Advertisements

Terkini : OPR Naik Lagi Kepada 2.75 Peratus

Advertisements

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini adalah 2.75 peratus.

 Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus.

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75% setelah kenaikan terdahulu daripada 2.25% kepada 2.50% September 2022.

opr naik

Ini bermaksud negara kita menyaksikan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) untuk kali keempat berturut-turut tahun ini.

Ekonomi global terus terjejas akibat tekanan kos yang semakin meningkat, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta langkah-langkah pembendungan yang ketat di China. Kesan faktor-faktor ini melebihi kesan sokongan daripada keadaan pasaran pekerja yang positif serta pembukaan semula sepenuhnya kebanyakan ekonomi dan sempadan antarabangsa. Tekanan inflasi berlarutan lebih lama daripada jangkaan disebabkan oleh permintaan yang kukuh, pasaran pekerja yang ketat serta harga komoditi yang tinggi meskipun keadaan rantaian bekalan global semakin bertambah baik. Kesannya, banyak bank pusat dijangka terus menaikkan kadar faedah bagi menguruskan tekanan inflasi.

Khususnya, pelarasan kadar faedah AS yang terus agresif dan jangkaan kadar penamat (terminal rate) yang lebih tinggi di AS telah menyumbang kepada persekitaran dolar AS yang terus kukuh.

Hal ini telah menyebabkan volatiliti yang lebih ketara dalam pasaran kewangan, lantas memberikan kesan terhadap mata wang pasaran utama dan pasaran sedang pesat membangun lain termasuk ringgit.

Pada masa hadapan, prospek pertumbuhan global akan terus menghadapi rintangan daripada keadaan kewangan yang lebih ketat berikutan inflasi yang lebih tinggi di ekonomi utama serta cabaran-cabaran dalam negeri di China.

Prospek pertumbuhan bergantung pada risiko pertumbuhan terus menjadi lebih perlahan, termasuk ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, rintangan dalam negeri di China yang semakin buruk dan kemungkinan catuan tenaga di Eropah.

Sebelum ini BNM pernah menaikkan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada Mei, Julai dan Ogos 2010, masing-masing kenaikan sebanyak 25 mata asas.

Berikut adalah kenyataan rasmi oleh Bank Negara Malaysia berkenaan kenaikan OPR ini.

Advertisements

Apa Itu OPR?

Apa itu OPR?

OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia.

Kenapa OPR naik?

Ia adalah langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara.

Selain untuk membendung inflasi, OPR yang naik ini secara tidak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit.

Apa Akan Jadi Kalau OPR Naik Lagi?

Sebagai makluman, sejak pandemik, BNM telah menurunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak 5 kali; dari 3.25% ke 1.75% dalam tempoh 4 tahun terdahulu (boleh rujuk jadual di bawah).

Bagi kenaikan kadar OPR ia meliputi 2 kesan terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang ataupun kadar pembayaran semakin tinggi.

Tindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik.

Tetapi jika kadar OPR naik, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara.

Baca siri BNM Kongsi tentang cara OPR mempengaruhi pertumbuhan.

OPR Naik : Bagaimana Ia Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi

Seperti bank-bank pusat lain di seluruh dunia, BNM menaikkan OPR bagi menguruskan risiko kenaikan harga.

Menurut BNM, apabila ekonomi lemah (semasa COVID-19), OPR telah diturunkan untuk menggalakkan perbelanjaan dan pelaburan.

Melalui OPR yang rendah, anda akan menadpat:

  1. Pinjaman lebih murah
  2. Kadar deposit lebih rendah

Tindakan mengekalkan OPR terlalu rendah terlalu lama boleh mengakibatkan perbelanjaan dan pinjaman yang berlebihan yang menjejaskan kenaikan harga.

Ini terumatamanya menjejaskan isi rumah berpendapatan rendah.

Apabila ekonomi semakin pulih, BNM sedang melaraskan kadar OPR secara beransur-ansur dan terkawal.

Bank pusat lain juga telah menaikkan kadar mereka tetapi pada kadar yang lebih besar dan lebih cepat.

OPR yang lebih tinggi membantu untuk mengawal risiko kenaikan harga yang disebabkan oleh pinjaman dan perbelanjaan yang terlalu banyak.

Kenaikan OPR tidak menggalakkan perbelanjaan apabila kos pinjaman lebih tinggi (untuk pinjaman kadar terapung sahaja).

Kenaik OPR turut menggalakkan simpanan dengan kadar deposit yang lebih tinggi.

