Cuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Pengumuman Cuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan kerajaan bersetuju memberi satu hari cuti pelepasan am tambahan sempena Aidilfitri.

Jika 1 Syawal jatuh pada Jumaat (21 April), maka Isnin (24 April) diumum hari pelepasan am tambahan.

Jika 1 Syawal pada Sabtu (22 April), maka Jumaat (21 April) diumum sebagai hari pelepasan am tambahan.

Kedua-dua cuti ini tertakluk bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Labuan.

Sementara itu, untuk Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

cuti tambahan raya 2023

Untuk melihat kalendar cuti Hari Raya dan cuti KPM, sila rujuk artikel berikut: Hari Raya Aidilfitri 2023 – Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM

Selain berita gembira cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 ini, berikut adalah ringkasan bagi berita gembira yang diumumkan dalam sidang media PM Anwar Ibrahim.

cuti tambahan raya aidilfitri 2023
Sumber: Facebook LIVE Anwar Ibrahim

KADAR KHAS BAYARAN SAMAN PDRM

Polis memberikan kadar khas bayaran saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik bagi 2022 dan sebelumnya dengan kadar RM50

Bagaimanapun kadar khas bayaran saman ini tidak terpakai bagi saman trafik 2023.

*Rujuk artikel berikut untuk maklumat lanjut : Diskaun Saman PDRM – Kadar Khas RM50 Setiap Saman

TOL RAHMAH

Kerajaan beri pengecualian bayaran tol Rahmah sempena Aidilfitri dari 19-21 dan 24 April 2023.

*Rujuk artikel berikut untuk maklumat lanjut : Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

HARGA SIMEN DITAWARKAN PADA HARGA BERPATUTAN

Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik.

Ikhtiar ini menumpukan kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah yang akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah.

PELEPASAN ORANG BEBAS BERLESEN

Sempena Aidilfitri yang mulia, Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!