Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP

Anak-anak muda terutamanya boleh mengambil peluang daftar Haji melalui KWSP tanpa sebarang bayaran deposit.

Mungkin ada antara pemegang akaun Tabung Haji di luar sana yang masih belum mendaftar haji kerana masih belum cukup wang dan masih muda.

Tetapi tahukah anda, sekiranya anda mendaftar Haji hari ini, anda mungkin perlu menunggu sehingga 20-30 tahun untuk mengerjakan ibadah tersebut kerana sistem pendaftaran haji adalah berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan”.

Jadi jika anda belum mendaftar, anda sangat digalakkan untuk daftar Haji melalui KWSP walaupun masih belum mempunyai RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji anda.

Berikut adalah syarat kelayakan dan cara daftar Haji melalui KWSP secara percuma tanpa perlu membayar deposit RM1,300 seperti pendaftaran Haji biasa.

Syarat-syarat Daftar Haji Melalui KWSP

Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Beragama Islam
  3. Sudah mempunyai akaun Tabung Haji
  4. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300
  5. Belum mencapai umur 55 tahun.
daftar haji melalui kwsp

Cara Daftar Haji Melalui KWSP

Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit TH boleh mendaftar Haji secara percuma dengan mengikuti langkah mudah ini.

1. Print Penyata KWSP

Mula-mula kita perlu ada penyata KWSP.

Untuk dapatkan penyata KWSP ni kita boleh pergi ke mana-mana kiosk KWSP atau print terus secara online melalui i-Akaun KWSP.

2. Daftar Haji Di Tabung Haji

Kemudian, pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji dan tekan butang ‘Daftar Haji’ ketika mengambil nombor.

Pendaftaran haji juga boleh dilakukan di :

  1. Kaunter Mudah Alih TH
  2. Rakan Strategik TH (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic & CIMB Islamic)
  3. Laman web THiJARI
  4. Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919

3. Dokumen Yang Diperlukan

Anda perlu mengemukakan dokumen berikut semasa membuat pendaftaran haji.

  • Kad pengenalan
  • Penyata ahli KWSP

4. Pengesahan

Selepas tandatangan dan cop jari, anda akan diberi tahun giliran Haji.

Urusan pendaftaran Haji anda telah selesai.

NOTA:

Kemudahan ini juga tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.

Ini bermaksud, tiada pengurangan wang dalam mana-mana akaun KWSP jika kita daftar Haji melalui KWSP.

Bagaimana Kalau Telah Mendaftar Haji?

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran Haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP masing-masing.

Jangan risau kerana tahun pilihan / peruntukan haji yang telah ditetapkan akan terus dikekalkan walaupun telah ditukar kepada skim pendaftaran Haji KWSP.

Dengan skim pendaftaran Haji KWSP ini juga, wang pendaftaran haji RM1,300 sebelum ini akan dicairkan.

Ini bermaksud, pendaftaran Haji dan giliran Haji tidak akan terbatal walaupun kita tidak mempunyai jumlah minimum iaitu RM1,300 dalam akaun Tabung Haji.

Jadi usah berlengah lagi, terus daftar Haji hari ini kalau dah cukup syarat.

Makin lama kita tangguh, makin lambat giliran tunai haji nanti.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji melalui caruman KWSP, Pendeposit TH boleh merujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.

Sila follow medium berikut untuk sebarang pertanyaan dan update terkini tentang pendaftaran Haji melalui KWSP:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!