Pengisian Minggu Pertama Persekolahan KPM 2024/2025

Konsep Pengisian Aktiviti Minggu Pertama Sekolah KPM & KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2024/25

RUMUSAN: KONSEP PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2024/2025

  • 4,841,958 murid ceria
  • 415,484 guru bahagia
  • 10,228 sekolah bitara

** Berdasarkan data rasmi KPM pada 31 Januari 2024

PROGRAM FIRST DAY AT SCHOOL

Pelaksanaan :

  • Sekolah-sekolah Negeri Kumpulan A- 10 Mac 2024 atau mana-mana hari dalam tempoh minggu tersebut.
  • Sekolah-sekolah Negeri Kumpulan B- 11 Mac 2024 atau mana-mana hari dalam tempoh minggu tersebut.

Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula 10 Mac dan 11 Mac ini.

Melalui Pekeliling Bilangan 5 Tahun 2023 (Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2023/2024), kelas akademik tidak lagi perlu dijalankan pada minggu pertama persekolahan.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, minggu berkenaan akan diisi dengan aktiviti bagi mewujudkan ekosistem menyeronokkan di sekolah.

Pendekatan itu akan mewujudkan budaya untuk hadir ke sekolah secara berterusan sekali gus momentum tersebut dikekalkan sepanjang tahun.

“Pada permulaan sesi persekolahan kali ini, pada hari kedua atau hari ketiga persekolahan yang bermula tahun ini juga merupakan bulan Ramadan.”

“Oleh itu, kebijaksanaan barisan pentadbir di sekolah sangat dituntut untuk menyesuaikan aktiviti minggu pertama persekolahan dengan datangnya Ramadan ini,” ujar beliau.

Sesi persekolahan 2024/2025 bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dibuka pada 10 Mac ini.

Manakala negeri-negeri lain bermula pada 11 Mac.

Azman berharap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah mendokong usaha tersebut bagi memastikan kelancaran minggu pertama persekolahan.

“Minggu pertama perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti menyeronokkan yang membangunkan emosi anak-anak serta guru untuk melaksanakan proses pendidikan formal nanti dan guru disaran sambut pelajar dengan ramah dan ceria.”

Semua peringkat pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan, JPN dan PPD juga diseru untuk hadir ke sekolah pada minggu pertama bagi menyantuni warga sekolah.

“Aktiviti ini bukanlah bersifat pemantauan atau penilaian tetapi lebih untuk menyantuni warga sekolah dalam program yang dilaksanakan di sekolah,” katanya.

Berikut dikongsikan maklumat tentang pengisian dan aktiviti minggu pertama persekolahan KPM yang bakal dijalankan.

Arahan Tiada Kelas Akademik, Diganti Dengan Sesi Suai Kenal – KPM

Mulai sesi persekolhan 2023/2024, Kementerian Pendidikan memaklumkan minggu pertama sesi persekolahan pada minggu depan tidak melibatkan sebarang kelas akademik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada semua sekolah menerusi arahan terbaharu bagi memberi ruang kepada pelajar dan guru untuk sesi suai kenal dan interaksi terlebih dahulu.

“KPM telah mengeluarkan arahan baharu kepada sekolah-sekolah bahawa minggu pertama tiada kelas akademik dan ia lebih kepada suai kenal dan sesi interaksi antara murid dan guru.

“Kita juga ada menggunakan pendekatan ABC iaitu (anak baik dan cerdik), biar mereka baik dahulu baru cerdik. Kita faham komitmen ibu bapa yang akan mengambil cuti setiap kali buka sesi persekolahan baharu bagi melayan karenah anak-anak,” katanya dalam sesi temubual bersama sebuah radio yang dilaporkan oleh KOSMO.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, arahan terbaharu itu juga dibuat bagi mengelakkan tekanan kepada pelajar baharu terutamanya mereka yang baharu menjejak kaki ke alam persekolahan.

“Kita tahu awal-awal persekolahan mesti anak-anak akan meragam, ibu bapa juga mesti akan merasai tekanan tersebut.

“Jadi kita nak beri ruang kepada ibu bapa, guru-guru dan komuniti sekolah bersama anak-anak mereka, bagi mereka (anak-anak) selesa dahulu,”katanya.

Berikut dikongsikan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM yang dikeluarkan pada 9 Mac 2023 berkenaan perkara ini dan contoh aktiviti yang akan dijalankan pada minggu pertama sekolah nanti.

minggu pertama sekolah tiada kelas akademik persekolahan KPM
minggu pertama sekolah tiada kelas akademik persekolahan KPM
minggu pertama sekolah tiada kelas akademik persekolahan KPM

Konsep Pengisian & Aktiviti Minggu Pertama Sekolah – KPM

Konsep serta cadangan pengisian dan aktiviti minggu pertama persekolahan bertujuan untuk memastikan pembukaan sekolah berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat.

6 konsep yang ditekankan adalah :

1. Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang

  • Permainan
  • Riadah / Senamrobik / Kecergasan
  • Sukaneka / Sukan

2. Mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif

  • Aktiviti Projek
  • Aktiviti Penyelasaian Masalah
  • Aktiviti Penerapan Nilai dan Pembangunan Sahsiah

3. Merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai

  • Aktiviti Minda dan Rekacipta
  • Aktiviti Pembelajaran Bertema
  • Aktiviti Pembelajaran Kendiri

4. Pelibatan Murid, Guru, Ibu Bapa / Penjaga dan Komuniti

  • Aktiviti Bersama-sama Keluarga
  • Aktiviti Keceriaan
  • Aktiviti Kemasyarakatan

5. Memupuk Kerjasama dan Komunikasi Berkesan

  • Aktiviti Berkumpulan
  • Aktiviti Serlah Bakat / Potensi
  • Aktiviti Ekspresi Seni Kreatif

6. Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi

  • Aktiviti Integrasi Perpaduan
  • Aktiviti Persembahan Citra Budaya
  • Aktiviti Usahawan Muda (Projek Kitar Semula)

Baca juga: 7 Teras Utama KPM Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara

CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2024/2025

Berikut dikongsikan cadangan program minggu pertama pembukaan sekolah sesi akademik 2024 / 2025 mengikut kesesuaian lokaliti dan keperluan sekolah masing-masing.

Rujuk lampiran PDF sepenuhnya : KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2024/2025

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!