Bantuan Pendidikan MAIDAM 2026 ialah bantuan kewangan pendidikan yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM).
Bantuan ini khusus untuk anak-anak asnaf fakir dan miskin di negeri Terengganu yang memerlukan sokongan kewangan bagi meneruskan pengajian.
Permohonan Bantuan Pendidikan MAIDAM boleh dilakukan secara atas talian sepenuhnya melalui portal Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM).
Program ini bertujuan membantu meringankan beban kos pendidikan pelajar bermula dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, sehingga ke institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Bantuan yang disediakan merangkumi keperluan asas pembelajaran seperti yuran pengajian, perbelanjaan sara diri dan bantuan khas berkaitan pendidikan.
Apakah syarat kelayakan Bantuan Pendidikan MAIDAM 2026? Bagaimana cara memohon dan apakah dokumen yang diperlukan?
Panduan lengkap mengenai syarat permohonan, kategori bantuan serta cara semakan boleh dirujuk di bawah.
Ringkasan Bantuan Pendidikan MAIDAM 2026
Berikut ialah senarai 6 Bantuan Pendidikan MAIDAM yang dibuka bermula 1 Januari 2026:
Trending sekarang
Jenis Bantuan Huraian & Objektif Bantuan Awal Pengajian Dalam Dan Luar Negara Bantuan “one-off” untuk pelajar yang baru mendapat tawaran ke peringkat Sijil, Diploma, atau Ijazah. Ia bertujuan membantu kos pendaftaran awal. Bantuan Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara (Bantuan IPT) Bantuan yuran pengajian atau sara diri bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPTA/IPTS yang diiktiraf. Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT Bantuan khusus untuk menampung kos tiket penerbangan bagi pelajar anak Terengganu yang belajar di Sabah, Sarawak, atau luar negara. Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar Dan Pengurusan Pondok / Madrasah Dan Sekolah Agama Bantuan kewangan untuk menyokong kebajikan pelajar serta pengurusan institusi pendidikan agama seperti pondok dan madrasah. Bantuan Komputer Riba Pemberian peranti komputer untuk memudahkan urusan pembelajaran bagi mahasiswa daripada golongan asnaf yang memenuhi syarat kelayakan. Bantuan Awal Persediaan Ke Sekolah Berasrama Penuh Insentif sebanyak RM500 untuk pelajar yang baru mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi meringankan beban persiapan sekolah.
Apa Itu Bantuan Pendidikan MAIDAM 2026?
Bantuan Pendidikan MAIDAM 2026 (Bantuan Zakat Pendidikan) ialah bantuan kewangan pendidikan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) khusus untuk golongan asnaf fakir dan miskin di Terengganu.
Bantuan ini menggunakan dana zakat bagi memastikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan dapat meneruskan persekolahan dan pengajian tanpa terbeban dengan masalah kewangan.
Sasaran bantuan ini ialah anak Terengganu (rakyat Terengganu atau bermastautin tetap) yang menepati had kifayah asnaf.
Terdapat 6 jenis yang boleh dimohon, iaitu:
- Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara
- Bantuan Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara (Bantuan IPT).
- Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.
- Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok/Madrasah/Sekolah Agama.
- Bantuan Komputer Riba.
- Bantuan Awal Persediaan Ke Sekolah Berasrama Penuh

Bantuan Zakat Pendidikan MAIDAM ini ditawarkan untuk pelajar dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, sehingga ke institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Secara ringkasnya, Bantuan Pendidikan MAIDAM bertujuan untuk:
- Membantu membayar yuran pengajian sekolah dan IPT
- Menyokong kos sara diri pelajar
- Mengurangkan risiko keciciran pelajaran dalam kalangan anak asnaf
6 Jenis Bantuan Pendidikan MAIDAM 2026
Terdapat 6 jenis bantuan yang boleh yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) untuk membantu pelajar asnaf fakir dan miskin di Terengganu:
Berikut ialah 6 jenis Bantuan Pendidikan MAIDAM 2026 yang boleh dimohon:
1. Bantuan Awal Pengajian IPT (Dalam & Luar Negara MAIDAM
Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM (Dalam & Luar Negara) merupakan bantuan yang disediakan untuk anak Terengganu yang baru diterima masuk untuk menyambung pelajaran pada peringkat SIJIL/MATRIK/ASASI, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER & PHD untuk pertama kali sahaja.
- Bantuan awal perlulah dibuat tidak melebihi 3 bulan selepas daripada tarikh daftar belajar.
- Pautan Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT (Dalam & Luar Negara MAIDAM: https://yp.maidam.gov.my/iptonline

Syarat Permohonan
- Pemohon dan ibu bapa / penjaga adalah:
- Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran atau,
- Pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran atau,
- Beragama Islam, baligh, dan berakal.
- Pelajar baharu yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan permohonan sah dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh daftar pengajian.
- Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/ Pra-Diploma/ Asasi/ Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) serta layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian secara turutan ke atas.
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
- Pemohon:
- Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi di dalam negara atau luar negara atau;
- Institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan dan keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walau bagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan.
- Permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan sekiranya ibu dan bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Cara Mohon
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Yayasan Pendidikan MAIDAM (https://yp.maidam.gov.my/iptonline).
Dokumen diperlukan
- Pemohon perlu membuat permohonan secara dalam talian dan memuat naik dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan. (Untuk permohonan kali pertama sahaja/ tambahan tanggungan)
- Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan (bagi yang bekerja sendiri/ pesara swasta)/ penyata pencen/ kad pesara (bagi pesara kerajaan) yang terkini.
- Surat tawaran belajar yang rasmi.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Berhenti Sekolah/ Sijil-sijil berkaitan. (Untuk permohonan kali pertama sahaja)
- Surat pengesahan mastautin terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu yang telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
- Slip permohonan dan surat mastautin mestilah disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ Ketua Kampung/ Penghulu.
- Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara. viii. Salinan sijil kematian/ penceraian ibu bapa. (Jika berkenaa)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
PANDUAN PENGISIAN BORANG
Rujuk panduan bergambar pengisian borang Bantuan Awal IPT MAIDAM berikut:







Kaedah Bayaran
- EFT/ Cara lain yang bersesuaian.
Muat Turun Garis Panduan
Sila muat turun:
- MUAT TURUN Garis Panduan Permohonan Bantuan Awal IPT [PDF]
- MUAT TURUN Garis Panduan Pengisian Borang Bantuan Awal IPT [PDF]



2. Bantuan Pengajian IPT (Bantuan IPT)
Bantuan IPT merupakan bantuan yang disediakan untuk anak Terengganu yang sedang menyambung pelajaran pada peringkat DIPLOMA & IJAZAH (asnaf fisabilillah dan miskin) manakala SIJIL/MATRIK/ASASI, MASTER & PHD (asnaf miskin) sahaja.
- Bantuan IPT ini akan dibuka secara 2 kali setahun dan setiap pembukaan akan diumumkan di media sosial rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM.
- Pautan Permohonan Bantuan Pengajian IPT MAIDAM (Bantuan IPT): https://yp.maidam.gov.my/iptonline

Syarat Permohonan
Syarat-Syarat Umum Dermasiswa Dan Bantuan Am Pelajaran
- Pemohon dan ibu bapa / penjaga adalah:
- Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran atau;
- Pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama Islam, baligh dan berakal.
- Pelajar adalah seorang yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam atau swasta dalam dan luar negara yang layak diberi bantuan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan.
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
- Pemohon layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
- Permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan sekiranya ibu dan bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon melakukan perbuatan salah laku dalam apa jua cara pun ketika dalam tempoh pengajian yang diperakui oleh pihak berwajib.
- Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.
Syarat Khusus Dermasiswa (Luar Negara)
- Khusus untuk pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama ada bergaji penuh atau sebahagian dan tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan yang lain dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia/pihak berkuasa Malaysia.
Syarat Khusus Bantuan Am Pelajaran (Dalam Negara
| TAHAP PENGAJIAN | SINF MISKIN | SINF FISABILILLAH |
| Sijil | Diberikan kepada pelajar yang tiada pembiayaan sama ada elaun, pinjaman, tajaan/ biasiswa. | – |
| Diploma | Diberikan kepada pelajar persendirian atau mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/ penaja pengajian tanpa mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG) atau Gred Point Average (GPA). | Diberikan kepada pelajar persendirian atau mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/ penaja pengajian dengan mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG) atau Gred Point Average (GPA) 3.0 ke atas dalam semester pertama tahun semasa pengajian. |
| Ijazah Sarjana Muda | Diberikan kepada pelajar persendirian atau mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/ penaja pengajian tanpa mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG) atau Gred Point Average (GPA). | Diberikan kepada pelajar persendirian atau mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/ penaja pengajian dengan mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG) atau Gred Point Average (GPA) 3.0 ke atas dalam semester pertama tahun semasa pengajian. |
| Ijazah Sarjana (Master) | Diberikan kepada pelajar yang tiada pembiayaan sama ada elaun, pinjaman, tajaan/ biasiswa dan yang tiada sumber pendapatan. | – |
| PhD | Diberikan kepada pelajar yang tiada pembiayaan sama ada elaun, pinjaman, tajaan/ biasiswa dan yang tiada sumber pendapatan. | – |
Cara Mohon Bantuan IPT MAIDAM
- Tarikh pembukaan permohonan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Yayasan Pendidikan MAIDAM (https://yp.maidam.gov.my/iptonline).
Dokumen diperlukan
- Pemohon perlu membuat permohonan secara dalam talian dan memuat naik dokumen berikut:
- Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu / Jabatan Penuntut Malaysia/ Kedutaan Besar Malaysia/ mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tentang status terkini pelajar untuk luar negara atau dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekiranya pelajar dalam negara yang mengandungi maklumat berikut: * Bidang pengajian * Tahun pengajian * Pinjaman/ pembiayaan semasa * Keputusan peperiksaan * Status pengajian sama ada dalam tempoh sebenar/ penangguhan semester
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga dan adik beradik dalam tanggungan. (Untuk permohonan kali pertama sahaja/ tambahan tanggungan)
- Salinan slip gaji ibu dan bapa/penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri/ pesara swasta/ penyata pencen/ kad pesara (bagi pesara kerajaan) yang terkini.
- Keputusan peperiksaan semester pertama tahun semasa pengajian untuk pelajar dalam dan luar negara.
- Surat pengesahan mastautin terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu yang telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
- Slip permohonan dan surat mastautin mestilah disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ Ketua Kampung/ Penghulu.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Berhenti Sekolah/ Sijil-sijil berkaitan. (Untuk permohonan kali pertama sahaja.
- Salinan sijil kematian/penceraian ibu bapa. (Jika berkenaan)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
PANDUAN PENGISIAN BORANG
Rujuk panduan bergambar pengisian borang Bantuan IPT MAIDAM berikut:







Kaedah Bayaran
- EFT/ Cara lain yang bersesuaian.
Muat Turun Garis Panduan
Sila muat turun:





3. Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT
Bantuan Tambang Penerbangan IPT merupakan bantuan yang disediakan untuk anak Terengganu yang baru tamat belajar pada peringkat DIPLOMA & IJAZAH sahaja.
- Bantuan Tambang Penerbangan IPT perlulah dibuat tidak melebihi 3 bulan selepas daripada tarikh tamat belajar.
- Pautan Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan IPT: https://yp.maidam.gov.my/iptonline/

