TARIKH CUTI UMUM HARI RAYA AIDIL FITRI 2023 & CUTI TAMBAHAN KPM BAGI SEMUA NEGERI DAN SEKOLAH
Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa adalah perayaan terbesar yang disambut oleh umat Islam di Malaysia.
Hiasan juga dapat dilihat di rumah-rumah, kedai, kompleks membeli-belah serta sepanjang jalan sejak bulan Ramadan lagi.
Di sesetengah negara lain, Hari Raya Aidil Adha lebih diraikan dan lebih meriah sambutannya berbanding Hari Raya Puasa.
Perayaan ini disambut bagi meraikan ‘kemenangan’ setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.
Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2021 juga adalah dengan mengikut kaedah ‘melihat anak bulan’ / rukyah seperti mana penentuan bulan Ramadan.
Malam raya (iaitu hari terakhir berbuka puasa) adalah malam yang meriah di mana saudara-mara sudah mula berkumpul dan tiba di kampung halaman masing-masing.
Pada Hari Raya, umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
Kanak-kanak juga antara yang paling gembira kerana mereka akan mendapat ‘duit raya’ setelah bersalaman dengan ahli keluarga, sanak-saudara dan orang dewasa.
Sebagai menzahirkan kesyukuran, zakat fitrah adalah perkara wajib dilakukan sebelum atau pada 1 Syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan.
Rumah terbuka juga sering diadakan di rumah-rumah, pejabat, syarikat, dan sebagainya.
Pelbagai juadah yang lazim dihidangkan seperti ketupat, rendang, lemang, kuih muih serta manisan tradisional seperti wajik dan dodol yang menjadi hidangan simbolik pada Hari Raya.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1444H/2023M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.
Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.
Berikut dikongsikan tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2021.
TAHUN | TARIKH | HARI | CUTI | NEGERI |
2023 | 22 APRIL | SABTU | HARI RAYA AIDIL FITRI | SEMUA NEGERI |
2023 | 23 APRIL | AHAD | HARI RAYA KE-2 | SEMUA NEGERI |
Cuti Perayaan KPM Sempena Hari Raya Aidil Fitri
Bagi tahun 2023 ini, cuti Hari Raya Aidil Fitri adalah berdekatan dengan Hari Buruh, iaitu cuti umum yang disambut 1 Mei setiap tahun.
Cuti pertengahan penggal sekolah juga ditetapkan oleh KPM pada tarikh tersebut.
Rujuk jadual di bawah untuk memudahkan perancangan anda.
KUMPULAN A : Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
- 20 April 2023 (Khamis)
- Jumlah cuti : 10 hari [ 20 April 2023 (Khamis) hingga 29 April 2023 (Sabtu) ]
KUMPULAN B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
- 20 April 2023 (Khamis) & 21 April 2023 (Jumaat)
- Jumlah cuti : 11 hari [ 20 April 2023 (Khamis) hingga 30 April 2023 (Sabtu) ]
Cuti-cuti lain yang terlibat pada Bulan April 2023:
1) Good Friday
Good Friday merupakan hari cuti am rasmi di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, di Malaysia Timur.
- Tarikh : 7 April 2023
- Hari : Jumaat
- Negeri yang terlibat : Sabah dan Sarawak
2) Hari Nuzul Al-Quran
Nuzul Al Quran merupakan hari kelepasan umat Islam dibulan Ramadan yang suci, yang di rayakan pada permulaan Quran di wahyukan pada Nabi Muhammad.
- Tarikh : 8 April 2023
- Hari : Sabtu
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak
- Tarikh : 9 April 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Kelantan & Terengganu
3) Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah
Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah merupakan hari cuti umum di negeri Melaka yang jatuh pada 15 April setiap tahun.
- Tarikh : 15 April 2023
- Hari : Sabtu
- Negeri yang terlibat : Melaka
5) Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Hari Keputeraan Sultan Terengganu merupakan hari cuti umum di Terengganu yang jatuh pada 26 April setiap tahun.
- Tarikh : 26 April 2023
- Hari : Rabu
- Negeri yang terlibat : negeri Terengganu
Rujuk : Pengumuman Rasmi Tarikh Hari Raya Aidil Fitri 2023 – JAKIM
Amalan Sunat & Panduan Solat Sunat
Tidak dilupakan beberapa amalan sunat yang boleh anda buat pada hari raya. Antaranya:
Bagi anda yang ingin melakukan solat sunat Aidilfitri , sila rujuk panduan di sini JAKIM: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Berjemaah & Bersendirian
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Kami di eCentral mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.