Bantuan Persekolahan MAIDAM merupakan inisiatif Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) khusus untuk membantu golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Terengganu dalam menampung kos persekolahan anak-anak. Permohonan dibuat secara online sepenuhnya melalui portal rasmi YPM tanpa perlu hadir ke pejabat di : https://yp.maidam.gov.my/bantuanpersekolahan/
Rujuk Bantuan Persekolahan MAIDAM 2026 yang boleh dimohon, syarat kelayakan serta cara permohonan di bawah.
Apa itu Bantuan Persekolahan MAIDAM
Bantuan ini adalah bantuan kewangan persekolahan yang disalurkan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM kepada:
- Pelajar sekolah rendah
- Pelajar sekolah menengah
Bantuan ini hanya terbuka kepada asnaf fakir dan miskin sahaja yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Syarat-syarat Kelayakan
A) Pelajar dan Ibu Bapa / Penjaga mestilah:
1. Rakyat Negeri Terengganu
Dan memenuhi salah satu syarat berikut:
- Menetap di Negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran, ATAU
- Bermastautin tetap di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut
2. Beragama Islam dan Berakal
Pemohon mestilah beragama Islam dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan
3. Menepati Kaedah Penentuan Asnaf Fakir dan Miskin
Pemohon mestilah benar-benar tergolong dalam kategori asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan oleh MAIDAM.
4. Pelajar Berumur 7 Tahun Ke Atas
Pelajar mestilah:
- Bersekolah di peringkat rendah atau menengah
- Berumur tidak kurang daripada tujuh (7) tahun
Tambahan Syarat Baru 2026
- Syarat utama bagi permohonan bantuan persekolahan 2026 adalah pemohon mestilah penerima bantuan MAIDAM.
- Slip pengesahan sekolah. Mesti dicop dan disahkan oleh guru kelas masing-masing bagi setiap anak-anak. (Guru Kelas sahaja)
- Jika ada unsur-unsur penipuan dan terdapat bukti yang jelas menipu, permohonan anda akan disekat buat selama-lamanya
Kaedah Permohonan Bantuan Persekolahan MAIDAM
1. Google – Yayasan Pendidikan MAIDAM
Layari laman web rasmi:
https://yp.maidam.gov.my/bantuanpersekolahan/
Sebelum memulakan permohonan, pemohon WAJIB membaca garis panduan terlebih dahulu, iaitu:
✔ Garis Panduan Pendaftaran Portal [PDF] (Asnaf Miskin Sahaja)
https://yp.maidam.gov.my/bantuanpersekolahan/guideline/1.pdf
✔ Garis Panduan Pengisian Borang Online
https://yp.maidam.gov.my/bantuanpersekolahan/guideline/2.pdf
Bantuan ini hanya untuk Asnaf Fakir dan Miskin sahaja seperti yang ditetapkan.
2. Klik “Daftar Pengguna” (Untuk Permohonan Kali Pertama)
Bagi pemohon kali pertama:
- Klik butang Daftar Pengguna
- Masukkan nombor MyKad
- Cipta kata laluan
- Simpan maklumat log masuk dengan baik
3. Klik “Log Masuk”
Untuk pemohon sedia ada:
- Klik Log Masuk
- Masukkan nombor IC
- Masukkan kata laluan
Jika terlupa kata laluan, sila hubungi pejabat YPM di talian:
📞 09-6223500 (waktu bekerja sahaja)
Cara Kemaskini Bantuan Persekolahan (Pemohon Lama)
Bagi pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini (contohnya Tahun 2023):
- Log masuk sistem
- Klik bahagian Permohonan
- Klik untuk Kemaskini Permohonan
- Semak dan kemaskini maklumat yang diperlukan
Pastikan klik pengakuan/pengesahan sebelum menghantar semula permohonan.
Penting Sebelum Hantar Borang
- Pastikan saiz setiap dokumen adalah 1MB sahaja
- Pastikan nombor telefon yang dimasukkan adalah nombor aktif
- Semua dokumen hanya perlu upload secara online sahaja
- Tidak perlu hantar dokumen ke pejabat
Jika tidak klik butang Pengakuan / Pengesahan, permohonan tidak akan dihantar.
Senarai Dokumen Yang Perlu Disediakan
Pemohon perlu memuat naik dokumen berikut:
- Salinan MyKad pemohon / penjaga
- Salinan MyKad ibu
- Salinan slip gaji / akuan pendapatan / penyata pencen terkini (ibu)
- Salinan slip gaji / akuan pendapatan / penyata pencen terkini (bapa/penjaga)
- Slip Pengesahan Permohonan Bantuan
Penting Berkaitan Pengesahan
Jika menggunakan Akuan Pendapatan:
✅ Wajib mendapatkan cop pengesahan JPKK
Cop pengesahan hanya boleh disahkan oleh:
- Amil Zakat
- MPKK
- Pengerusi Masjid
- Penghulu sahaja
Nota Penting
📌 Salinan IC anak atau salinan surat beranak anak TIDAK PERLU cop pengesahan
Maklumat Yang Perlu Ditulis Pada Salinan IC / Surat Beranak Anak
Pemohon perlu menulis maklumat berikut pada salinan IC atau surat beranak anak:
Untuk pelajar biasa:
- Nama sekolah anak
- Nama kelas anak
- Pastikan saiz dokumen 1MB
Contoh:
Nama Sekolah: SK Bintang
Nama Kelas: 3 Cerdik
Jika Pemohon Ada Anak Tingkatan 6
Perlu tulis:
- Nama sekolah
- Nama kelas (contoh: 6 Bawah / 6 Atas)
- Nama bank
- Nombor akaun bank pelajar Tingkatan 6
Pastikan saiz dokumen juga tidak melebihi 1MB.
Contoh:
Nama Sekolah: SMK Bulan
Nama Kelas: 6 Atas
Nama Bank: Maybank
No Akaun Bank Tingkatan 6: 1234567789
Jika Tiada Slip Gaji
Sekiranya ibu, bapa atau penjaga tiada slip gaji:
- Dapatkan surat akuan pendapatan
- Template boleh diperoleh di laman utama borang permohonan (Template Dokumen YPM)
- Wajib cop pengesahan JPKK
Jika Penerima Pencen Kerajaan
Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan penyata pencen terkini:
Penyata pencen yang terkini perlu dimuat naik dalam sistem permohonan.
Perkara Tambahan Yang Perlu Diberi Perhatian
- Masukkan semua sekali salinan IC tanggungan pemohon
- Pastikan nombor rujukan pada slip pengesahan sama dengan nombor pada borang permohonan
- Letakkan nombor telefon pemohon yang aktif di ruangan kosong slip permohonan
- Jangan lupa klik pada bahagian Pengakuan/Pengesahan sebelum hantar
Jika lupa kata laluan, hubungi pejabat YPM:
📞 09-6223500
Cara Semak Kelayakan / Status Permohonan
Untuk semak kelayakan permohonan bantuan anda, berikut adalah langkahnya:
- Layari portal rasmi YPM : https://yp.maidam.gov.my/bantuanpersekolahan/
- Klik “Semak Kelayakan Tanpa Login Sistem”
- Masukkan No. MyKad anda.
- Klik “Semak”.
- Status “Layak” atau “Tidak Layak” akan terpapar pada skrin anda.
Untuk semak status permohonan bantuan anda, berikut adalah langkahnya:
- Layari portal rasmi YPM : https://yp.maidam.gov.my/bantuanpersekolahan/
- Klik “Semakan Status Permohonan di MAIDAM”
- Masukkan No. MyKad anda.
- Klik “Semak”.
- Status Permohonan “Berjaya” atau tidak akan terpapar pada skrin anda.

CONTOH PERMOHONAN BERJAYA


Garis Panduan Pendaftaran Portal (Asnaf Miskin Sahaja)




Garis Panduan Pengisian Borang Online




VIDEO TUTORIAL PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM
Ringkasan Penting Bantuan Persekolahan MAIDAM
Bantuan ini:
- Hanya untuk asnaf fakir dan miskin
- Terbuka kepada rakyat Terengganu
- Permohonan secara online sepenuhnya
- Dokumen maksimum 1MB setiap fail
- Tidak perlu hadir ke pejabat
- Wajib ikut garis panduan portal
Soalan Lazim Bantuan Persekolahan MAIDAM
Tarikh permohonan biasanya diumumkan melalui portal rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM). Pemohon disarankan untuk sentiasa menyemak laman web rasmi https://yp.maidam.gov.my/bantuanpersekolahan/ bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan tarikh buka dan tutup permohonan.
Tidak. Bantuan Persekolahan MAIDAM hanya terbuka kepada rakyat Negeri Terengganu yang menetap di Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun atau bermastautin tetap tidak kurang tiga (3) tahun berturut-turut.
Tidak. Bantuan ini khusus untuk kategori Asnaf Fakir dan Miskin sahaja seperti yang ditetapkan oleh MAIDAM. Pemohon perlu memenuhi syarat penentuan asnaf yang telah ditetapkan.
Sistem hanya membenarkan muat naik dokumen bersaiz maksimum 1MB sahaja. Jika dokumen melebihi saiz tersebut, pemohon perlu mengecilkan (compress) fail sebelum memuat naik ke dalam sistem bagi mengelakkan kegagalan permohonan.
Cop pengesahan hanya boleh dibuat oleh:
– Amil Zakat
– MPKK
– Pengerusi Masjid
– Penghulu sahaja
Cop daripada pihak lain mungkin tidak diterima.
Tidak perlu. Semua dokumen hanya perlu dimuat naik secara online melalui portal rasmi YPM. Pemohon tidak perlu hadir atau menghantar dokumen secara fizikal ke pejabat.
Sekiranya terlupa kata laluan, pemohon perlu menghubungi pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) di talian 09-6223500 pada waktu bekerja untuk bantuan reset kata laluan.
Ya. Jika pemohon mempunyai anak Tingkatan 6, maklumat berikut perlu ditulis pada salinan IC atau surat beranak:
– Nama sekolah
– Nama kelas (6 Bawah / 6 Atas)
– Nama bank
– Nombor akaun bank pelajar
Maklumat ini penting untuk urusan penyaluran bantuan.
Baca juga:




