Pantoprazole 40 mg: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Apakah kegunaan Pantoprazole 40 mg untuk melegakan masalah kesihatan dan cara pengambilannya yang betul?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Pantoprazole 40 mg dan kegunaannya kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu Pantoprazole 40 mg

pantoprazole 40 mg

Pantoprazole adalah ubat yang digunakan untuk merawat masalah esofagus atau perut. Ia dijual di pasaran dalam beberapa bentuk seperti tablet, suntikan, dan suspensi oral (sejenis campuran cecair).

Ubat ini dikategorikan sebagai ubat generik iaitu ia adalah klon tepat pada ubat aktif dalam ubat berjenama.

Ubat berjenama yang berasaskan Pantoprazole ini biasanya dipanggil sebagai Protonix. Pantoprazole pula tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil perencat pam proton (PPIs).

Kandungan Pantoprazole 40 mg

Bahan aktif yang terdapat dalam tablet ini adalah pantoprazole sodium sesquihydrate.

Fungsi dan kepentingannya

Pantoprazole 40 mg digunakan untuk:

  • merawat esofagitis erosif (kerosakan pada esofagus yang disebabkan oleh asid perut) yang berkaitan dengan penyakit refluks gastroesophageal (GERD) pada orang dewasa dan kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas.
  • membantu menyembuhkan kerosakan pada esofagus yang disebabkan oleh esofagitis erosif dengan GERD pada orang dewasa.
  • merawat keadaan, seperti Sindrom Zollinger-Ellison, yang menyebabkan badan menghasilkan sejumlah besar asid perut pada orang dewasa.

Cara pengambilan Pantoprazole 40 mg

Ambil ubat ini seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau doktor. Bagi jenis tablet, anda boleh mengambilnya dengan atau tanpa makanan.

Telan tablet sepenuhnya. Jangan membelah, menghancurkan, atau mengunyah ubat.

Bagi orang dewasa, anda boleh makan 1 biji 1 kali sehari semasa perut kosong(1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan) bergantung arahan ahli farmasi atau doktor.

*Penggunaan bagi ibu hamil adalah selamat. Manakala penggunaan untuk ibu yang menyusukan adalah tidak digalakkan kerana ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu.

Ubat yang boleh berinteraksi dengan Pantoprazole

Tablet Pantoprazole boleh berinteraksi dengan ubat, herba atau vitamin lain yang mungkin anda ambil.

Itulah sebabnya doktor harus menguruskan semua ubat anda dengan berhati-hati. Jika anda ingin tahu tentang bagaimana ubat ini mungkin berinteraksi dengan sesuatu yang lain yang anda ambil, berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Namun, di sini kami senaraikan beberapa contoh ubat yang boleh menyebabkan interaksi dengan Pantoprazole seperti:

  • Ubat HIV: Atazanavir, Nelfinavir
  • Anti-koagulan: Warfarin
  • Ubat untuk pH perut: Ketoconazole, Ampicillin, Atazanavir, Iron salts, Erlotinib. Mycophenolate mofetil
  • Ubat kanser: methotrexate

Kaedah penyimpanan Pantoprazole

pantoprazole 40 mg

Simpan Pantoprazole ini di bawah suhu 30ºC, elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan kelembapan. Anda juga boleh simpan dalam bekas yang tertutup dan rawat.

Kesan sampingan

Seperti kebanyakkan ubat-ubatan lain, Pantoprazole 40 mg juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri bergantung kepada individu yang berbeza-beza.

Kesan biasa seperti sakit kepala, sakit perut, loya, muntah, dan cirit-birit kadang kala berlaku.

Namun sekiranya anda mendapatkan kesan sampingan yang lebih serius seperti  kekejangan otot, degupan jantung tidak teratur, sawan ), tanda-tanda lupus (seperti ruam pada hidung dan pipi, sendi baru atau semakin teruk), anda perlulah segera berjumpa dengan doktor.

Doktor akan menukar jenis ubat yang sesuai dengan fungsi Pantoprazole misalnya seperti Lansoprazole, Esomeprazole, Omeprazole, Rabeprazole, atau Dexlansoprazole.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Pantoprazole 40 mg dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Pantoprazole Sodium – Uses, Side Effects, and More. WebMD
  2. Pantoprazole: Indication, Dosage, Side Effect, Precaution. MIMS
Bantu kami share artikel ini: