Advertisements

Bantuan Khas Penjawat Awam 2022, Jumlah Bonus & Tarikh Bayaran

Advertisements

TARIKH BAYARAN BONUS (BANTUAN KHAS KEWANGAN) PENJAWAT AWAM & PESARA 2022

Sejumlah 1.3 juta penjawat awam dan sejuta pesara menerima bayaran bantuan khas kewangan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion yang dikreditkan dalam akaun masing-masing bersekali dengan gaji Januari ini.

Secara umum, penjawat awam yang layak akan dibayar bonus dalam gaji bulan Januari 2022, iaitu pada 25 Januari 2022.

Sila rujuk info lengkap dan surat edaran yang dilampirkan di bawah.

Terkini, dimaklumkan bahawa pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 akan ditangguhkan bagi penjawat awam yang tidak mendapatkan dos lengkap vaksinasi COVID-19.

Beliau menjelaskan, penjawat awam hanya layak dibayar bantuan kewangan itu jika melengkapkan dos vaksinasi COVID-19 selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun depan.

Arahan penangguhan bayaran bantuan sebanyak RM700 itu terkandung dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bertarikh semalam.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata hanya pegawai yang tidak mendapatkan suntikan vaksin berkenaan atas sebab kesihatan dan memperoleh pengesahan pengamal perubatan berdaftar, dikecualikan daripada arahan terbabit.

Bonus Penjawat Awam 2022

Menerusi Bajet 2022, seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan terima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharungi tempoh mencabar ini.

Satu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam

  • Penjawat awam: RM700
  • Pesara : RM300
bantuan khas penjawat awam
Sumber infografik : Utusan Online

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 1.3 bilion.

Bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).

“Ia bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini, katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2022

Mengikut kebiasaan, bayaran gaji penjawat awam disalurkan setiap 25 hari bulan yang mana jika pada bulan tersebut terdapat perayaan tertentu, maka bayaran gaji dibayar lebih awal.

Bonus ini akan dikreditkan dalam akaun masing-masing bersekali dengan gaji 25 Januari 2022 ini.

Muat turun surat edaran JPA.800-3/2/1 (32) dan soalan lazim di pautan https://tinyurl.com/52zxtuu9 atau imbas Kod QR pada poster di atas.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan boleh dirujuk melalui Surat Edaran di bawah:

Muat Turun : Surat Edaran JPA.800-3/2/1(32) / Soalan Lazim

Baca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2022 & Jadual Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2022.

NOTA:

  • Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 25 Januari tahun depan, layak diberi Bantuan Khas Kewangan 2022 sebanyak RM700. Bantuan khas ini akan dibayar pada 25 Januari tahun depan dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.
  • Pembayaran bantuan khas kewangan ini tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf, termasuk pegawai yang memangku, dipinjam, ditukar sementara serta penempatan khas ke gred jawatan utama atau gred khas.
  • Seterusnya, pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari tahun ini hingga 25 Januari 2022, serta pegawai ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam bagi tempoh sama.
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 hingga 25 Januari tahun depan, dan pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai badan berkanun yang diasingkan saraan.
  • Pegawai yang ditahan kerja, digantung atau mempunyai rekod surat pertuduhan dikeluarkan pihak berkuasa tatatertib, juga akan ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2022. Pegawai terbabit hanya layak dibayar jika pihak berkuasa tatatertib mendapati individu berkenaan tidak bersalah.

Lain-lain Kebajikan Penjawat Awam Yang Diumumkan Dalam Bajet 2022

Selain itu, antara kebajikan penjawat awam yang diumumkan dalam Bajet 2022 adalah:

  • Kadar keuntungan skim pembiayaan komputer & telefon pintar turun kepada 2%
  • Perlindungan kemalangan diri sehingga RM100,000 untuk peminjam baharu LPPSA diteruskan
  • Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan dinaikkan kepada RM200 sebulan
  • Elaun Penugasan Seukarelawan Simpanan Polis (PV) dinaikkan kepada RM9.80 sejam (pegawai) dan RM8 sejam (anggota)
  • Gantian cuti rehat dinaikkan kepada 160 hari

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment