Barang Keperluan Hiking: 13 Senarai Barang Yang Perlu Dibawa

Anda gemar melakukan aktiviti lasak seperti hiking? Artikel ini memang untuk anda!

Aktivit hiking atau mendaki adalah merupakan aktiviti yang popular terutamanya dalam kalangan anak muda  lagi-lagi pada musim cuti sekolah.

Untuk memastikan perjalanan hiking anda berjalan dengan lancar, pastikan anda menyediakan barang keperluan hiking sebelum melakukan aktiviti tersebut.

Barang Keperluan Hiking

Nak tahu apa saja barang keperluan hiking? Jom teruskan membaca!

15 Senarai Barang Keperluan Hiking

1. Beg Galas 

Untuk mengisi barang keperluan anda, pastikan anda menggunakan beg galas yang sesuai. Ciri-ciri beg galas yang sesuai adalah, kalis air dan bersaiz 35L hingga 50L. Saiz beg sebaiknya bersesuaian dengan saiz tubuh anda serta muat dengan barang yang anda ingin bawa.

Beg galas hiking: https://shopee.com.my/bigbag.jb/12080811938

2. Kasut Sukan

Kasut adalah merupakan salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan untuk aktiviti hiking. Pilih kasut sukan yang sesuai digunakan untuk mendaki. Elakkan menggunakan kasut yang mempunyai tapak yang sudah licin kerana ia boleh membahayakan keselamatan anda semasa mendaki.

Kasut sukan: https://shopee.com.my/vidivelocity/5117006895

3. Baju Tshirt

Pakai pakaian yang sesuai untuk mendaki contohnya seperti baju t-shirt yang diperbuat daripada material sintetik agar ia dapat kering dengan cepat setelah menyerap peluh anda. Ini adalah untuk membantu memberi keselesaan anda semasa melakukan pendakian.

Baju tshirt sukan: https://shopee.com.my/triadcollection.my/21132185744

4. Seluar Sukan

Selain baju, pastikan Juga anda memakai seluar sukan yang sesuai. Elakkan memakai seluar yang diperbuat daripada material yang berat seperti seluar jeans ataupun seluar slek.

Anda juga digalakkan untuk memakai seluar panjang bagi melindungi kaki anda daripada gigitan serangga atau pun terkena sesuatu yang tajam seperti duri dan sebagainya. 

Seluar sukan: https://shopee.com.my/jdex.os/19309446454

5. Windbreaker

Sediakan juga windbreaker ataupun baju hujan untuk digunakan semasa situasi kecemasan contohnya seperti hujan ataupun dalam keadaan yang bersuhu rendah. Simpan windbreaker ini di dalam beg galas anda siap-siap agar tidak terlupa nanti.

Windbreaker: https://shopee.com.my/decathlon.official.store/96808

6. Stokin

Sekiranya anda bercadang untuk tidur di puncak gunung, Pastikan anda membawa stokin lebih untuk mengelakkan anda kesejukan semasa tidur. Hal ini kerana, biasanya suhu di puncak adalah sangat sejuk berbanding di bawah.

Stokin: https://shopee.com.my/bmrmilitaryshop2020/21932668129

7. Botol Air

Bawa air yang mencukupi sekurang-kurangnya 1.5 liter air mineral untuk mengelakkan anda kehausan  semasa mendaki. Gunakan botol air yang mempunyai penggantung, jadi anda boleh menggantungkannya di beg anda.

Atau, masukkan sahaja ke dalam beg. Jangan lupa juga bawa air isotonik untuk membantu mengekalkan tenaga anda bagi meneruskan pendakian. 

Botol air: https://shopee.com.my/unichamp/8853670453

8. Tongkat/ Walking Stick

Anda mungkin perlukan tongkat atau walking stick untuk membantu pendakian anda. Selain itu, penggunaan tongkat juga membantu untuk mengurangkan tekanan pada lutut semasa mendaki. 

Tongkat/Walking Stick: https://shopee.com.my/emascare/1474897151

9. Mosquito Repellent

Seperti yang kita tahu, apabila berada di trek hutan sudah pasti banyak serangga yang ada terutamanya nyamuk. Oleh itu, jangan lupa sediakan mosquito repellent untuk mengelakkan anda digigit nyamuk dan serangga. 

Mosquito repellent: https://shopee.com.my/chomel.os/15326739874

10. Wisel

Sekiranya anda mendaki bersama ahli kumpulan, pastikan setiap ahli mempunyai wisel masing-masing. Hal ini kerana, wisel dapat digunakan untuk kecemasan terutamanya apabila tersesat. Anda boleh meniup wisel sekiranya memerlukan pertolongan dan untuk memberi amaran bahaya semasa aktiviti mendaki.

Wisel: https://shopee.com.my/3bwondermart/1182287350

11. First Aid Kit

Salah satu daripada ahli kumpulan hiking anda perlu membawa first aid kit. Biasanya, ketua kumpulanlah yang akan bawa. First aid kit ini amat penting kerana sesungguhnya malang itu tidak berbau. Jadi, tiada salahnya kita bersedia. Untuk dapatkan first aid kit beserta isinya, anda boleh rujuk link Shopee di bawah. 

First aid kit: https://shopee.com.my/vitalfour/4009856492

12. Filter/ Pil klorin

Jika anda risau untuk meminum air sungai, anda boleh bawa pil klorin atau filter untuk menapis air sungai tersebut sebelum diminum. Didihkan air tersebut terlebih dahulu kemudian baru campurkan dengan pil klorin setelah air tersebut menjadi suam.

Wter filter: https://shopee.com.my/roofless_adventure/2523176473

13. Energy Bar

Bawa bekal beberapa buah energy bar untuk membantu anda mendapatkan tenaga semula semasa pendakian. Atau, anda juga boleh membawa makanan seperti kacang, kismis, pisang, roti, coklat dan sebagainya. Sekiranya anda bermalam di puncak, anda boleh membawa makanan tin beserta alat-alat kelengkapan masak yang perlu. 

Energy bar: https://shopee.com.my/infoodnity/5457036928

Kesimpulan

Barang keperluan hiking yang diperlukan berubah mengikut jenis trek dan kawasan pendakian. Lakukan banyak pembacaan mengenai trek yang anda ingin lalui bagi memastikan anda benar-benar bersedia. 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!