Jom Shopping Perayaan: Baucar RM200 Untuk B40 Selangor

Jom Shopping Perayaan merupakan satu program inisiatif kerajaa negeri Selangor untuk meringankan sedikit sebanyak beban rakyat negeri Selangor daripada golongan B40 untuk menyambut musim perayaan.

Musim perayaan ini termasuklah Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Selari dengan konsep “Selangor Penyayang”, program Jom Shopping Perayaan ini bukan sahaja diteruskan daripada tahun-tahun sebelumnya tetapi jumlah bantuan juga telah ditambah baik dan dinaikkan, selari dengan peningkatan kos sara hidup.

Golongan sasar

Program Jom Shopping Perayaan ini memfokuskan bantuan kepada golongan-golonga berikut:

  • Masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina / Hari Raya Aidilfitri / Deepavali
  • Pendapatan penerima seisi rumah RM3,000 dan ke bawah
  • Penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan sahaja (dalam Negeri Selangor)
  • Penerima bantuan bukan penerima manfaat KISS dan SMUE
  • Hanya seorang pemohon sahaja yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga

Baucar ini bertujuan membantu meringankan sedikit beban rakyat Selangor dalam membeli barangan keperluan supaya kemeriahan perayaan dapat dirasai bersama.

Baca lagi: KISS Selangor: Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200 Sebulan

Penambahbaikan program

Jom Shopping Perayaan

Menariknya, program bantuan yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor ini bukan sahaja diteruskan daripada tahun-tahun sebelumnya, tetapi juga ditambah baik.

Pada tahun 202, nilai baucar telah dinaikkan kepada RM200 berbanding hanng RM100 pada tahun-tahun sebelun ini.

Selain itu, syarat had pendapatan isi rumah telah dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,000 pada tahun-tahun sebelumnya.

Ini bermakna lebih ramai keluarga yang akan mendapat manfaat ini bagi meringankan sedikit sebanyak beban mereka menjelang musim perayaan.

Cara permohonan

Permohonan bagi bantuan baucar melalui program Jom Shopping Perayaan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web Selangor Penyayang di pautan https://www.selangorpenyayang.com/program/jom-shopping-perayaan

  1. Klik “Daftar Sekarang”
  2. Log masuk sistem Sistem SSmart Inisiatif Peduli Rakyat atau SSIPR – sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda hendaklah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.
  3. Teruskan permohonan sehingga lengkap

Untuk rekod, program ini telah berjalan sejak 2012 dan peruntukan sebanyak RM7.3 juta memberi manfaat kepada 70,995 orang di Selangor untuk membeli barangan keperluan untuk perayaan mereka.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai insiatif ini, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian:

Seksyen Sektoral UPEN
Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor

Tel: 03-55447920

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!