Buka akaun tabung haji untuk diri sendiri atau anak anda di cawangan Tabung Haji berdekatan atau melalui portal rasmi THiJari/ aplikasi Tabung Haji THiJARI.
THiJARI (www.thijari.com.my/) merupakan portal perkhidmatan dalam talian rasmi milik Lembaga Tabung Haji (TH) yang membolehkan pendeposit mengakses pelbagai perkhidmatan Tabung Haji secara mudah, selamat dan pantas.
Walaupun buka akaun TH boleh dilakukan secara online, pengaktifan akaun hendaklah dilakukan di cawangan TH berdekatan setelah mengisi borang online melalui THiJARI.
Rujuk info penuh cara buka Tabung Haji secara online mahupun manual untuk anak dan dewasa serta kelebihannya di bawah.
Ringkasan Cara Buka Akaun Tabung Haji Melalui THiJARI
- Layari atau muat turun aplikasi THiJARI dan klik “Tiada Akaun TH? Buka Sekarang”.
- Isi maklumat peribadi dalam borang online seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan emel.
- Hadir ke mana‑mana cawangan / kaunter Tabung Haji dengan membawa MyKad dan deposit permulaan minimum RM10 untuk pengesahan biometrik dan pengaktifan.
- Selepas pengesahan selesai, akaun Tabung Haji akan aktif dan boleh digunakan untuk simpanan dan semakan baki secara online.
Apa Itu Akaun Tabung Haji?
Akaun Tabung Haji ialah akaun simpanan khusus yang ditawarkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk umat Islam di Malaysia.
Ia membantu pendeposit menyimpan wang secara patuh syariah bagi tujuan menunaikan ibadah haji, sambil menikmati dividen tahunan daripada pelaburan TH.
Selain simpan duit raya, tujuan utama membuka akaun Tabung Haji sudah pasti untuk mencapai impian ke Tanah Suci. Dengan RM1300, anda sudah boleh mendaftar haji.

Menariknya lagi, pendeposit juga akan menikmati agihan keuntungan setiap tahun yang telah ditunaikan kewajipan zakat, simpanan yang dijamin oleh kerajaan sepenuhnya dan patuh Syariah.
Sementara menunggu giliran untuk menunaikan haji, pendeposit dapat menikmati pelbagai manfaat lain seperti berpeluang memenangi hadiah yang menarik menerusi kempen-kempen yang dijalankan dan anak-anak yang mempunyai akaun dapat menikmati faedah sebagai ahli Kelab TaHa.
Meskipun belum berpeluang sampai ke Tanah Suci, pelbagai manfaat dinikmati sebagai pendeposit TH.

Konsep Wakalah
Simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. Ia adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Menerusi kontrak ini, TH adalah wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan operasi haji di mana keuntungan yang dijana pada setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangan TH
BACA JUGA: Dividen Tabung Haji 2026 3.5%, Ini Cara Semak Akaun TH
Jenis Akaun TH & Syarat
Terdapat dua jenis akaun Tabung Haji, iaitu:
- Akaun Dewasa
- Akaun Kanak-Kanak

I) AKAUN DEWASA
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut tarikh lahir.
- Membawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pendaftaran.
II) AKAUN KANAK-KANAK
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
- Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
- Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.
- Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
- Penjaga perlu membawa bersama sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
- Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pembukaan Akaun Kanak-kanak.
NOTA :
- Penjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak-kanak tersebut mencapai 18 tahun.
- Penjaga dinasihatkan untuk menukar status Akaun Kanak-kanak kepada Akaun Dewasa apabila anak di bawah jagaan telah berumur 18 tahun ke atas. Pemohonan pertukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH oleh penjaga akaun kanak-kanak tersebut dan pendeposit tersebut hendaklah hadir bersama dengan penjaga ketika urusan pertukaran akaun.
- Penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun sahaja.
Cara Buka Akaun Tabung Haji untuk Bayi/Kanak-kanak & Dewasa
Pendaftaran Tabung Haji untuk semua jenis akaun (bayi/kanak-kanak, dewasa) boleh dilakukan melalui tiga cara:
- Cawangan TH berdekatan anda – KLIK SINI untuk mengetahui lokasi cawangan terdekat anda
- THiJARI
- TH Gerak
1. Cara Buka Akaun Tabung Haji Di Cawangan TH
Untuk membuka akaun Tabung Haji secara manual di kaunter Tabung Haji, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan TH yang berdekatan lokasi anda.
Untuk menyemak lokasi cawangan TH berdekatan anda, sila rujuk: https://www.tabunghaji.gov.my/hubungi-kami > Masukkan lokasi, negei dan kategori cawangan.
Lokasi cawangan TH berdekatan anda akan dipaparkan.
Apa Perlu Dibawa:
- MyKad asal (untuk dewasa) atau sijil kelahiran + MyKid (untuk kanak-kanak).
- Wang deposit permulaan minimum RM10 tunai.
- Salinan dokumen pengenalan diri penjaga jika buka untuk kanak-kanak.
Langkah-langkah:
- Hadir ke mana-mana cawangan TH berdekatan dan ambil nombor giliran di kaunter pembukaan akaun.
- Serahkan MyKad dan dokumen sokongan kepada pegawai kaunter.
- Isi borang pembukaan akaun (dewasa/kanak-kanak) yang disediakan.
- Bayar deposit minimum RM10 dan terima slip/no. akaun serta kad ATM TH (jika layak).

2. Cara Buka Akaun Tabung Haji Melalui THiJARI
Pembukaan akaun Tabung Haji melalui THiJARI membolehkan anda memulakan proses secara dalam talian (Virtual Account Opening – VAO).
Pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian dan kemudian hadir ke mana-mana cawangan TH (dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
Ini memudahkan langkah awal tanpa perlu beratur panjang, dengan deposit minimum sekitar RM10 sahaja.

