Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Malaysia
Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2022 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri di Malaysia.
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022 yang disertakan ini adalah rasmi diterbitkan menerusi Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Jadual Bayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022 ini dapat memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.
Tarikh dan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022
(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)
BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
Januari | 25.01.2022 | Selasa | |
Februari | 25.02.2022 | Jumaat | Tahun Baru Cina – 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu) |
Mac | 25.03.2022 | Jumaat | |
April | 25.04.2022 | Isnin | |
Mei | 25.05.2022 | Rabu | Hari Raya Puasa – 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu) Hari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa) |
Jun | 24.06.2022 | Jumaat | Hari Gawai – 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis) |
Julai | 25.07.2022 | Isnin | Hari Raya Haji – 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin) |
Ogos | 25.08.2022 | Khamis | |
September | 23.09.2022 | Jumaat | |
Oktober | 18.10.2022 | Selasa | Hari Deepavali – 24 Oktober 2022 (Isnin) |
November | 25.11.2022 | Jumaat | *Gaji diawalkan ke 17 November 2022 sempena PRU15 (Rujuk: https://ecentral.my/gaji-awal-penjawat-awam-november-2022-pru15/) |
Disember | 19.12.2022 | Isnin | Hari Krismas – 25 Disember 2022 (Ahad) |
NOTA:
Tarikh bonus (Bantuan Khas Penjawat Awam adalah pada 22 Januari, iaitu bersekali dengan bayaran gaji).
Sila rujuk: Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam & Pesara 2022
Penyata Gaji Online Penjawat Awam
Kini penjawat awam boleh mendapatkan e-Penyata Gaji melalui https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/
Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:
- 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
- 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.
Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.
Sistem ePenyata Gaji dan Laporan versi mobile sedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”. Panduan Pengguna boleh didapati di Halaman Utama ePayslip JANM mobile.
Sila rujuk langkah-langkah semakan slip penyata gaji penjawat awam di artikel ini: e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online
Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Tarikh bayaran gaji Penjawat Awam atau Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini
boleh dirujuk kepada pihak berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611
Sila rujuk maklumat lanjut dan tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2022 yang ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1 (15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(1) bertarikh 29 Oktober 2021: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2022.
*Sumber: Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2021 – TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2022 (https://www.anm.gov.my/arkib-pengumuman/pengumuman/2021/arkib-berita-pengumuman-2021/11024-spanm-bil-5-tahun-2021-tarikh-dan-peraturan-pembayaran-emolumen-tahun-2022)