MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Pelancaran portal msASNB atau ASB online adalah berita baik buat pengguna Amanah Saham Nasional Berhad.

Dengan portal myASNB ini, kita dah tak perlu beratur panjang untuk menyimpan / menambah pelaburan ataupun menyemak dividen dan baki pelaburan.

Semuanya boleh dilakukan dari rumah melalui atas talian dengan menggunakan telefon pintar atau laptop saja.

Terbaru: Kini anda boleh membuat pengeluaran ASB secara online melalui MyASNB.

Pengenalan: Portal myASNB

asb online
Portal rasmi ASB Online MyASNB

Bagi yang belum familiar dengan ASB, myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Perkhidmatan Yang Disediakan

myASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit.

Antaranya termasuklah:

  1. Pertanyaan butiran pegangan semasa
  2. Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  3. Pelaburan tambahan
  4. Kemaskini maklumat peribadi

Nak tahu bagaimana cara daftar dan menggunakan portal myASNB ini?

Cara Daftar ASB Online Melalui Portal myASNB

Sebelum menggunakan perkhidmatan myASNB, kita perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan alamat surat menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB ; contohnya pejabat pos.

Beritahu saja dekat kaunter yang kita nak update maklumat untuk guna portal ASB online.

Lepas tu barulah kita boleh daftar dan gunakan perkhidmatan ASB online ni ya.

1. Buka Laman Web myASNB

Pergi ke www.myasnb.com.my

2. Daftar

Klik ‘Daftar di sini’.

Baca notis pemberitahuan dan klik ‘Teruskan’

Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat (T&C). Tandakan kotak untuk menerima T&C dan klik ‘Setuju’

3. Isikan Butiran 

Isikan butir-butir akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin.

Klik ‘Seterusnya’ untuk meneruskan.  

Sahkan nombor telefon bimbit anda adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB dan kemudian klik ‘Request TAC’.

Masukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS dan klik ‘Seterusnya’.   

Nota:

  • Jika anda tidak menerima TAC, sila klik ‘Hantar semula TAC’ selepas memastikan 4 digit terakhir nombor telefon yang dipaparkan adalah seperti yang didaftarkan.     
  • Sekiranya nombor telefon tidak dipaparkan atau tidak berpadanan, sila batalkan pendaftaran dan rujuk kepada cawangan ASNB terdekat.  

4. Cipta Akaun Portal myASNB    

  • Tentukan ‘Username’ atau ID Pengguna anda    
  • Masukkan Frasa Selamat    
  • Pilih TIGA soalan keselamatan dan masukkan jawapan yang berkenaan    
  • Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran

*Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.

Setelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama. 

Nota:

  •  Jika nombor telefon bimbit anda telah disahkan semasa melengkapkan pendaftaran portal, kata laluan sementara anda akan dihantar melalui SMS.  
  • E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda. Sila sahkan email melalui pautan ‘Verify Email’ yang dihantar.
  • Setelah pendaftaran selesai, anda dikehendaki membuat Log Masuk Kali Pertama dengan menggunakan kata laluan sementara.
  • Kata laluan sementara yang diberikan oleh Portal myASNB akan sah selama 30 hari. Sekiranya anda tidak melakukan Log Masuk Kali Pertama dalam tempoh 30 hari tersebut, pendaftaran anda akan dikeluarkan daripada sistem.

5. Log Masuk Kali Pertama

Klik ‘Log masuk’ pada halaman yang memaparkan kata laluan sementara anda.

Anda juga boleh klik ‘Log masuk’ selepas kembali ke halaman utama myASNB.

Masukkan ID Pengguna dan diikuti dengan kata laluan sementara.

Selepas itu, sistem akan meminta anda supaya menukar kata laluan yang baru.

Kemaskini dan tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan.

Kemudian, log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru tadi.

Selesai!

Sekarang kita dah boleh gunakan portal myASNB untuk menyemak baki pelaburan terkini, menambah pelaburan dan mengemaskini maklumat.

Pengeluaran ASB Online

Bermula 20 April 2020, pelabur kini boleh membuat permohonan pengeluaran ASB secara online.

Namun had maksimum pengeluaran hanyalah RM500 sebulan.

Minima sekali pengeluaran pula sebanyak RM100.

Hanya tiga transaksi dibenarkan dalam sebulan.

Info lanjut boleh rujuk di portal rasmi MyASNB.

Waktu Operasi

Untuk pengetahuan, waktu operasi dalam talian myASNB adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada waktu berikut:

  • Unit amanah harga tetap: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 6.00 petang);  
  • Unit amanah harga berubah: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 4.00 petang) tidak termasuk cuti umum.

Aplikasi myASNB

Bagi pengguna yang ingin kerapkali menyemak dan mengemaskini akaun ASB online, kini anda juga boleh menggunakan Apps myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat secara percuma.

Aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut:

i) Google Playstore:

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en

ii) Apply Apps Store

https://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]

Leave a Comment