Walaupun kesan perubahan OPR lebih cepat kelihatan dalam pasaran kewangan, kesan terhadap ekonomi secara lebih meluas akan mengambil masa.

Kesan ini ibarah memperlahankan sebuah lori yang laju dengan menekan brek daripada awal secara perlahan-lahan.

Ia akan mengambil sedikit masa untuk lori diperlahankan kepada kelajuan yang lebih selamat.

Sumber : Bank Negara Malaysia

Secara ringkasnya, kesan OPR naik adalah

  1. Kalau buat pinjaman berdasarkan floating rate seperti ASBF, maka bayaran bulanan akan naik.
  2. Bayaran installment rumah turut akan naik. Kalau ada baki hutang rumah semasa 250k, akan berlaku kenaikan lebih kurang RM 50 sebulan. Kalau 500K, maka kenaikan adalah lebih kurang RM 100 sebulan.
  3. Kesan daripada kenaikan OPR ialah segala pinjaman yang menggunakan kaedah floating rate akan mengalami kenaikan bayaran bulanan.

Tindakan Bijak Sewaktu Kenaikan OPR

Jadi, apakah tindakan kita sebagai pengguna sekiranya OPR naik lagi?

Yang penting sekarang, kita perlu semak semula perbelanjaan bulanan agar tidak melebihi kemampuan.

Berikut adalah nasihat oleh AKPK untuk pengguna:

LANGKAH BIJAK PENGGUNA SEWAKTU KENAIKAN OPR:

  1. Melebihkan simpanan
  2. Menguruskan hutang sedia ada
  3. Mengelakkan hutang baharu
  4. Mengurangkan perbelanjaan

Kita juga boleh semak semula dengan bank, berapa ansuran bulanan untuk pinjaman yang perlu dibayar.

Jangan terkurang bayar, sebab dikhuatiri nanti menjejaskan rekod CTOS kita.

Keputusan dan Pernyataan OPR

Berikut adalah perubahan OPR sebelum ini.