Rujuk langkah-langkah buka akaun Tabung Haji melalui THiJARI di bawah.
- Layari portal rasmi THiJARI atau muat turun aplikasi THijARI di App Store / Google Play.
- Tekan pada ‘Tiada Akaun TH? Buka Sekarang!’
- Isikan maklumat dalam borang online yang disediakan.
- Hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
- Keutamaan layanan akan diberikan di kaunter, dan anda akan dilayan dalam masa 1 minit sahaja!

Sekiranya sudah mempunyai akaun THiJARI, anda boleh terus log masuk untuk memulakan pendaftaran Akaun Kanak-kanak bagi membuka akaun TH anak anda.

NOTA: Jika anda telah mempunyai akaun Tabung Haji dan ingin mengaktifkannya secara online, sila rujuk: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
3. Cara Buka Akaun Tabung Haji Melaui TH Gerak
Inisiatif TH Gerak merupakan salah satu strategi utama dalam memperkasakan aktiviti pemasaran luar premis melalui pengoperasian kaunter bergerak atau TH Komuniti di lokasi-lokasi terpilih.
NOTA: Ketahui lokasi TH Gerak hari ini dengan menghubungi mana-mana cawangan TH berhampiran anda
Perkhidmatan:
- Simpanan Tunai (dihadkan RM3,000 bagi setiap akaun sahaja sehari)
- Pembukaan Akaun Baharu TH.
- Pengeluaran Tunai (maksimum RM500 bagi setiap akaun sahaja sehari)
- Pindahan Simpanan
- Pindahan Telegrafik
- Permohonan Pusaka
- Penutupan Akaun
- Pendaftaran Haji
- Pembatalan Haji
- Kemaskini Maklumat
- Pertukaran Akaun Kanak – kanak ke Dewasa
- Permohonan Penyata Akaun
- Pengurusan Akaun Dorman


Cara Daftar Haji
Pendaftaran haji adalah langkah berasingan selepas buka akaun Tabung Haji (TH).
Selepas buka akaun Tabung Haji, anda boleh terus mendaftar haji sekiranya mempunyai simpanan minimum RM1,300 di akaun anda.
Pendaftaran Haji boleh dilakukan secara online melalui THiJARI atau di kaunter. Kemudian, anda akan dapat nombor giliran berdasarkan quota tahunan.
Syarat Utama
- Akaun TH aktif dengan baki sekurang-kurangnya RM1,300.
- Belum pernah menunaikan haji fardhu (umur minimum 12 tahun).
- MyKad asal; sijil kelahiran untuk bawah 12 tahun.
Cara Daftar Haji Online (THiJARI)
- Log masuk ke www.thijari.com.my atau app THiJARI.
- Pilih “Perkhidmatan Haji” > “Pendaftaran Haji”.
- Klik “Tambah Pemohon”, isi maklumat peribadi, kesihatan, dan perakuan istito’ah.
- Sahkan dan hantar; terima notifikasi serta nombor giliran.
Cara Daftar Di Kaunter/Cawangan TH
NOTA: Daftar awal lagi bagus kerana senarai tunggu panjang (boleh 20-30 tahun). Semak status atau rayu melalui THiJARI jika giliran tertangguh.
Cara Pastikan Akaun TH Kekal Aktif
Akaun anda dianggap tidak aktif jika tiada transaksi melebihi 7 tahun. Rujuk cara pastikan akaun TH kekal aktif di bawah:
Log masuk ke THiJARI, ATAU;
Kemaskini maklumat peribadi
- Kemaskini alamat
- Kemaskini no. telefon
- Maklumat pasangan
- Maklumat pekerjaan
- Dan lain-lain
ATAU;
Lakukan sebarang transaksi kewangan
- Simpanan
- Pengeluaran
- Direct debit
- Potongan gaji
- Dan lain-lain

Kelebihan Buka Akaun Tabung Haji (TH)
- Mematuhi shariah Islam
- Menyantuni para dhuyufurrahman (jemaah haji)
- Dijamin oleh Kerajaan
- Dikecualikan daripada cukai
- Ditunaikan kewajipan zakat
- Tiada had simpanan

Tunggu apa lagi, jom buka akaun TH hari ini juga!
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, ataupun maklumat lanjut mengenai pendaftaran/cara buka akaun Tabung Haji, sila rujuk/hubungi:
- Telefon : +603-62071919 (THCC)
- Emel : [email protected]
- Laman web : https://www.tabunghaji.gov.my/
Soalan Lazim Buka Akaun Tabung Haji
Ya, anda boleh membuka akaun Tabung Haji secara dalam talian melalui portal THiJARI atau aplikasi mudah alih THiJARI. Namun, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
Minimum deposit untuk membuka akaun ialah serendah RM10.
Anda perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,300 untuk melayakkan diri mendaftar haji.
Ya, ibu bapa atau penjaga boleh membuka akaun Tabung Haji untuk anak seawal usia bayi sebagai simpanan masa depan.
Dokumen diperlukan ialah MyKad/MyKid, sijil kelahiran (untuk anak), serta maklumat penjaga bagi akaun kanak-kanak.
Ya, semua urusan dan pelaburan Tabung Haji adalah patuh Syariah.
Ya, anda boleh membuat pengeluaran simpanan pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat.
Ya, pendeposit akan menerima agihan keuntungan tahunan (dividen) yang telah ditolak zakat.
Rujuk lebih banyak soalan lazim (FAQ) di sini: https://www.tabunghaji.gov.my/soalan-lazim/simpanan




