Advertisements

Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tahun 2022 (Jadual Bulanan)

Advertisements

TARIKH PEMBAYARAN PENCEN PESARA KERAJAAN / EMOLUMEN BULANAN TAHUN 2022

Bulan hadapan, pada Januari 2022 akan ada kenaikan 2% dari kadar pencen yang diterima pada Disember 2021.

Kenaikan ini berlaku sejak 2013.

Beberapa pindaan terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 105 mengenai tarikh pembayaran emolumen dan pencen bermula 2022 antaranya kawalan tempoh perbezaan hari maksimum gaji, emolumen boleh dibayar pada hari Jumaat dan lain-lain.

Berikut dikongsikan tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2022 yang dimuktamadkan secara rasmi untuk hebahan umum.

pencen 2022
jadual pencen 2022

TARIKH BAYARAN PENCEN BULANAN BAGI TAHUN 2022

​BULAN​TARIKHHARI​CATATAN
​JANUARI​20.01.2022​KHAMIS
​FEBRUARI22.02.2022​SELASATahun Baru Cina
1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)
​MAC22.03.2022​SELASA
​APRIL​21.04.2022KHAMIS
​MEI23.05.2022ISNINHari Raya Puasa 
3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu) 

Hari Pesta Kaamatan 
30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)
​JUN21.06.2022​SELASAHari Gawai 01 & 02 Jun 2022 (Rabu & Khamis)
​JULAI​21.07.2022KHAMIS​Hari Raya Haji
10 Julai & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)
​OGOS​22.08.2022ISNIN
​SEPTEMBER​20.09.2022​SELASA
​OKTOBER​13.10.2022KHAMIS​Hari Deepavali
24 Oktober 2022 (Isnin)
​NOVEMBER​2211.2022​SELASA
​DISEMBER​15.12.2022​KHAMIS​Hari Kri​smas
25 Disember 2022 (Ahad)​​

Baca juga:

Kenaikan Pencen Tahunan 2%

Pada Januari 2022 akan ada kenaikan 2% dari kadar pencen yang diterima pada Disember 2021.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kenaikan ini berlaku sejak 2013.

Boleh dapatkan ‘penyata pembayaran pencen’ dari pautan ini. https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran atau boleh dapatkan dari aplikasi MyPesara.

​Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan kerajaan, KWAP telah dipertanggungjawab untuk mengambilalih fungsi prosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Inisiatif ini dijangka akan dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan prosesan pembayaran faedah persaraan yang lebih efisien kepada pesara.

Senarai Perkhidmatan yang ditawarkan KWAP:

  • Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan;
  • Memproses bayaran faedah persaraan yang merang​kumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
  • Memproses penyelarasan pencen;
  • Memproses potongan Faedah Persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah;
  • Memproses bayaran balik kepada Agensi atau individu bagi potongan daripada Faedah Persaraan;
  • Memproses pemberhentian/penggantungan bayaran pencen
  • ​Pengurusan fail dan dokumentasi persaraan​​

Bonus Pesara 2022

Menerusi Bajet 2022, seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan terima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharungi tempoh mencabar ini.

Satu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.

Rujuk : Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam & Pesara 2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Leave a Comment