No Pin UPU diperlukan bagi membolehkan pemohon membuat permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi melalui sistem UPUOnline®. Pembelian adalah bermula 28 Januari 2026 (Rabu). Anda boleh rujuk portal rasmi UPUOnline untuk maklumat lanjut.
Bagi memudahkan urusan pembelian, terdapat beberapa cara yang disediakan oleh pihak BSN iaitu pembelian secara tunai di kaunter BSN, pembelian melalui mesin ATM serta pembelian menggunakan kemudahan SMS.
Di bawah ini diterangkan dengan lebih lanjut cara membuat pembelian No. Pin UPU melalui ketiga-tiga kaedah tersebut sebagai panduan kepada pemohon.

Apa itu No Pin UPU
No. Pin UPU ialah nombor pengenalan khas yang perlu dibeli oleh pemohon sebagai syarat untuk membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi di bawah MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) melalui sistem UPUOnline®.
No. Pin ini berfungsi sebagai akses keselamatan untuk mengaktifkan akaun permohonan dan membolehkan calon mengisi serta menghantar borang UPUOnline® bagi sesi akademik yang ditetapkan.
Cara Pembelian No Pin UPU

Terdapat beberapa cara pembelian No Pin UPU yang boleh anda lakukan. Berikut adalah kaedahnya yang tepat:
1. Pembelian Tunai Di Kaunter BSN
Salah satu cara beli No Pin UPU BSN ialah dengan hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad dan wang untuk membuat bayaran.
Salinan MyKad pemohon perlu diberikan semasa membeli Pin Unik ID UPU.
2. Cara Beli No Pin UPU BSN Melalui ATM
Kalau anda pengguna BSN, lagi senang sebab anda boleh beli no unik ID UPU ini melalui ATM saja.Proses pembelian hanya perlu menggunakan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO.
Sila ikuti langkah di bawah untuk proses pembelian:
- Masukkan Kad ATM dan Nombor PIN
- Pilih Urusan: “Beli Pin”
- Pilih Jenis Permohonan: “IPTA”.
- Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan
- Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.
- Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.
Jika anda dah ada akaun BSN dan ingin membuka akaun BSN online, sila rujuk di artikel ini : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User
3. Cara Beli No Pin UPU BSN Melalui MyBSN
Pemohon perlu mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN untuk mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Selepas pendaftaran selesai, pemohon boleh membeli nombor PIN melalui perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:
- Log masuk ke dalam akaun myBSN online banking.
- Klik “Pin Purchase”.
- Pilih Organization “UPU”.
- Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”.
- Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.
Tarikh Pembelian
Tarikh pembelian no pin BSN ini bermula pada 28 Januari 2026 hingga 15 Mei 2026 untuk lepasan SPM dan STPM / setaraf.
Harga No Pin UPU BSN
Harga nombor pin BSN adalah bergantung kepada jenis program. Untuk makluman, harga no pin upu BSN ialah RM10.60.
Jika anda membeli no pin untuk tujuan lain seperti pinjaman PTPTN, sila rujuk senarai harga no pin BSN seperti berikut:
| ORGANISASI | KURSUS / PROGRAM | HARGA NO. PIN +CAJ (RM) | TARIKH PEMBELIAN |
|---|---|---|---|
| UPU | Program Lepasan SPM/Setaraf | 10.60 | 28-JAN-26 sehingga 15-MAY-26 |
| Program Lepasan STPM/Setaraf | 10.60 | 28-JAN-26 sehingga 15-MAY-26 | |
| UiTM | Program 1 (Program Asasi Undang-undang UiTM, Diploma UiTM & Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (AP243) | 10.00 | |
| Program 2 (Pengajian Luar Kampus / Setara Sepenuh Masa) | 12.00 | ||
| Program 3 (Profesional) | 17.00 | 29-OCT-25 sehingga 20-FEB-26 | |
| Program 4 (Prog. Sarjana / Kedoktoran Kerja Kursus) | 50.00 | 1-DEC-25 sehingga 1-MAR-26 | |
| Program 5 (Prog. Sarjana / Kedoktoran Penyelidikan) | 50.00 | 8-MAY-24 sehingga 31-DEC-26 | |
| Program 6 (Penerapan Pra Diploma ke Diploma) | 10.00 | ||
| Program 7 (Penerapan Asasi Undang-undang UiTM & Penerapan Diploma UiTM ke Sarjana Muda) | 10.00 | ||
