Cuti Semester Matrikulasi 2026, Takwim & Tarikh Peperiksaan

cuti matrikulasi 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2026 – Takwim KPM

Takwim Matrikulasi bagi penggal 2026/2027 sudah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengambilan pelajar baru tahun ini.

Tahniah kepada para pelajar lepasan SPM yang terpilih untuk menyambung pengajian di peringkat Matrikulasi, semoga ianya membuka lembaran baru buat anda untuk terus rajin belajar agar dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diminati kelak.

Pengenalan Program Matrikulasi

Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.

Bagi meningkatkan taraf pengajian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut.

Tarikh Lapor Diri

Mengikut Takwim Matrikulasi KPM 2026/2027, tarikh melapor diri bagi pengambilan baru Matrikulasi pada tahun ini adalah pada tarikh berikut:

  • 7 Jun 2026 – 11 Jun 2026 : Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)
  • 8 Jun 2026 – 12 Jun 2026 : Kumpulan B (Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor)
  • 22 Jun 2026 : Bagi Calon Permohonan Rayuan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat tawaran kemasukan ke Matrikulasi untuk mengetahui kampus Matrikulasi yang ditempatkan dan bidang pengajian yang ditawarkan.

Artikel berkaitan: Permohonan Rayuan Matrikulasi KPM Sesi 2026/2027

Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi Sesi 2026/2027

Berikut merupakan kalendar akademik Matrikulasi bagi sesi 2026/2027 mengikut Takwim Makrikulasi yang dikeluarkan oleh KPM.

  • Kumpulan A – Kedah, Kelantan dan Johor
  • Kumpulan B – Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor

Baca lagi: Semakan Keputusan PSPM – Peperiksaan Semester Matrikulasi

Cuti bagi pelajar Matrikulasi tertakluk kepada negeri lokasi Matrikulasi.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memberikan cuti tambahan perayaan seperti ketetapan di bawah:

  • Hari Raya Aidilfitri : 21 & 22 March 2026 – Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV Sesi 2025/2026 (2)
  • Pesta Kaamatan : 30 & 31 Mei 2026 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2025/2026
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 01 & 02 Jun 2026 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2025/2026
  • Hari Raya Aidiladha : 26 Mei 2026 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2025/2026
  • Hari Deepavali :8 November 2026
  • Hari Krismas : 25 Disember 2026
  • Tahun Baru Cina Tahun 2027 : 6 & 7 Februari 2027 -Jangkaan Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV Sesi 2026/2027
  • Hari Raya Aidilfitri Tahun 2027 : 10 Mac & 11 Mac 2026 -Jangkaan Dalam Cuti Khas Semester II/IV Sesi 2026/2027 (2)

Maklumat Lanjut

hubungi  03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matrikulasi KPM

Ikuti media sosial PMKPM untuk hebahan dan maklumat terkini:

  • FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM
  • IG/TikTok – matrikulasikpm

Info lanjut mengenai kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ini, sila layari laman web:
https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi.

Soalan Lazim Cuti Matrikulasi 2026/2027

Bilakah tarikh pendaftaran pelajar baharu Matrikulasi sesi 2026/2027?

Kumpulan A: 7 Jun 2026 – 11 Jun 2026
Kumpulan B: 8 Jun 2026 – 12 Jun 2026

Siapa yang termasuk dalam Kumpulan A dan Kumpulan B?

Kumpulan A: Kolej Matrikulasi di Kedah dan Kelantan
Kumpulan B: Kolej Matrikulasi di semua negeri kecuali Kedah dan Kelantan

Berapa lama cuti pertengahan semester untuk Semester II/III?

Cuti pertengahan semester berlangsung selama 1 minggu:

Kumpulan A: 21 Ogos 2026 – 29 Ogos 2026
Kumpulan B: 22 Ogos 2026 – 30 Ogos 2026

Bilakah cuti antara semester sesi 2026/2027?

Kumpulan A: 6 November 2026 – 14 November 2026
Kumpulan B: 6 November 2026 – 15 November 2026

Adakah pelajar mendapat cuti khas semester?

Ya. Terdapat dua cuti khas semester bagi Semester III/IV:

Cuti Khas Semester (1)
Kumpulan A: 25 Disember 2026 – 2 Januari 2027
Kumpulan B: 26 Disember 2026 – 3 Januari 2027

Cuti Khas Semester (2)
Kumpulan A: 5 Mac 2027 – 13 Mac 2027
Kumpulan B: 6 Mac 2027 – 14 Mac 2027

Bilakah cuti Deepavali 2026?

8 November 2026 (Ahad)
Cuti ini berada dalam Cuti Antara Semester II/III sesi 2026/2027.

Bilakah cuti Hari Raya Aidilfitri 2027?

10 Mac 2027 dan 11 Mac 2027
Cuti ini berada dalam Cuti Khas Semester II/IV sesi 2026/2027 (2).

Adakah pelajar Sabah dan Sarawak mempunyai cuti tambahan?

Ya.
Pesta Kaamatan (Sabah & WP Labuan sahaja)
30 Mei 2026 & 31 Mei 2026

Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja)
1 Jun 2026 & 2 Jun 2026

Bilakah sesi Matrikulasi 2026/2027 tamat?

Sesi Matrikulasi 2026/2027 dijangka tamat selepas peperiksaan semester pada:
Kumpulan A: 22 April 2027
Kumpulan B: sekitar tempoh yang sama selepas peperiksaan tamat.

Artikel berkaitan: Pendaftaran Matrikulasi Online 2026/2027: Panduan Lengkap Pelajar Baharu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut