Sangobion: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Apakah kegunaan Sangobion untuk melegakan masalah kesihatan dan cara pengambilannya yang betul?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Sangobion dan kegunaannya kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu Sangobion

sangobion

Sangobion adalah suplemen kesihatan darah untuk orang dewasa dan wanita hamil yang dipercayai sudah digunakan selama lebih dari 40 tahun.

Ubat ini dikatakan mampu merawat dan mencegah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi dan mineral lain yang terlibat dalam hematopoiesis. 

Ia juga sesuai digunakan untuk menambah asid folik, vitamin B12 pada wanita semasa mengandung dan menyusukan anak.

Kandungan Sangobion

Bahan yang terkandung dalam Sangobion terdiri daripada:

  • Fero glukonat 250mg
  • Asid folik 1.0mg
  • Vitamin B12 7.5mcg
  • Vitamin C 50mg
  • Sorbitol 25mg
  • Mangan sulfat 0.2mg
  • Kuprum sulfat 0.2mg

Fungsi dan kepentingannya

Sangobion boleh membantu melawan gejala yang disebabkan oleh anemia seperti letih, pucat, pening, lemah dan sukar untuk menumpukan perhatian. 

Ia juga merupakan suplemen yang sempurna untuk mereka yang mempunyai sel darah merah yang rendah. 

Kajian menunjukkan bahawa jenis garam glukonat ferus di dalamnya membolehkan penyerapan badan yang lebih baik. 

Komponen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi. Manakal kuprum dan mangan sulfat membantu dalam proses metabolik pengeluaran sel darah.

Cara pengambilan Sangobion

Ambil Sangobion dengan segelas penuh air (150-250 ml air), jangan kunyah atau hancurkan tablet.

Sangobion perlu diambil dengan atau selepas makan untuk mengurangkan kerengsaan penghadaman dan kesan sampingan pada perut. Ubat ini perlu diambil seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau doktor. 

  • Kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: Ambil 1 tablet/hari. 
  • Dewasa dan wanita semasa mengandung: Ambil 1-2 tablet/hari, dibahagikan sama rata sepanjang hari. Atau ambil Sangobion seperti yang ditetapkan oleh doktor anda.

Pengambilan dalam dos yang berlebihan dan tinggi dikhuatiri boleh menjadi toksik dalam badan. Ketoksikan toksik yang serius mungkin disebabkan oleh penggunaan pada dos > 60 mg besi/kg berat badan.

Dos berlebihan juga boleh menyebabkan keracunan pada kanak-kanak. Oleh itu, jika anda mengambil ubat ini dalam dos yang berlebihan, segeralah dibawa ke hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut.

Ubat yang boleh berinteraksi dengan  Sangobion

Sangobion boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain yang anda ambil. Hal ini kerana sesetengah ubat mengurangkan penyerapan asid folik apabila digunakan serentak.

Antara ubat yang boleh bertindak balas adalah ubat dengan kesan antikonvulsan seperti:

  • Kontraseptif oral: Antibiotik berkesan dalam merawat tuberkulosis
  • Antagonis Asid Folik: Methotrexate, Trimethoprim, Pyrimethamine, Aminopterin, Sulfamide
  • Bahan yang mengurangkan penyerapan Vitamin B12
  • Antibiotik Aminoside
  • Chloramphenicol
  • Dadah yang menyediakan kalium pelepasan perlahan
  • Bahan aktif dalam kumpulan asid aminosalicylic seperti Aspirin
  • Minuman beralkohol seperti wain, bir dan perangsang seperti tembakau, dadah, dan sebagainya

Kaedah penyimpanan Sangobion

Ubat ini hendaklah disimpan di bawah 25 darjah celcius, jauh dari kelembapan.

Kesan sampingan

Seperti kebanyakkan ubat-ubatan yang lain juga, kesan sampingan daripada suplemen zat besi ini berbeza-beza mengikut individu.

Sesetengahnya mungkin mengalami sakit perut, sembelit, cirit-birit, loya, dan muntah. Untuk kurangkan beberapa kesan sampingan tadi, anda boleh ambil suplemen zat besi ini bersama makanan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Sangobion dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Sangobion Capsules. Martin Dow Marker
  2. Sangobion Malaysia Review – Dosage, Side Effects, Price. Esyms
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!