Syarat Permohonan
- Pemohon dan ibu bapa / penjaga adalah:
- Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang–kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran atau,
- Pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut–turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama Islam, baligh dan berakal.
- Tidak mendapat apa-apa pinjaman / biasiswa / dermasiswa / dari mana-mana agensi atau hanya mendapat dermasiswa / bantuan Am pelajaran / terlibat dengan program tajaan khas Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ketika sedang menuntut.
- Layak dipertimbangkan sekali sahaja setelah tamat pengajian (kecuali terlibat dengan program tajaan khas Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
- Tahap pengajian ialah Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja atau yang setaraf dengannya.
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
- Pertimbangan boleh dibuat bagi kes–kes tertentu terhadap pelajar yang terkandas dalam perjalanan sama ada disebabkan bencana, peperangan atau sebab–sebab lain yang bertepatan dengan hukum syarak.
- Pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi dalam negara tidak dipertimbangkan kecuali yang menuntut di negeri Sabah dan Sarawak sahaja sekiranya berstatus persendirian atau yang mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sahaja.
- Permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan sekiranya ibu dan bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon melakukan perbuatan salah laku dalam apa jua cara pun ketika dalam tempoh pengajian.
- Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.
Cara Mohon
- Layari Portal Rasmi YPM: https://yp.maidam.gov.my/iptonline/
- Klik butang Daftar Masuk, kemudian masukkan nombor kad pengenalan (IC) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Pilih Bantuan Tambang
- Klik pada menu Permohonan di portal tersebut dan pilih Bantuan Tambang
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan tepat
- Muat Naik Dokumen Diperlukan. Semua dokumen perlu:
- Diimbas (scan) menggunakan mesin pengimbas atau printer
- Dimuat naik (upload) ke dalam borang permohona
- Disimpan dalam saiz fail tidak melebihi 1MB bagi setiap dokumen
Dokumen Diperlukan
- Salinan sijil ijazah asal/ sementara (Syahadah Muaqqatah).
- Salinan surat pengesahan tamat belajar dan pengesahan status pembiayaan pengajian sepanjang tempoh pengajian.
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
- Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.
- Salinan asal tiket kapal terbang.
- Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut–turut.
- Salinan sijil kematian/ cerai (jika berkaitan).
- slip permohonan. (wajib cop pengesahan)
NOTA: Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akuan mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ dan Penghulu.
PANDUAN PENGISIAN BORANG
Rujuk panduan bergambar pengisian borang Bantuan Tambang Penerbangan IPT MAIDAM berikut:







Muat Turun Garis Panduan
Sila muat turun:
- Garis Panduan Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan IPT [PDF]
- Garis Panduan Pengisian Borang Bantuan Penerbangan IPT [PDF]



4. Bantuan Tabung Kebajikan & Pengurusan Institusi Agama
Yayasan Pendidikan MAIDAM memaklumkan bahawa permohonan bagi bantuan kebajikan pelajar serta pengurusan Pondok, Madrasah & Sekolah Agama kini dibuka.
Menyokong pelajar berkeperluan
Memperkasa operasi dan pembangunan institusi pendidikan agama
Permohonan boleh dibuat melalui website rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM: https://ypmaidam.my/ atau terus ke https://yp.maidam.gov.my/bantuanagensi/
Muat turun: Garis Panduan Pengguna Sistem Bantuan Tabung Kebajikan & Pengurusan Institusi Agama

5. Bantuan Awal Persediaan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Bantuan ini bertujuan membantu persediaan awal pelajar sebelum memulakan sesi persekolahan di sekolah berasrama penuh, agar keperluan asas dapat disediakan dengan lebih teratur.
- Bantuan ini dibuka bermula 1 Januari 2026
- Kadar Bantuan: RM500.00
- Pautan Permohonan Bantuan Awal Persediaan Ke Sekolah Berasrama Penuh: https://yp.maidam.gov.my/bantuanasramapenuh/


Syarat Permohonan
- Pemohon dan ibu bapa / penjaga adalah:
- Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pengajian atau,
- Pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama Islam dan berakal.
- Pelajar yang baharu menerima tawaran menyambung pengajian ke Sekolah Berasrama Penuh samaada sekolah di dalam negeri Terengganu dan luar negeri Terengganu
- Layak dipertimbangkan Bantuan Awal Persediaan ke Sekolah Berasrama Penuh sekali sahaja sepanjang tempoh persekolahan.
- Permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan sekiranya ibu dan bapa pemohon yang bekerja di negeri Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
- Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.
- Permohonan sah dalam tempoh tidak melebihi dua (2) bulan daripada tarikh daftar persekolaha
Cara Mohon Bantuan Awal Persediaan ke SBP
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web Yayasan Pendidikan MAIDAM: https://ypmaidam.gov.my
Dokumen Diperlukan
- Pemohon perlu membuat permohonan secara dalam talian dan memuat naik dokumen berikut:
- Surat tawaran kemasukan ke sekolah berasrama penuh yang rasmi.
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
- Salinan slip gaji ibu dan bapa / penjaga atau akuan pendapatan bulanan (bagi yang bekerja sendiri / pesara swasta) / penyata pencen / kad pesara (bagi pesara kerajaan) yang terkini.
- Surat pengesahan mastautin terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu yang telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
- Slip permohonan dan surat pengesahan mastautin mestilah disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat / Pengerusi Masjid / Ketua Kampung / Penghulu. vi. Salinan sijil kematian / penceraian ibu bapa (jika berkenaan).
PANDUAN PENGISIAN BORANG
Rujuk panduan bergambar pengisian borang Bantuan Awal Persediaan ke SBP MAIDAM berikut:








Kaedah Bayaran
- EFT / cara lain yang bersesuaian.
Muat Turun Garis Panduan
Sila muat turun:
- Garis Panduan Pendaftaran Portal [PDF] – Pengisian borang online
- Garis Panduan Bantuan Awal Persediaan ke Sekolah Berasrama Penuh [PDF]


6. Bantuan Komputer Riba MAIDAM
Menyedari kepentingan teknologi dalam pembelajaran moden, MAIDAM menyediakan bantuan peranti atau komputer riba kepada pelajar IPT yang memerlukan bagi memudahkan urusan tugasan dan penyelidikan akademik.
Untuk tahun 2026, tiada permohoana baru dibuka.
Walaubagaimanapun, penerima yang layak akan dihubungi dan diminta untuk memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan bantuan bagi memastikan permohonan tersebut dapat diteruskan ke proses seterusnya.
Untuk makluman, permohonan bantuan komputer riba ini diwartakan secara atas talian melalui Sistem Permohonan Bantuan Awal, dan terhad kepada asnaf Fakir dan Miskin sahaja.
NOTA:
- Bantuan Komputer Riba tidak akan melalui sistem permohonan terbuka.
- Kaedah penilaian kelayakkan melalui permohonan bantuan awal oleh pemohon.
- Bagi pelajar yang telah memohon bantuan awal ipt, sekiranya ketua isi rumah dalam pangkalan data asnaf fakir/miskin MAIDAM, sistem akan menghantar SMS dan tawaran melalui sistem permohonan ( https://yp.maidam.gov.my/iptonline/ ) kepada pelajar yang layak.

Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan Bantuan Pendidikan MAIDAM 2026 dibuka bermula 1 Januari 2026.
Tarikh tutup adalah bergantung jenis bantuan sama ada sehingga kuota penuh atau berdasarkan peruntukkan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan makumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan MAIDAM 2026, sila rujuk:
- Portal rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM
- Portal rasmi Majis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
- Facebook Yayasan Pendidikan MAIDAM
- Email: [email protected]
- Talian: +60 9-622 5600
Soalan Lazim Bantuan Pendidikan MAIDAM 2026
– Pemohon mestilah beragama Islam, baligh, dan berakal.
– Terbuka kepada rakyat negeri Terengganu yang menetap sekurang-kurangnya satu (1) tahun atau pemastautin tetap tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
– Kategori asnaf yang layak merangkumi Miskin, Fisabilillah, dan Ibnussabil (bagi bantuan tambang).
Terdapat 6 jenis yang boleh dimohon, iaitu:
– Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara
– Bantuan Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara (Bantuan IPT).
– Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.
– Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok/Madrasah/Sekolah Agama.
– Bantuan Komputer Riba.
– Bantuan Awal Persediaan Ke Sekolah Berasrama Penuh
Bagi bantuan pengajian IPT dan tambang, pendapatan kasar ibu dan bapa tidak boleh melebihi RM20,000.00 sebulan.
Permohonan dilakukan secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM di pautan https://yp.maidam.gov.my/iptonline.
Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh daftar pengajian. Bagi Bantuan Persediaan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), tempoh sah adalah dalam masa dua (2) bulan daripada tarikh daftar sekolah.
Keutamaan diberikan kepada pengajian sepenuh masa. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada enam (6) bulan.
Permohonan tidak akan dipertimbangkan bagi bidang pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan.
Bantuan akan disalurkan terus kepada pelajar melalui kaedah EFT (Electronic Fund Transfer) atau cara lain yang bersesuaian.
Tarikh permohonan Bantuan Pendidikan MAIDAM untuk 6 jenis bantuan
BACA JUGA:




