Advertisements

Tawaran Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Berhad Bagi Universiti Awam 2022

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa dan Bantuan Kewangan Yayasan Kuok kini dibuka bagi pelajar Universiti Awam.

Yayasan Kuok komited dalam mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan masyarakat di samping merapatkan jurang ekonomi di antara rakyat Malaysia.

Justeru itu, biasiswa serta bantuan kewangan ini diwujudkan bagi meringankan beban pelajar di Universiti Awam yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka.

Tarikh Permohonan

Permohonan perlu dilakukan sebelum 27 Jun 2022, manakala tarikh tutup penerimaan dokumen adalah pada 4 Julai 2022.

Senarai Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok

Berikut merupakan senarai biasiswa serta bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Yayasan Kuok Berhad bagi pelajar Universiti Awam yang berkelayakan :

  1. Biasiswa Kuok Keng Kang  : RM 15,000 setahun
  2. Biasiswa Kuok Khoon Hong : RM 15,000 setahun
  3. Biasiswa Wilmar : RM 15,000 setahun
  4. Biasiswa Sains Pertanian Goh Ing Sing (Khusus untuk Sains Pertanian dan kursus berkaitan di Universiti Putra Malaysia) : RM 15,000 setahun
  5. Dermasiswa-Pinjaman Yayasan Kuok : RM 13,000 hingga RM 15,000 (bergantung kepada kursus yang diikuti)

Baca Juga : Tawaran Biasiswa TNB Prime 2022 Tenaga Nasional Berhad

Bantuan Kewangan Yayasan Kuok

Butiran Lanjut & Syarat Kelayakan

Butiran lanjut serta syarat kelayakan bagi setiap biasiswa boleh dirujuk menerusi pautan di bawah :

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

BUTIRAN LANJUT & SYARAT KELAYAKAN BIASISWA & BANTUAN KEWANGAN YAYASAN KUOK

Kaedah Permohonan

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh ikuti cara permohonan seperti di bawah :

  • Layari laman web https://apply.kuokfoundation.org/vw_awards_available_list.php
  • Klik butang ‘Apply’ dalam kategori ‘Malaysian Public University.’
  • Klik bahagian ‘Register.’
  • Lengkapkan maklumat dan klik butang ‘Register.’
  • Login dengan memasukkan email dan kata laluan.
  • Buat permohonan sehingga tamat dan cetak borang permohonan.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Borang permohonan dan dokumen perlu dihantar melalui kurier atau serahan tangan ke alamat berikut:

KUOK FOUNDATION BERHAD,

(Bantuan Kewangan untuk Siswa 2022),

Letter Box No. 110,

16th Floor UBN Tower,

No. 10 Jalan P. Ramlee,

50250 Kuala Lumpur.

Hanya calon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa dan Bantuan Kewangan Yayasan Kuok, sila layari laman web  https://kuokfoundation.com/

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment