Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027 KPM (idme.moe.gov.my)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

TERKINI: PENDAFTARAN TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2027 BOLEH DIBUAT MULAI 15 FEBRUARI 2026 MENERUSI SISTEM BERSEPADU KPM (MOEIS) DI PAUTAN https://idme.moe.gov.my

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada sesi 2027, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online. Bagi tahun ini, pendaftaran adalah terbuka kepada anak-anak berumur 5 dan 6 tahun.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran dan semakan Tahun 1 Sesi 2026 / 2027 melalui permohonan online.

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027 || Tarikh: 15 Februari – 31 Mac 2026

Tatacara Pengisian Maklumat Profil Murid Layak Memohon Kemasukan Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2027

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa ibu bapa dan penjaga untuk membuat persediaan awal dengan melengkapkan pengisian maklumat profil murid bagi memastikan proses pendaftaran Tahun 1 sesi akademik 2027 dapat dilaksanakan dengan lancar.

Soalan Lazim (FAQ) boleh diakses melalui imbasan kod QR atau pautan berikut: https://shorturl.at/6jt2U

Pengumuman KPM Tentang Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027 Untuk Kohort 5 & 6 Tahun

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026 melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di https://idme.moe.gov.my.

Pendaftaran adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia kohort enam tahun (5+) dan tujuh tahun (6+). Ia selaras dengan keputusan Kerajaan untuk membuka peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun (5+) memasuki Tahun 1 bermula pada 2027 secara sukarela dan tanpa perlu menduduki ujian saringan.

Inisiatif untuk menggalakkan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun (5+) ke Tahun 1 adalah langkah progresif Kerajaan MADANI untuk membantu perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak serta pada masa sama memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan.

Pendaftaran Murid Tahun 1

Berikut dikongsikan Soalan Lazim (FAQ) oleh KPM mengenai pendaftaran tahun 1 sesi 2027 kerana tahun ini yang dibuka kepada murid berumur 5 dan 6 tahun.

BACA JUGA: Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2026 & Rayuan

Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2027 KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2027 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026.

Proses pendaftaran murid tahun 1 boleh dilakukan secara atas talian melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), yang boleh diakses menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my.

Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2027

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir pada:
    • 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun)
    • 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun)

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2026/2027 adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna 
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Rujuk manual bergambar di bawah:

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Manual Pengguna MOIES KPM
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Layari pautan rasmi idMe
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Paparan halaman log masuk idMe
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran baru bagi pengguna kali pertama
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Log masuk menggunakan kata laluan sementara idMe
pendaftaran tahun 1
Masukkan kata kunci
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Paparan utama laman Sistem Pengurusan Identiti
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Klik Modul Pengurusan Awam
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Paparan Modul Pengurusan Awam
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Pilih menu Pengurusan Profil
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Isi maklumat peribadi dengan betul dan lengkap
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Klik “Simpan”
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Isi maklumat pasangan dengan betul dan lengkap
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Paparan maklumat anak jagaan
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Paparan maklumat anak jagaan
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Paparan untuk mengemaskini maklumat setiap anak
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Klik “Simpan” setelah kemaskini
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Klik “Tambah Anak Jagaan” untuk menambah bilangan anak
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Paparan kotak dialog tambah anak
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Proses permohonan daftar Tahun 1 sesi 2026
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Paparan permohonan tahun satu KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Klik “Mohon”
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Klik “OK” jika memenuhi syarat
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Masukkkan alamat
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
Muat naik dokumen yang diperlukan
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Tandakan kotak pengesahan “Saya mengaku…”
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Contoh borang permohonan yang perlu dicetak
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Borang sokongan yang perlu dicetak sekali
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Status permohonan dihantar
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Permohonan rayuan Tahun 1 sesi 2026
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Manual Pandual Pendaftaran Tahun 1 idMe KPM selesai

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

MUAT TURUN PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MOEIS IDME KPM: Manual Pengguna boleh dimuat turun dari tinyurl.com/manualdaftartahunsatu

Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna

Tarikh Tutup Pendaftaran Tahun 1 / 2027

Tarikh tutup pendaftaran kemasukan Tahun 1 secara dalam talian ialah pada 31 Mac 2026.