Keputusan dan Pernyataan OPR
TarikhPerubahan OPR (%)Aras OPR Baharu (%)Pernyataan Dasar Monetari
03 Nov 2022+0.252.75Lihat Pernyataan
08 Sep 2022+0.252.50Lihat Pernyataan
06 Jul 2022+0.252.25Lihat Pernyataan
11 Mei 2022+0.252.00Lihat Pernyataan
03 Mac 202201.75Lihat Pernyataan
20 Jan 202201.75Lihat Pernyataan
03 Nov 202101.75Lihat Pernyataan
09 Sep 202101.75Lihat Pernyataan
08 Jul 202101.75Lihat Pernyataan
06 Mei 202101.75Lihat Pernyataan
04 Mac 202101.75Lihat Pernyataan
20 Jan 202101.75Lihat Pernyataan
03 Nov 202001.75Lihat Pernyataan
10 Sep 202001.75Lihat Pernyataan
07 Jul 2020-0.251.75Lihat Pernyataan
05 Mei 2020-0.52.00Lihat Pernyataan
03 Mac 2020-0.252.50Lihat Pernyataan
22 Jan 2020-0.252.75Lihat Pernyataan
05 Nov 201903.00Lihat Pernyataan
12 Sep 201903.00Lihat Pernyataan
09 Jul 201903.00Lihat Pernyataan
07 Mei 2019-0.253.00Lihat Pernyataan
05 Mac 201903.25Lihat Pernyataan
24 Jan 201903.25Lihat Pernyataan
08 Nov 201803.25Lihat Pernyataan
05 Sep 201803.25Lihat Pernyataan
11 Jul 201803.25Lihat Pernyataan
10 Mei 201803.25Lihat Pernyataan
07 Mac 201803.25Lihat Pernyataan
25 Jan 2018+0.253.25Lihat Pernyataan
09 Nov 2017o3.00Lihat Pernyataan
07 Sep 201703.00Lihat Pernyataan
13 Jul 201703.00Lihat Pernyataan
12 Mei 201703.00Lihat Pernyataan
02 Mac 201703.00Lihat Pernyataan
19 Jan 201703.00Lihat Pernyataan
23 Nov 201603.00Lihat Pernyataan
07 Sep 201603.00Lihat Pernyataan
13 Jul 2016-0.253.00Lihat Pernyataan
19 Mei 201603.25Lihat Pernyataan
09 Mac 201603.25Lihat Pernyataan
21 Jan 201603.25Lihat Pernyataan
05 Nov 201503.25Lihat Pernyataan
11 Sep 201503.25Lihat Pernyataan
09 Jul 201503.25Lihat Pernyataan
07 Mei 201503.25Lihat Pernyataan
05 Mac 201503.25Lihat Pernyataan
28 Jan 201503.25Lihat Pernyataan
06 Nov 201403.25Lihat Pernyataan
18 Sep 201403.25Lihat Pernyataan
10 Jul 2014+0.253.25Lihat Pernyataan
08 Mei 201403.00Lihat Pernyataan
06 Mac 201403.00Lihat Pernyataan
29 Jan 201403.00Lihat Pernyataan
07 Nov 201303.00Lihat Pernyataan
05 Sep 201303.00Lihat Pernyataan
11 Jul 201303.00Lihat Pernyataan
09 Mei 201303.00Lihat Pernyataan
07 Mac 201303.00Lihat Pernyataan
31 Jan 201303.00Lihat Pernyataan
08 Nov 201203.00Lihat Pernyataan
06 Sep 201203.00Lihat Pernyataan
05 Jul 201203.00Lihat Pernyataan
11 Mei 201203.00Lihat Pernyataan
09 Mac 201203.00Lihat Pernyataan
31 Jan 201203.00Lihat Pernyataan
11 Nov 201103.00Lihat Pernyataan
08 Sep 201103.00Lihat Pernyataan
07 Jul 201103.00Lihat Pernyataan
05 Mei 2011+0.253.00Lihat Pernyataan
11 Mac 201102.75Lihat Pernyataan
27 Jan 201102.75Lihat Pernyataan
12 Nov 201002.75Lihat Pernyataan
02 Sep 201002.75Lihat Pernyataan
08 Jul 2010+0.252.75Lihat Pernyataan
13 Mei 2010+0.252.50Lihat Pernyataan
04 Mac 2010+0.252.25Lihat Pernyataan
26 Jan 201002.00Lihat Pernyataan
24 Nov 200902.00Lihat Pernyataan
28 Okt 200902.00Lihat Pernyataan
25 Ogos 200902.00Lihat Pernyataan
29 Jul 200902.00Lihat Pernyataan
26 Mei 200902.00Lihat Pernyataan
29 Apr 200902.00Lihat Pernyataan
24 Feb 2009-0.502.00Lihat Pernyataan
21 Jan 2009-0.752.50Lihat Pernyataan
24 Nov 2008-0.253.25Lihat Pernyataan
24 Okt 200803.50Lihat Pernyataan
25 Ogos 200803.50Lihat Pernyataan
25 Jul 200803.50Lihat Pernyataan
26 Mei 200803.50Lihat Pernyataan
29 Apr 200803.50Lihat Pernyataan
25 Feb 200803.50Lihat Pernyataan
29 Jan 200803.50Lihat Pernyataan
26 Nov 200703.50Lihat Pernyataan
30 Okt 200703.50Lihat Pernyataan
24 Ogos 200703.50Lihat Pernyataan
24 Jul 200703.50Lihat Pernyataan
28 Mei 200703.50Lihat Pernyataan
27 Apr 200703.50Lihat Pernyataan
26 Feb 200703.50Lihat Pernyataan
26 Jan 200703.50Lihat Pernyataan
24 Nov 200603.50Lihat Pernyataan
26 Sep 200603.50Lihat Pernyataan
25 Ogos 200603.50Lihat Pernyataan
28 Jul 200603.50Lihat Pernyataan
22 Mei 200603.50Lihat Pernyataan
26 Apr 2006+0.253.50Lihat Pernyataan
22 Feb 2006+0.253.25Lihat Pernyataan
20 Jan 200603.00Lihat Pernyataan
15 Dis 200503.00Lihat Pernyataan
30 Nov 2005+0.303.00Lihat Pernyataan
24 Ogos 200502.70Lihat Pernyataan
25 Mei 200502.70Lihat Pernyataan
28 Feb 200502.70Lihat Pernyataan
30 Nov 200402.70Lihat Pernyataan
25 Ogos 200402.70Lihat Pernyataan
26 Mei 200402.70Lihat Pernyataan

Baca juga:

Baca Soalan Lazim untuk maklumat lanjut mengenai dasar monetari termasuk kenaikan OPR bulan November 2022 ini melalui pautan berikut:

https://www.bnm.gov.my/-/monetary-policy-statement-03112022

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar monetari, termasuk OPR, layari Soalan Lazim melalui bnm.gov.my/mp-faq

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment