Pihak PDRM melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan PDRM, Bukit Aman telah mewujudkan portal ePesara PDRM bagi memudahkan pesara Polis DiRaja Malaysia mendapatkan informasi terkini mengenai perkhidmatan yang ditawarakan oleh PDRM.
Portal atau platform atas talian ini mula beroperasi sejak 1 Julai 2020 dan menjadi pusat sehenti utama bagi pesara polis mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada pihak PDRM.

Mengenai ePesara PDRM
Sistem ePesara PDRM merupakan platform atas talian bagi permohonan dan penyampaian maklumat berkaitan faedah serta ganjaran oleh kerajaan.
Pesara polis, bekas polis dan waris yang layak dikehendaki mengemas kini maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon dan gelaran (jika ada) bagi memastikan kebajikan pesara polis, bekas polis dan waris yang layak menerima manfaat terus terpelihara.
Selain itu, ia juga sebagai sebuah platform untuk Pesara dan Bekas Polis serta waris dalam tanggungan yang layak untuk membuat permohonan secara dalam talian bagi menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh PDRM.
Dengan wujudnya platform ini semua perkhidmatan yang diberikan seperti Permohonan Bantuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP), Permohonan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) bagi kategori Pesara dan Bekas Polis, Permohonan Kad Pesara bagi Bakal Pesara dan Pesara Polis, Jemputan ke majlis dan pelbagai informasi boleh didapati melalui saluran medium ini.

Perkhidmatan Utama
Perkhidmatan dalam talian ePesara PDRM menyediakan pelbagai kemudahan antaranya:
- Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP 1-5) – Melalui TAWP, terdapat pelbagai bantuan yang disediakan antaranya Bantuan Khairat Kematian, Bantuan Pergerakan, Bantuan Perubatan, Bantuan Pendidikan dan Bantuan Bencana Alam.
- Persatuan Pesara dan Bekas Polis– Pemohon boleh memilih persatuan pesara polis atau persatuan bekas polis yang anda inginkan untuk bergiat aktif dalam menyumbang aktiviti sosial atau kebaikan kepada masvarakat atau dalam kalangan ahli persatuan masing-masing.
- Permohonan Kad Pesara Polis– Permohonan kad pesara hendaklah dibuat sekurang kurananva satu (1) minggu sebelum tarikh persaraan berkuatkuasa serta telah mendapat kelulusan bersara dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Semakan Status Permohonan– Semakan status permohonan yang dibuat melalui semakan status permohonan portal sistem ePesara PDRM.
Kadar Bantuan TAWP
Kadar bantuan TAWP 1-5 adalah seperti berikut:
i- TAWP 1 Khairat Kematian
| Jenis Bantuan | Kadar Bantuan |
| Pesara Polis / Bekas Polis / Petugas Polis Era Darurat | RM1,000 |
| Pasangan | RM500 |
ii- TAWP 2 Bantuan Alat Sokongan / Pergerakan
| Jenis Bantuan | Kadar Bantuan |
| Kerusi Roda | RM400 |
| Tongkat Kaki 1 / Kaki 3 | RM80 |
| Tongkat Bahu | RM80 |
| Walking Frame | RM80 |
| Commode Chair – maksimum | RM80 |
| Alat Bantuan Pendengaran | RM500 |
| Katil (bedridden) | RM800 |
| Anggota Palsu | RM800 |
| Pengusung | RM100 |
| Kasut | RM150 |
iii- TAWP 3 Bantuan Perubatan / Sakit Terlantar
| Jenis Bantuan | Kadar Bantuan |
| Perubatan | RM500 |
| Pembelian alat Perubatan | RM500 |
| Intraocular lens | RM200 |
| Bantuan besakit terlantar | RM1,000 (one-off) |
iv- TAWP 4 Bantuan Pendidikan
| Jenis Bantuan | Kadar Bantuan |
| Sekolah Pendidikan Khas OKU | RM500 (one-off) |
| Institusi Pengaiian Tinggi Tempatan / Luar Negara | RM1,000 |
v- TAWP 5 Bantuan Bencana
| Jenis Bantuan | Kadar Bantuan |
| Semua jenis bencana Terhad dua (2) kali setahun. Kediaman yang dimiliki atau didiami. | RM500 |
Cara Daftar
Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda dikehendaki mendaftarkan akaun terlebih dahulu sebelum boleh membuat sebarang urusan melalui laman portal ini.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk urusan pendaftaran akaun:
- Layari laman rasmi ePesara di alamat http://epesara.rmp.gov.my/
- Klik pada logo “Log Masuk ePesara PDRM”
- Pada halaman berikutnya, klik pada perkataan “Sini” untuk daftar
- Lengkapkan butiran yang diminta dengan maklumat yang betul:
- ID Pengguna
- Kata Laluan
- Pengesahan Kata Laluan
- Emel
- Pengesahan Emel
- Tempat Lahir
- Tempat Akhir Bertugas/ Bekerja/ Tempat Tinggal/ Belajar
- Kategori
- Nama
- Jantina
- Nombor Telefon
- Masukkan Kod Pengesahan Yang Tertera
- Lengkapkan pendaftaran dengan klik butang “Hantar”
Setelah lengkap pendaftaran akaun, anda boleh membuat permohonan kad pesara yang mengambil masa 5 hari bekerja daripada tempoh permohonan lengkap diterima oleh Unit Kad Kuasa, Cawangan Perkhidmatan (Rekod Personel), Jabatan Pengurusan.
Soalan Lazim
Sistem ini ialah merupakan platform atas talian bagi permohonan dan penyampaian maklumat berkaitan faedah serta ganjaran oleh kerajaan.
– Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP 1-5)
– Persatuan Pesara dan Bekas Polis-
– Permohonan Kad Pesara Polis
– Semakan Status Permohonan
– Bantuan Khairat Kematian
– Bantuan Alat Sokongan / Pergerakan
– Bantuan Perubatan & Sakit Terlantar
– Bantuan Pendidikan
– Bantuan Bencana Alam
Sistem ini boleh diakses menerusi pautan http://epesara.rmp.gov.my/.
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan melalui laman ePesara, anda boleh hubungi:
BAHAGIAN HAL EHWAL PESARA POLIS
JABATAN PENGURUSAN,
TINGKAT 25, MENARA 1
IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
Tel :03-2266 8387 / 8694
E-mel: [email protected]
Baca juga: VSP PDRM : Cara Isi Borang Balik Kampung Untuk Rondaan Polis