Soalan Lazim / FAQ – Pendaftaran Tahun 1 & Semakan Penempatan Sesi 2027

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke:

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

1. Siapakah yang layak mendaftar Tahun 1 bagi sesi 2027?

Kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir antara 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun) dan 2 Januari 2020- 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun) layak didaftarkan untuk memasuki Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027.

2.  Bila Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka dan Ditutup?

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026

3. Di mana boleh saya membuat pendaftaran Tahun 1?

Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui sistem idMe KPM: https://idme.moe.gov.my

4. Bagaimana cara untuk semak keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2027?

Keputusan penempatan boleh disemak secara dalam talian melalui laman web idMe KPM melalui portal idMe. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

5. Bolehkah saya membuat rayuan jika tidak berpuas hati dengan penempatan?

Ya, rayuan boleh dibuat secara online selepas keputusan penempatan diumumkan. Alasan rayuan perlu kukuh dan akan dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

6. Bila rayuan dibuka?

Rayuan penempatan Tahun 1 sesi 2027 dibuka dalam talian selepas penempatan diumumkan. Lazimnya pada tahun sebelumnya, tempoh rayuan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos.

7. Apa perlu dibuat jika terlupa kata laluan idMe?

Klik “Lupa Kata Laluan” di laman log masuk idMe dan ikut arahan seterusnya. Jika masih gagal, hubungi bantuan teknikal idMe atau pergi ke sekolah pilihan untuk mendapatkan bantuan.

8. Adakah ibu bapa / penjaga masih boleh membuat permohonan sekiranya telah tamat tarikh tutup?

Ya, ibu bapa / penjaga boleh berurusan terus di kaunter PPD / JPN selepas tarikh tutup permohonan.

8. Bagaimanakah kaedah penempatan bagi murid 5+ dan 6+ tahun yang akan memasuki Tahun 1 Kalendar Akademik Tahun 2027?

Penempatan murid adalah berdasarkan alamat tempat tinggal dan tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah yang dipilih. Penawaran ke sekolah lain akan diberikan sekiranya tiada kekosongan di sekolah yang dipilih.

9. Adakah ibu bapa perlu menghantar Borang Perakuan Sekolah setelah membuat permohonan online?

Ya, ibu bapa perlu menghantar Borang Perakuan Sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan online bagi tujuan semakan dan pengesahan pihak sekolah.

10. Apakah dokumen yang perlu dibawa bersama-sama semasa menghantar Borang Perakuan Sekolah?

Borang Perakuan Sekolah perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut:
i) Sijil lahir murid
ii) Kad Pengenalan ibu bapa / penjaga
iii) Dokumen hak penjagaan (sekiranya berkaitan)
iv) Sijil nikah
v) Bil utiliti

11. Sekiranya ibu bapa / penjaga membatalkan pilihan sekolah dan memilih sekolah baharu dalam permohonan Tahun 1 secara online, perlukah mereka menghantar Borang Perakuan Sekolah ke sekolah yang baru?

Ya, sila hantar Borang Perakuan Sekolah ke sekolah baru yang dipilih berserta dengan dokumen sokongan yang asal dan salinan yang telah disahkan.

12. Adakah kanak-kanak berumur 5+ yang telah didaftarkan boleh membatalkan permohonan?

Ya, ibu bapa / penjaga boleh membuat pembatalan ke Tahun 1 secara:
i) dalam talian melalui pautan https://idme.moe.gov.my dalam Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) sepanjang tempoh permohonan dibuka sehingga 15 November 2026; atau
ii) menghubungi sekolah yang dimohon; atau
iii) menghubungi pegawai pengurus pendaftaran murid di Sektor Pengurusan Sekolah (Unit Rendah) di PPD / JPN

13. Bilakah keputusan penempatan Tahun 1 Kalendar Akademik Tahun 2027?

Keputusan penempatan Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 akan dimaklumkan mulai 1 hingga 31 Ogos 2026 melalui pautan https://idme.moe.gov.my dalam Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS).

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut