Beazyme Tablet: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Apakah kegunaan Beazyme tablet untuk melegakan masalah kesihatan dan cara pengambilannya yang betul?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Beazyme tablet dan kegunaannya kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu Beazyme tablet?

Beazyme tablet adalah ubat yang digunakan bersama dengan terapi fizikal atau kemoterapi bagi merawat atau mencegah masalah bengkak dan keradangan.

Pil ini berdiameter 8mm, berwarna biru muda, berbentuk bulat, leper, bergores dan bertanda “UPHA/BZYM”.

Tablet ini boleh di dapatkan di dalam pek 50x 10 pek di farmasi atau klinik kesihatan yang berhampiran.

Kandungan Beazyme tablet

Beazyme terutamanya terdiri daripada campuran Beazyme dan chymopapain, enzim proteolitik yang menghidrolisis polipeptida, amida, dan ester, terutamanya pada ikatan yang melibatkan asid amino asas, atau leucine atau glisin, menghasilkan peptida dengan berat molekul yang lebih rendah.

Bahan aktif Beazyme adalah proteolytic enzyme dari carica papaya.

Manakala bahan tidak aktifnya pula adalah talcum, icing sugar, liquid glucose, providone, sodium carboxy methyl cellulose, FD dan C Blue #1, FD & C Yellow #6, methy salicylate flavour, oil of peppermint, isopropyl alcohol, dan magnesium stearate.

Fungsi dan kepentingannya

Tablet ini berfungsi sebagai enzim anti-radang kepada tubuh badan. Ia boleh mencegah dari edema dan keradangan.

Cara pengambilan Beazyme

Untuk orang dewasa, anda boleh mengunyah atau menghisap 2 tablet 4 kali sehari untuk hari pertama selepas makan.

Kemudian untuk hari berikutnya, dos dikurangkan satu tablet 4 kali sehari paling kurang 5 hari.

*Beritahu doktor sebelum menggunakan ubat ini sekiranya anda sedang mengandung atau menyusu

*Jangan gunakan tablet ini untuk keradangan dan tumor kelenjar tanpa berunding terlebih dahulu dengan doktor anda

*Ambil ubat ini seperti yang dinyatakan dalam kotak ubat tanpa melebihi dos yang ditetapkan. Ikut segala saranan dan nasihat daripada doktor dan ahli farmasi.

Ubat yang boleh berinteraksi dengan Beazyme

Ubat ini tidak boleh digunakan sekiranya anda menghidapai penyakit darah beku atau apa-apa penyakit atau jangkitan yang merebak dalam badan atau sistem badan.

Sekiranya anda menggunakan ubat-ubatan lain bersama seperti ubat berjenis anticoagulant untuk mengelakkan darah beku, beritahu doktor atau ahli farmasi anda kerana ia mungkin boleh berinteraksi dengan Beazyme.

Kaedah penyimpanan Beazyme tablet

Simpan Beazyme di tempat yang kering di bawah suhu 30ºC. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan kelembapan. Anda juga boleh simpan dalam bekas yang tertutup dan rawat.

Jangan gunakan ubat ini melebihi tarikh luput yang telah tercetak pada kotak ubat.

Jangan buang ubat ke dalam mangkuk tandas atau tuangkannya ke dalam saliran melainkan diarahkan berbuat demikian.

Ubat yang dibuang dengan cara ini boleh mencemarkan alam sekitar. Sila rujuk kepada ahli farmasi atau doktor anda untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk membuangnya dengan selamat Beazyme tablet.

Sila rujuk kepada ahli farmasi atau doktor anda untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk membuangnya dengan selamat Beazyme tablet.

Kesan sampingan

Seperti kebanyakkan ubat-ubatan lain, Beazyme tablet juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri bergantung kepada individu yang berbeza-beza.

Beberapa reaksi alahan mungkin akan berlaku selepas menggunakan ubat ini. Anda mungkin akan mengalami pening, letih, terasa loya, atau sakit kepala ketika memandu.

Sekiranya kesan sampingan yang anda dapatkan semakin teruk, segera berjumpa dengan doktor untuk tukar ubat yang lebih sesuai.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Beazyme tablet dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Beazyme Tablet. National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)
  2. Tablet Beazyme / Beazyme Tablet in bahasa Melayu. Ubat Info
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!