Checklist Barang Keperluan Masuk Universiti Yang Perlu Dibawa

Tahniah diucapkan kerana berjaya mendapatkan tawaran untuk masuk ke universiti bagi melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Mungkin perasaan anda sedang bercampur aduk pada masa ini untuk meninggalkan rumah dan melangkah masuk ke universiti yang ditawarkan.

Barang Keperluan Masuk Universiti

Namun usah risau, setelah beberapa minggu berada di universiti anda akan  mula dapat menyesuaikan diri dengan baik. 

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi mengenai checklist barang keperluan masuk universiti yang mana boleh jadi rujukan untuk membantu anda membuat persiapan sebelum hari pendaftaran tiba. 

Jom semak!

Checklist Barang Keperluan Masuk Universiti

1. Baju t-shirt berkolar

Baju t-shirt berkolar adalah salah satu item yang penting untuk dibawa bagi pelajar lelaki. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan di universiti memerlukan anda untuk memakai t-shirt berkolar. Sebaiknya, bawa baju t-shirt berkolar yang polos atau mempunyai corak/tulisan yang minimum.

Baju t-shirt berkolar: https://shopee.com.my/baju.tshirt/4543697876

2. Baju kemeja lengan panjang

Untuk pelajar lelaki, jangan lupa bawa beberapa helai baju kemeja lengan panjang untuk digunakan apabila menghadiri majlis rasmi ataupun kelas. 

Baju kemeja lengan panjang: https://shopee.com.my/pan_online_marketing/7039538973

3. Baju melayu

Seterusnya, bagi pelajar lelaki muslim, jangan lupa bawa sehelai dua baju melayu untuk digunakan bagi menunaikan solat jumaat atau menghadiri majlis keagamaan.  

Baju melayu: https://shopee.com.my/add_diana/16940537047

4. Seluar slack

Sediakan beberapa helai seluar slack untuk digunakan semasa pergi ke kelas ataupun  menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Pastikan seluar anda tidak terlalu ketat terutamanya untuk perempuan.

Seluar slack perempuan: https://shopee.com.my/busanashuhana/5178708574

5. Seluar trek

Seluar trek boleh digunakan semasa melakukan aktiviti sukan ataupun riadah. Sekiranya anda sering beriadah, anda boleh membawa beberapa seluar trek tambahan. 

Seluar trek: https://shopee.com.my/fashoinworld88/16513302232

6. Baju kurung

Untuk pelajar wanita, anda boleh bawa beberapa helai baju kurung untuk digunakan semasa pergi ke kelas atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Dapatkan pelbagai pilihan baju kurung mampu milik Dhia Cotton Collections dengan harga dibawah RM100 sahaja. 

Baju kurung Dhia Cotton: https://shopee.com.my/dreamyzapremier.os/14593299722

7. Baju t-shirt lengan panjang

Selain itu, pastikan juga anda membawa beberapa helai baju t-shirt lengan panjang untuk digunakan sepanjang berada di universiti. Biasanya pada minggu orientasi, pelajar wanita akan diminta untuk memakai baju lengan panjang yang bersesuaian dengan aktiviti yang diadakan. 

Baju t-shirt lengan panjang: https://shopee.com.my/amy_1239/2680750729

8. Kardigan

Kardigan adalah merupakan sebuah pakaian luaran yang berfungsi seperti jaket namun lebih tipis dan ringan. Anda boleh menggunakannya untuk menutup aurat apabila memakai baju t-shirt lengan pendek. Penggunaan kardigan sangat berguna untuk membantu anda bersiap dengan cepat dan kekal menutup aurat. 

Kardigan: https://shopee.com.my/myladiesparadise/12313654447

9. Sandal

Sandal digunakan untuk pergi ke kelas atau mana-mana kawasan universiti. Biasanya, anda tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tertentu sekiranya tidak memakai kasut ataupun sandal. Untuk sesetengah universiti, pelajar yang tidak memakai kasut atau sandal tidak akan dibenarkan untuk masuk ke dewan bagi mengambil ujian peperiksaan. 

Sandal: https://shopee.com.my/probeli89/18863802993

10. Kasut sukan

Terdapat pelbagai pilihan kasut sukan yang anda boleh dapatkan di Shopee. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh dapatkan kasut yang berkualiti tinggi, selesa serta tahan lama.  

Kasut sukan: https://shopee.com.my/larrieshoes.os/15564253719

11. Cadar

Pastikan juga anda membawa cadar sendiri kerana sebahagian besar pihak universiti tidak akan menyediakan cadar untuk para pelajar. Anda boleh membawa cadar yang bersaiz single. Untuk pemilihan warna cadar, biasanya pihak universiti tidak meletakkan syarat tertentu. 

Cadar single: https://shopee.com.my/cadarstore19/5529587468

12. Seterika

Untuk memudahkan anda menggosok baju, pastikan anda membawa seterika sendiri. Dengan itu, anda boleh menggosok baju untuk pergi ke kelas pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu meminjam daripada rakan lain ataupun pergi ke bilik seterika yang disediakan sekiranya ada. 

Seterika: https://shopee.com.my/hohastore/15638631723

13. Pemanas air

Anda juga disyorkan untuk membawa pemanas air elektrik untuk memudahkan anda memasak air minuman ataupun untuk memasak maggi. Jadi, anda tidak perlu membeli air minuman setiap hari serta boleh membuat air panas sendiri pada bila-bila masa yang diinginkan.

Pemanas air: https://shopee.com.my/victorcwx94/7950466542

14. Penyangkut baju 

Untuk memudahkan serta menjimatkan masa dan juga ruang, anda sangat digalakkan untuk membawa penyangkut baju mengikut kuantiti baju anda atau lebih. Apabila menggunakan penyangkut baju, anda boleh meminimumkan masa untuk melipat pakaian serta menggosok pakaian. 

Penyangkut baju: https://shopee.com.my/homedecoparadise/5195067965

15. Ubat-ubatan

Jangan lupa bawa ubat-ubatan penting sebagai persediaan pada masa hadapan kelak. Contohnya seperti minyak angin, panadol, minyak sapu dan sebagainya.

Sekiranya anda mempunyai penyakit tertentu, jangan lupa bawa ubat-ubatan yang anda perlukan. Untuk menyimpan ubat-ubatan tersebut, anda boleh beli beg kit ubat yang ada jual di Shopee

Beg kit ubatan: https://shopee.com.my/pazimo.shop/22003860100

Kesimpulan

Akhir kata, pastikan anda membuat rujukan lebih lanjut mengenai barang keperluan masuk universiti yang disediakan oleh pihak universiti masing-masing. Anda boleh membawa barang mengikut keperluan diri anda masing-masing. 

Jangan lupa juga pastikan dokumen yang diperlukan disediakan di dalam satu fail khusus untuk memudahkan urusan pendaftaran kelak. 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!