| Program 8 (International Student Kerja Kursus) | 151.00 | ||
| Program 9 (Research International Student) | 151.00 | ||
| Program 10 (Ijazah Sarjana Muda/MBB240/PH240/DS240) | 17.00 | ||
| UiTM – JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA | ePerjawatan (Permohonan Perjawatan UiTM) | 11.00 | |
| eTPM (Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar UiTM) | 21.00 | ||
| BAHAGIAN MATRIKULASI | Program Matrikulasi KPM | 10.00 | |
| PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA | PPUM (Kejururawatan) | 10.00 | 26-JAN-26 sehingga 3-APR-26 |
| UPSI | Ijazah Sarjana Muda | 26.00 | |
| Pengajian Sarjana / PhD | 51.00 | 1-JAN-26 sehingga 31-DEC-26 | |
| Joint Degree UPSI-USM | 71.00 | 1-JAN-26 sehingga 31-DEC-26 | |
| Diploma | 51.00 | ||
| Pesisir Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) | 51.00 | ||
| Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) | 51.00 | ||
| Program Kerjasama Akademik (Diploma Pesisir, Ijazah Sarjana Muda Pesisir, Saluran Bitara) | 51.00 | ||
| UPSIHOLDINGS | Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) | 51.00 | |
| Sarjana Muda Pendidikan | 51.00 | ||
| Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) | 51.00 | ||
| MPM | Yuran Pendaftaran STPM 1MP | 211.00 | |
| Yuran Pendaftaran STPM 2MP | 301.00 | ||
| Yuran Pendaftaran STPM 3MP | 391.00 | ||
| Yuran Pendaftaran STPM 4MP | 481.00 | ||
| Yuran Pendaftaran STPM 5MP | 571.00 | ||
| Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Warga Asing | 201.00 | ||
| Yuran MUET Bukan Warganegara Sesi 2 Tahun 2024 (Calon Sekolah/Institusi sahaja) | 351.00 | ||
| Yuran MUET Sesi 2 Tahun 2024 (Calon Sekolah/Institusi sahaja) | 151.00 | ||
| Semak Semula Keputusan MUET | 71.00 | ||
| Semak semula STPM Semester 1 Kertas | 51.00 | ||
| Semak semula STPM Semester 2 Kertas | 101.00 | ||
| Semak semula STPM Semester 3 Kertas | 151.00 | ||
| Semak semula STPM Semester 4 Kertas | 201.00 | ||
| Semak semula STPM Semester 5 Kertas | 251.00 | ||
| Ulangan STPM 1Kertas | 51.00 | ||
| Ulangan STPM 2Kertas | 101.00 | ||
| Ulangan STPM 3Kertas | 151.00 | ||
| Ulangan STPM 4Kertas | 201.00 | ||
| Ulangan STPM 5Kertas | 251.00 | ||
| USM | Program Pesisir | 60.00 | |
| Saluran Alternatif | 60.00 | ||
| Diploma Kejururawatan | 60.00 | ||
| Program Antarabangsa Doktor Perubatan USM – KLE | 60.00 | ||
| Pengajian Jarak Jauh (PJJ) | 60.00 | ||
| Saluran USM+1 | 99.00 | ||
| Diploma Lanjutan | 59.00 | ||
| PTPTN | Permohonan Pinjaman PTPTN | 5.00 | 19-MAY-09 sehingga 31-DEC-26 |
Direktori Universiti Awam
| BIL. | NAMA UNIVERSITI | NO. TELEFON |
|---|---|---|
| 1. | Universiti Malaya (UM) Lembah Pantai,50603 Kuala Lumpur https://aasd.um.edu.my/ | Tel : 03-79673282 |
| 2. | Universiti Sains Malaysia (USM) 11800 Minden,Pulau Pinang https://www.usm.my/ms/?view=article&id=516:hubungi- kami&catid=16 | Tel : 04-6533196 |
| 3. | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi,Selangor https://www.ukm.my/akademik/unit-pengambilan-pelajar/ | Tel : 03-89118455 |
| 4. | Universiti Putra Malaysia (UPM) 43400 Serdang,Selangor https://akademik.upm.edu.my/mengenai_kami-2954?L=bm | Tel : 03-97696060 |
| 5. | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 81310 Skudai, Johor https://admission.utm.my/contact-us/ | Tel : 019-7061748 |
| 6. | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Jalan Gombak,53100 GombakSel, Selangor https://www.iium.edu.my/v2/admissions/ | Tel : 03-64216421 |
| 7. | Universiti Utara Malaysia (UUM) 06010 UUM Sintok, Kedah http://hea.uum.edu.my/ | Tel : 04-9283303 |
| 8. | Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Kota Samarahan,93400 Kuching, Sarawak https://www.bpps.unimas.my/contact-us | Tel : 08-2581166 |
| 9. | Universiti Malaysia Sabah (UMS) Beg Berkunci 2073, 88899 Kota Kinabalu,Sabah https://bpa.ums.edu.my/index.php/ms/home | Tel : 08-83200000 |
