Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2023 (DB40) & Semakan

TAWARAN PENAJAAN JPA BAGI PELAJAR LEPASAN SPM TAHUN 2022 : PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar-pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat untuk memohon Program Dermasiswa B40 JPA (DB40).

Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Dermasiswa B40 JPA tahun 2023 untuk rujukan bersama.

Apakah Program Dermasiswa B40?

Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai
kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

dermasiswa b40 db40

Bagi tahun 2023, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Syarat Permohonan Biasiswa Dermasiswa B40

Syarat Umum

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022 buat kali pertama;
  4. Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
  5. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
  6. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama; dan
  7. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Cara Permohonan

Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah :

Program Dermasiswa B40 JPA 2023 (DB40)
Program Dermasiswa B40 JPA 2023 (DB40)
Program Dermasiswa B40 JPA 2023 (DB40)
Program Dermasiswa B40 JPA 2023 (DB40)

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan:
31 Julai – 11 Ogos 2023

Semakan & Keputusan Permohonan Dermasiswa B40

Keputusan permohonan penajaan ini akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada 13 Oktober 2023.

Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.

Sekiranya pelajar tidak mendapat sebarang makluman dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Permohonan dan maklumat lanjut: https://esilav2.jpa.gov.my

Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke [email protected]

(e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Semoga bermanfaat buat para pelajar yang berkenaan.

Baca juga: Cara Daftar SSM Percuma Untuk B40 & Pelajar (Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!