Cuti Semester Matrikulasi 2024, Takwim & Tarikh Peperiksaan

Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2024 – Takwim KPM

Takwim Matrikulasi bagi penggal 2023/2024 sudah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengambilan pelajar baru tahun ini.

Tahniah kepada para pelajar lepasan SPM yang terpilih untuk menyambung pengajian di peringkat Matrikulasi, semoga ianya membuka lembaran baru buat anda untuk terus rajin belajar agar dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diminati kelak.

Apa itu “Matrikulasi”?

Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.

Bagi meningkatkan taraf pengajian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut.

Tarikh Lapor Diri

Mengikut Takwin Matrikulasi KPM 2023/2024, tarikh melapor diri bagi pengambilan baru Matrikulasi pada tahun ini adalah pada tarikh berikut:

  • 9 Julai 2023 – Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)
  • 10 Julai 2023 – Kumpulan B (Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat tawaran kemasukan ke Matrikulasi untuk mengetahui kampus Matrikulasi yang ditempatkan dan bidang pengajian yang ditawarkan.

Artikel berkaitan: Semakan Keputusan Permohonan Program Matrikulasi KPM 2023 / 2024

Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi Sesi 2023 / 2024

Berikut merupakan kalendar akademik Matrikulasi bagi sesi 2023/2024 mengikut Takwim Makrikulasi yang dikeluarkan oleh KPM.

  • Kumpulan A – Kedah, Kelantan dan Johor
  • Kumpulan B – Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor

Semester I/III

Takwim Matrikulasi sem 1

Semester II/IV

Takwim Matrikulasi 2

Baca lagi: Semakan Keputusan PSPM – Peperiksaan Semester Matrikulasi

Cuti bagi pelajar Matrikulasi tertakluk kepada negeri lokasi Matrikulasi.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memberikan cuti tambahan perayaan seperti ketetapan di bawah:

cuti matrikulasi
  • Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) – 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) – 1 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
  • Hari Krismas – 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)

Muat turun Takwim Matrikulasi

Anda juga boleh memuat turun Takwim Matrikulasii sesi 2023/2024 dalam format PDF yang disediakan oleh pihak KPM dengan mengklik butang muat turun di bawah:

MUAT TURUN TAKWIM MATRIKULASI 2024

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!