4 Berita Gembira Untuk Rakyat Sempena Aidilfitri 2023 – PMX

Pengumuman Berita Gembira Untuk Rakyat Sempena Aidilfitri 2023 – PMX

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sidang media khas pada jam 2 petang, 18 April 2023 yang membabitkan pengumuman beberapa berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia menjelang Aidilfitri hujung minggu ini.

Sidang media Perdana Menteri itu telah disiarkan secara langsung menerusi saluran media sosial Anwar Ibrahim termasuk Facebook PMO.

Perdana Menteri dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Jumaat lalu menjelaskan beliau akan membuat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat, hari ini.

Pada Selasa lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter memaklumkan yang Perdana Menteri dijangka mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Aidilfitri tahun ini.

“Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!” ciapnya.

Ciapan itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah berita gembira berkenaan dan ramai menjangkakan ia akan berkaitan dengan pemberian tol percuma sempena perayaan.

Sumber: Berita Harian / Buletin TV3

Ringkasan Berita Gembira Yang Diumumkan

CUTI PELEPASAN AM TAMBAHAN

Kerajaan setuju beri satu hari cuti pelepasan am tambahan sempena Aidilfitri.

  • Jika 1 Syawal Jumaat (Isnin 24 April diumum hari pelepasan am tambahan)
  • Jika 1 Syawal Sabtu (Jumaat 21 April diumum sebagai hari pelepasan am tambahan)
  • Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Rujuk info penuh : Cuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri

berita gembira aidilfitri pm

KADAR KHAS BAYARAN SAMAN PDRM

Polis memberikan kadar khas bayaran saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik bagi 2022 dan sebelumnya dengan kadar RM50

Bagaimanapun kadar khas bayaran saman ini tidak terpakai bagi saman trafik 2023.

Rujuk info lanjut : Diskaun Saman PDRM – Kadar Khas RM50 Setiap Saman

TOL RAHMAH

Kerajaan beri pengecualian bayaran Tol Rahmah sempena Aidilfitri dari 19-21 dan 24 April 2023.

Rujuk info penuh & cara bayaran : Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

pengumuman berita gembira aidilfitri 2023

HARGA SIMEN DITAWARKAN PADA HARGA BERPATUTAN

Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik.

Ikhtiar ini menumpukan kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah yang akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah.

PELEPASAN ORANG BEBAS BERLESEN

Sempena Aidilfitri yang mulia, Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!