| 10. | Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Jalan Slim, 35900 Tanjung Malim, Perak https://kemasukan.upsi.edu.my/?page_id=299 | Tel : 05-4507038 |
| 11. | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan https://www.usim.edu.my | Tel: 06-7988000 |
| 12. | Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam,Selangor https://www.uitm.edu.my | Tel: 03-55442000 |
| 13. | Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 21030 Mengabang Telipot,Kuala Terengganu,Terengganu https://www.umt.edu.my | Tel: 09-6693102 |
| 14. | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Beg Berkunci 101,86400 Parit Raja,Batu Pahat,Johor https://www.uthm.edu.my | Tel: 07-4537000 |
| 15. | Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Hang Tuah Jaya 76100 Durian Tunggal,Melaka. https://www.utem.edu.my | Tel: 06-5552000 |
| 16. | Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Beg Berkunci 12,Kuantan,25500 Pahang https://www.ump.edu.my | Tel: 09-5492501 |
| 17. | Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Tkt. 11, Bangunan KWSP,Jalan Bukit Lagi,01000 Kangar,Perlis https://www.unimap.edu.my | Tel: 04-9798008 |
| 18. | Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Canseleri Kampus Kota, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 20400 Terengganu https://www.unisza.edu.my | Tel: 09-6220707 |
| 19. | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa, 16100 Kelantan https://www.umk.edu.my | Tel: 09-7717000 |
| 20. | Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur https://www.upnm.edu.my/ | Tel: 03-90513400 |
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan No Pin UPU, anda boleh hubungi talian perkhidmatan pelanggan BSN di : 03 2613 1900. Atau layari portal BSN.
Anda boleh juga mendapatkan maklumat berkaitan pembukaan UPUOnline® melalui
hebahan di media sosial rasmi seperti berikut:
- Laman rasmi UPU
- TikTok : @bkpaupu
- Facebook : kemasukan bkpa jpt
- Instagram : @kemasukanbkpa
Soalan Lazim – No Pin UPU
No. Pin UPU ialah nombor ID unik yang perlu dibeli oleh pemohon bagi membolehkan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi dibuat melalui sistem UPUOnline®.
No. Pin UPU boleh dibeli melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sama ada di kaunter cawangan, mesin ATM BSN atau secara dalam talian melalui perbankan internet MyBSN.
Terdapat tiga kaedah pembelian No. Pin UPU, iaitu:
Pembelian tunai di kaunter BSN
Pembelian melalui mesin ATM BSN
Pembelian secara dalam talian melalui MyBSN
Pemohon perlu hadir ke mana-mana cawangan BSN dengan membawa MyKad serta wang bayaran. Salinan MyKad pemohon perlu diserahkan semasa urusan pembelian nombor PIN unik ID UPU dibuat.
Pembelian melalui ATM BSN boleh dilakukan menggunakan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO. Langkah pembelian adalah seperti berikut:
1. Masukkan kad ATM dan nombor PIN
2. Pilih urusan “Beli Pin”
3. Pilih jenis permohonan “IPTA”
4. Pilih jenis program seperti SPM, STPM atau setaraf
5. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) pemohon dan pilih “YA”
6. Semak maklumat pembelian dan tekan “SETUJU” untuk meneruskan urusan
7. Resit akan dicetak dan perlu disimpan untuk rujukan
Pemohon perlu mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN untuk mendaftar perbankan internet MyBSN. Setelah pendaftaran selesai, pembelian boleh dibuat dengan langkah berikut:
1. Log masuk ke akaun MyBSN
2. Klik menu “Pin Purchase”
3. Pilih organisasi “UPU”
4. Pilih program sama ada “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/Setaraf”
5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan sehingga proses pembelian selesai
Pembelian No. Pin UPU melalui BSN dibuka bermula 28 Januari 2026 hingga 15 Mei 2026 bagi pemohon lepasan SPM dan STPM/setaraf.
Harga No. Pin UPU yang ditetapkan oleh BSN ialah RM10.60, bergantung kepada jenis program yang dipilih.
Baca juga:




