anda boleh berhubung dengan pihak SUKJ Bahagian Perumahan melalui saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!