Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan BSP 2026

skim biasiswa sukan persekutuan
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sukacita dimaklumkan bahawa KBS membuat penawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi bidang pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan menerusi pautan https://spsb.kbs.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim biasiswa ini.

Pengenalan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan

Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) mula diwujudkan dengan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Oktober 1986.

Ia ditawarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara. 

Skim ini bertujuan untuk menyokong dan menggalakkan kecemerlangan atlet dalam bidang sukan sambil mereka meneruskan pengajian

Oleh itu, Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (JKWASBSP) diwujudkan bagi pengurusan dari segi penangguhan, pelanjutan atau kes-kes berkaitan pelajar tajaan ini.

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) sehingga 26 Jun 2026 (Jumaat).

Syarat-Syarat Kelayakan

Pemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah dari golongan atlet yang mash giat dalam bidang sukan (tidak termasuk pegawai dan jurulatih sukan)
  3. Pemohon-pemohon mestilah dari mereka yang telah mencapai prestasi yang cemerlang sekurang-kurangnya dalam pertandingan-pertandingan Majlis Sukan di peringkat sukan sekolah-sekolah Asean atau mana-mana pertandingan yang setaraf dengannya.
  4. Pemohon-pemohon mestilah mempunyai kelayakan minima untuk memenuhi syarat-syarat kemasukan bagi mengikuti kursus-kursus yang diperlukan oleh negara di universiti- universiti atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktirafkan oleh Kerajaan.
  5. Pemohon-pemohon adalah dikehendaki untuk memperolehi dengan sendirinya tempat di universiti atau institusi pengajian tinggi. Hanya pemohon yang berjaya mendapat tempat di universiti-universiti/institusi-institusi akan ditawarkan biasiswa.
  6. Pemohon-pemohon yang menerima hadiah biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajiannya dan juga dikehendaki mewakili negara di dalam pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekiranya diperlukan.
  7. Pemohon-pemohon bagi biasiswa ini mestilah berumur tidak lebih daripada 25 tahun pada tarikh 31 Disember 2026.
  8. Pemohon-pemohon mestilah sihat dari segi mental dan fizikal.
  9. Pemohon-pemohon yang dipilin hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.

Cara Permohonan

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

  1. Layari laman web https://spsb.kbs.gov.my/.
  2. Klik Pengguna Awam.
  3. Pilih bahagian e-Biasiswa.
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  5. Klik Hantar.

Manual Pengguna

Maklumat Bagi Pengguna Untuk Menggunakan Sistem Sepenuhnya

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP)?

BSP merupakan biasiswa yang ditawarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara. 

Bilakah tarikh tutup bagi permohonan ini?

Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 26 Jun 2026 (Jumaat).

Adakah jurulatih dan pegawai sukan layak memohon biasiswa ini?

Tidak. Pemohon mestilah dari golongan atlet yang mash giat dalam bidang sukan.

Berapakah had umur pemohon yang layak memohon biasiswa ini?

Pemohon mestilah berumur tidak lebih daripada 25 tahun pada tarikh 31 Disember 2026.

Bagaimanakah cara memohon skim biasiswa ini?

Pemohon boleh membuat permohonan menerusi pautan https://spsb.kbs.gov.my/.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Biasiswa Sukan Persekutuan, sila layari laman sesawang iaitu https://spsb.kbs.gov.my atau menghubungi Unit Biasiswa KBS di talian 03-8871 3549/3538 serta emel ke alamat [email protected].

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut