Bantuan Ramadan MAIDAM merupakan inisiatif agihan zakat khas tahunan yang dikhususkan buat asnaf fakir dan miskin di seluruh negeri Terengganu.
Bagi tahun 2026, kadar bantuan ditetapkan antara RM300 hingga RM700 bergantung kepada kategori isi rumah dan bilangan tanggungan.
Semakan kelayakan Bantuan Ramadan MAIDAM boleh dilakukan melalui portal rasmi MAIDAM atau Me12Pay Digital. Penerima boleh tebus bantuan ini mulai 19 Februari hingga 31 Mac 2026.
Bantuan ini boleh ditebus secara tanpa tunai (cashless) dilakukan di premis rakan niaga terpilih di setiap daerah untuk memudahkan urusan pembelian barangan dapur dan persiapan menyambut Syawal.
Rujuk cara semak kelayakan Bantuan Ramadan MAIDAM, jumlah bantuan dan kaedah penebusan.
Ringkasan Bantuan Ramadan MAIDAM
- Kadar Bantuan: RM300 (Tunggal), RM500 (Isi rumah 2-3 orang), RM700 (Isi rumah 4+ orang).
- Kategori: Asnaf Fakir & Miskin di Terengganu.
- Kaedah Agihan: Tanpa tunai (Cashless) melalui MyKad di premis rakan niaga (Sabasun, TMG, dsb).
- Semakan Online: Melalui portal MAIDAM atau Me12Pay Digital.
- Tarikh Penebusan: 19 Februari hingga 31 Mac 2026
Apa Itu Bantuan Ramadan MAIDAM?
Bantuan Ramadan MAIDAM (atau Bantuan Zakat Sempena Ramadan) ialah inisiatif tahunan MAIDAM untuk memastikan golongan asnaf fakir miskin di Terengganu dapat menyambut Ramadan 1447H/2026M dengan lebih baik.
Untuk tahun 2026, bantuan ini dilaksanakan melalui kaedah tuntutan (redemption) di premis perniagaan terpilih seperti pasar raya, klinik serta platform online. Ini bermakna tiada wang tunai diberikan.
Penerima boleh membuat tuntutan barangan keperluan harian, pakaian serta bayaran utiliti termasuk bil telefon dan pembelian tambah nilai melalui outlet peruncitan, pasar raya besar serta platform dalam talian yang terlibat.
Bagi Bantuan Zakat Sempena Ramadan Tahun 1447H/2026M, seramai 29,402 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada Asnaf Fakir dan Miskin layak menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM15,785,000.00.
Tuntutan bantuan boleh dibuat bermula 19 Februari hingga 31 Mac 2026.
NOTA:
- MAIDAM ialah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
- Bantuan Ramadan MAIDAM berbeza dengan KAHA MAIDAM.
- Bantuan Ramadan MAIDAM diberikan kepada semua ketua isi rumah asnaf fakir/miskin berdaftar MAIDAM secara automatik sempena Ramadan (19 Feb–31 Mac 2026), manakala KAHA MAIDAM adalah bantuan tambahan tahunan kepada penerima aktif bantuan bulanan/sara hidup/sewa/perubatan sahaja dalam fasa tertentu (Nov 2025–Mac 2026).
BACA JUGA: KAHA MAIDAM 2026 – Semakan, Syarat Kelayakan & Tarikh Penebusan
Siapa Layak Dapat Bantuan Ramadan MAIDAM?
Penerima Bantuan Ramadan MAIDAM 1447H/2026M adalah ketua isi rumah (KIR) daripada asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan MAIDAM di Terengganu.
Tahun 2026 ini, terdapat 29,402 penerima bantuan yang layak secara automatik tanpa permohonan baharu.
Penerima Bantuan Sempena Ramadhan juga terdiri daripada penerima Bantuan Bulanan, Sara Hidup, Sewa Rumah, dan Perubatan Am (tidak termasuk tambang dialisis, rawatan dialisis, susu & pampers).
Senarai penerima hanya melibatkan kelulusan bantuan di atas bermula 1 Januari hingga 31 Disember Tahun 2025.
Golongan yang layak ialah:
- Penduduk tetap di Terengganu.
- Fakir & Miskin: Individu Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau hanya mampu menampung keperluan asasi sebahagian kecil sahaja.
- Penerima Sedia Ada: Individu yang telah menerima Bantuan Bulanan, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Sewa Rumah, atau Bantuan Perubatan Am (tidak termasuk dialisis/susu/pampers) daripada MAIDAM.
- Kategori Khas: Warga emas, ibu tunggal, dan OKU dengan pendapatan rendah.
Siapa Tidak Layak?
- Penduduk luar Terengganu atau bukan Islam
- Sudah menerima bantuan zakat tetap lain yang bertindih.
- Bukan ketua isi rumah berdaftar (ahli keluarga tidak layak secara individu).
Cara Semak Kelayakan Online
Semua kelayakan MAIDAM boleh dilakukan melalui portal rasmi Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu di http://espmb.com/maidam_zakat/semakanRamadhanLog.aspx atau Me12Pay Digital.
Kelayakan adalah berdasarkan pangkalan data sedia ada MAIDAM.
Semak Kelayakan Bantuan Ramadan MAIDAM
- Layari portal semakan MAIDAM di http://espmb.com/maidam_zakat/semakanRamadhanLog.aspx atau https://me12pay.asia/kaha2025/index8.php
- Masukkan No. KP baru (tanpa tanda sengkang/titik, contoh: 920101118899).
- Klik butang “Klik Untuk Semak” dan tunggu hasil – status Layak/Tidak Layak akan dipaparkan serta-merta.
- Jika layak, anda boleh tebus bantuan mulai 19 Feb–31 Mac 2026.


Untuk semak kelayakan dan status permohonan bantuan lain MAIDAM, anda boleh layari pautan berikut: http://www.espmb.com/maidam_zakat/
Kadar Bantuan Ramadan MAIDAM
Berikut ialah jumlah Bantuan Ramadan MAIDAM mengikut kategori penerima:
- 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴/𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹: Seramai 7,877 KIR menerima RM300.00 seorang, melibatkan peruntukan RM2,363,100.00.
- 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗶𝘀𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝟮 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴: Seramai 8,228 KIR menerima RM500.00 seorang, melibatkan peruntukan RM4,114,000.00.
- 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗶𝘀𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝟰 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀: Seramai 13,297 KIR menerima RM700.00 seorang, melibatkan peruntukan RM9,307,900.00.
| Kategori Isi Rumah | Jumlah Seorang (RM) | Peruntukan Keseluruhan (RM) |
|---|---|---|
| Seorang/Tunggal | 300 | 2,363,100 |
| 2 hingga 3 orang | 500 | 4,114,000 |
| 4 orang & ke atas | 700 | 9,307,900 |
NOTA: Bagi memastikan anda menerima jumlah bantuan yang tepat mengikut kategori isi rumah, sila kemaskini bilangan anak atau tanggungan dalam sistem e-MAIDAM.
Tempoh Tebus Bantuan
Tempoh penebusan Bantuan Ramadan MAIDAM 1447H/2026M adalah dari 19 Februari hingga 31 Mac 2026 melalui kaedah tuntutan tanpa tunai di premis panel terpilih.
Berbeza daripada tahun sebelumnya, agihan bantuan Ramadan pada tahun ini dilaksanakan melalui kaedah tuntutan di kedai-kedai terpilih yang melibatkan barangan dan perkhidmatan tertentu.
Cara Tebus Bantuan Ramadan MAIDAM
Cara tebus Bantuan Ramadan MAIDAM adalah melalui sistem tuntutan tanpa tunai di premis panel terpilih menggunakan aplikasi Me12pay/Zakatpay atau kaedah MAIDAM, bermula 19 Februari hingga 31 Mac 2026.
Langkah-langkah Tebus Bantuan MAIDAM
- Semak kelayakan dahulu di http://espmb.com/maidam_zakat/semakanRamadhanLog.aspx. atau https://me12pay.asia/kaha2025/index8.php
- Muat turun app Me12pay/Zakatpay di Play Store atau App Store (jika belum ada).
- Pergi ke premis panel (pasar raya Mydin/Global, klinik/farmasi MAIDAM).
- Tunjuk MyKad & pilih barangan/bil yang mahu dibeli.
- Imbas QR code atau masukkan No. KP di kaunter/app untuk deduct kredit bantuan.
- Dapat resit digital – simpan untuk rekod.
Senarai Barang Boleh Ditebus
Apa boleh ditebus dengan Bantuan Ramadan MAIDAM?
Penerima Bantuan Ramadan MAIDAM boleh menebus barangan keperluan harian (basah/kering), pakaian, ubat-ubatan di farmasi/klinik, serta bayaran bil utiliti (elektrik, air, telefon prabayar) di premis panel sahaja.
| Kategori | Contoh Barangan/Bayaran |
|---|---|
| Runcit | Barangan basah/kering, pakaian raya |
| Perubatan | Ubat-ubatan, alat kesihatan di farmasi |
| Utiliti | Bil Astro, Syarikat Air Terengganu (SATU), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium, Cukai Taksiran dan juga Telekom Malaysia. |
Apa TIDAK Boleh Ditebus?
- Barangan mewah (TV, telefon pintar, emas).
- Minuman beralkohol/tobak.
- Barangan bukan di premis panel MAIDAM.
- Tukar wang tunai atau transfer bank.
NOTA: Pembayaran bil adalah menggunakan apps me12pay.
Senarai Kedai Panel Terlibat di Terengganu
Senarai kedai panel Bantuan Ramadan MAIDAM 2026 boleh disemak melalui aplikasi Me12pay/Zakatpay atau laman MAIDAM rasmi.
Kedai panel yang terpilih termasuk Mydin, Pasaraya Sakan, Sabasun Hyperruncit, Farmasi GPharmax di seluruh daerah Terengganu.
Senarai Kedai Panel Bantuan Ramadan MAIDAM/KAHA
| # | Nama Kedai | Alamat | Bandar/Daerah | Kategori |
|---|---|---|---|---|
| 1 | FARMASI GPHARMAX SEBERANG TAKIR Agensi: MAIDAM | Lot 51886-C&D, Kampung Bukit Tok Beng, Jalan Seberang Takir 21300 | Kuala Terengganu Kuala Nerus | Farmasi |
| 2 | ANAQ MUSANG ENTERPRISE SDN. BHD. Agensi: MAIDAM | 53 KAMPUNG ANAK MUSANG JERTEH, TERENGGANU 22020 | JERTEH BESUT | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 3 | FARMASI GPHARMA (JABI) SDN. BHD Agensi: MAIDAM | LOT 8852 (PT 8127) TINGKAT BAWAH RK TAMAN SL WIRA PERDANA. PEKAN JABI 22020 | JERTEH BESUT | Farmasi |
| 4 | FROZEN FOOD 5F Agensi: MAIDAM | LOT 680-A JLN PASIR AKAR KG ALOR BELANGA 22000 | JERTEH BESUT | Barangan Kering dan Basah sahaja |
| 5 | KLINIK PERUBATAN HIJRAA 24 JAM BESUT Agensi: MAIDAM | Lot 60177 & 60178 Mukim Bukit Kenak Kg. Mak Sara 22000 | Jerteh Besut | Klinik |
| 6 | KOMPLEKS IBU DAN ANAK HIJRAA BESUT Agensi: MAIDAM | Lot 60175 & 60176, Tingkat Bawah, Jalan Gong Nering, Kg Darang Buaya, 22000 Jerteh, Terengganu. Jalan Gong Nering, Kg Darang Buaya 22000 | Jerteh Besut | Klinik |
| 7 | PUSAT PAKAIAN HARI-HARI JERTEH Agensi: MAIDAM | Lot 267, 268 & 269 T. Bwh & 1 Jln Tangki Air Pekan Jerteh, Jalan Bukit Mok Mek 22000 | Jerteh Besut | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 8 | SRI BEKOK TRADING Agensi: MAIDAM | LOT 1425, KG BUKIT PAYONG JERTIH, TERENGGANU 22010 | JERTEH BESUT | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 9 | KHADEEJA MART Agensi: MAIDAM | NO 1, KEDAI DEPAN KLINIK KESIHATAN KUALA BESUT NO 1, KEDAI DEPAN KLINIK KESIHATAN KUALA BESUT 22300 | KAMPUNG RAJA BESUT | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 10 | PASARAYA SHAKRI Agensi: MAIDAM | 2968 KAMPUNG GONG GONG KEPAS 22200 | KAMPUNG RAJA BESUT | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 11 | ARENA TERAJU MART Agensi: MAIDAM | NO 109 BANDAR BUKIT BESI 23200 BUKIT BESI, DUNGUN, TERENGGANU 23200 | DUNGUN DUNGUN | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 12 | PASARAYA BORONG SAKAN (CAW DUNGUN) Agensi: MAIDAM | Lot 9977-9979, Sura Gate Business Centre Jalan Yahya Ahmad 23000 | Dungun Dungun | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 13 | PUSAT PAKAIAN HARI-HARI DUNGUN Agensi: MAIDAM | Lot 9951 & 9952, Tgkat Bawah Pusat Perniagaan Sura Gate, Jalan Yahaya Ahmad 23000 | Dungun Dungun | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 14 | SABASUN HYPERRUNCIT Agensi: MAIDAM | Plot A,Lot 12553, Jalan Merbuk Bandar Baru Kijal 23000 | Dungun Dungun | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 15 | KLINIK PERUBATAN HIJRAA 24 JAM DUNGUN Agensi: MAIDAM | 2785 & 2786, Tingkat Bawah Batu 48, Jalan Paka, 23000 | Kuala Dungun Dungun | Klinik |
| 16 | FARMASI GPHARMA (PAKA) SDN. BHD Agensi: MAIDAM | PT 22401, JALAN BESAR PAKA KAMPUNG CACAR BARU 23100 Paka | PAKA DUNGUN | Farmasi |
| 17 | KLINIK HIJRAA 24 JAM PAKA Agensi: | PT 9209 & 9210, Tingkat Bawah Dan Atas Taman Johan Jalan Santong 23100 Paka | Paka Dungun | Klinik |
| 18 | BORONG MART Agensi: MAIDAM | BORONG MART LOT 8962 & 8963 HADAPAN SEK. MEN. AJIL JALAN JERANGAU 21800 AJIL TERENGGANU 21800 | KUALA BERANG HULU TERENGGANU | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 19 | FARMASI GPHARMAX KUALA BERANG Agensi: MAIDAM | LOT 5928, SIMPANG SEKAYU 21700 | KUALA BERANG HULU TERENGGANU | Farmasi |
| 20 | PASARAYA BORONG SAKAN (CAW KUALA BERANG) Agensi: MAIDAM | No. PT 6963, 6964 & 6965 Jalan Besar Kuala Berang 21700 | Kuala Berang Hulu Terengganu | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 21 | PASARAYA DM SDN BHD Agensi: MAIDAM | LOT 2325, KAMPUNG SUNGAI BAJAR 21700 | KUALA BERANG HULU TERENGGANU | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 22 | SABASUN HYPERRUNCIT Agensi: MAIDAM | No 39-47 Block E Pusat Dagangan Ajil Jaln Kuala Berang 21800 | Pekan Ajil Hulu Terengganu | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 23 | KLINIK PERUBATAN HIJRAA 24 JAM CHUKAI Agensi: MAIDAM | No 779, 1, Jalan Penghiburan, Kampung Besut Kampung Pagar Besi 24000 | Chukai Kemaman | Klinik |
| 24 | PASARAYA BORONG SAKAN (CAW KEMAMAN) Agensi: MAIDAM | PT 11278-11281, Tkt. Bwh, Blok C Taman Cukai Utama Fasa 3 24000 | Cukai Kemaman | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 25 | FARMASI GPHARMA (BUKIT KUANG) SDN BHD Agensi: MAIDAM | K 60551, TINGKAT BAWAH, JALAN KUANTAN TERENGGANU KAMPUNG BUKIT KUANG 24000 | KEMAMAN KEMAMAN | Farmasi |
| 26 | KLINIK PERUBATAN HIJRAA 24 JAM KEMAMAN Agensi: MAIDAM | PT 12134, PT 12135, PT 12136, Ground Floor Bangunan Kedai Taman Perumahan Perwaja Geliga 24000 | Kemaman Kemaman | Klinik |
| 27 | LIYANA MINI MART Agensi: MAIDAM | NO. 7553 & 7554 TAMAN PERMAI JAYA KAMPUNG TEMPURUNG,JALAN AIR PUTIH 24000 | KEMAMAN KEMAMAN | Barangan Kering sahaja |
| 28 | PUSAT PAKAIAN HARI-HARI KEMAMAN Agensi: MAIDAM | Kcp-14 & Kcp-15, Jalan Lebai Saras Pusat Perniagaan Sura Gate, Jalan Yahaya Ahmad 24000 | Kemaman Kemaman | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 29 | SABASUN HYPERRUNCIT Agensi: MAIDAM | Lot PT 5724, Tapak Industri Bandar Ceneh Baru 24000 | Kemaman Kemaman | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 30 | SE03 SABASUN ETEK Agensi: MAIDAM | Lot 106394 & 106395 Jalan Cabang Kg Baru Kerteh 24300 | Kemaman Kemaman | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 31 | ALAMANDA PHARMACY Agensi: MAIDAM | LOT 50058, TINGKAT BAWAH, JALAN KEMAMAN – DUNGUN, 24300 | KERTEH KEMAMAN | Farmasi |
| 32 | SABASUN HYPERRUNCIT Agensi: MAIDAM | Bangunan Kijal Mall Bandar Baru Kijal 24100 | Kijal Kemaman | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 33 | MYDIN KUALA IBAI EMPORIUM Agensi: MAIDAM | LOT 1584 JALAN TOK ADIS 20400 | KUALA IBAI KUAL A TERENGGANU | Barangan Kering, Basah, Keperluan Isi Rumah, Peralatan Sekolah / Pakaian Sekolah, Pakaian Harian |
| 34 | FARMASI GPHARMAX PAGAR BESI Agensi: MAIDAM | Lot 20837, Rumah Kedai Kampung Pagar Besi Batu Rakit 21020 | Kuala Terengganu Kuala Nerus | Farmasi |
| 35 | FARMASI GPHARMAX KUALA NERUS (HQ) Agensi: MAIDAM | 10376, Kg. Gong Datuk Mengabang Telipot 21030 | Kuala Terengganu Kuala Nerus | Farmasi |
| 36 | DIEZA MINI MART Agensi: MAIDAM | LOT 2964, JALAN PECAH ROTAN, KG DARAT BATU RAKIT, KUALA NERUS 21020 | KUALA NERUS KUALA NERUS | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 37 | IRFAN GO MART Agensi: MAIDAM | 142 JALAN PECAH ROTAN,BATU RAKIT,21020 KUALA NERUS KUALA NERUS 21020 | KUALA NERUS Kuala Nerus | Barangan Kering dan Basah sahaja |
| 38 | KLINIK PERUBATAN HIJRAA 24 JAM BATU RAKIT Agensi: MAIDAM | No. Lot 20835 & Lot 20836, Tingkat Bawah Kampung Pagar Besi 21020 | Kuala Nerus Kuala Nerus | Klinik |
| 39 | KOMANAS MASJID PADANG NENAS Agensi: MAIDAM | KIOSK NO.1 MASJID PADANG NENAS 21030 | KUALA NERUS KUALA NERUS | Barangan Kering sahaja |
| 40 | STEMZA ENTERPRISE Agensi: MAIDAM | NO.311, KG PADANG KEMUNTING KUALA TERENGGANU 21020 | KUALA NERUS KUALA NERUS | Barangan Kering dan Basah sahaja |
| 41 | FARMASI GPHARMAX BUKIT TUNGGAL Agensi: MAIDAM | Lot 25057-5/6, Jalan Bukit Tunggal Kampung Tebauk 21200 | Kuala Terengganu Kuala Nerus | Farmasi |
| 42 | KIEARA REDANG ISLAND SERVICES Agensi: MAIDAM | A129 KG BARU PULAU REDANG A129 KG BARU PULAU REDANG 21090 | KUALA NERUS KUALA TERENGGANU | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 43 | AMEEN HALLMART Agensi: MAIDAM | NO 61, KG LOSONG DATO AMAR JALAN LOSONG FERI 21000 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 44 | BJ MART Agensi: MAIDAM | 7150 B, KAMPUNG BELUKAR JAMBU 21080 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 45 | FARMASI WAHDI MANIR (HQ) Agensi: MAIDAM | LOT 12583 (PT2247K A&B) KAMPUNG KEDAI MANIR 21200 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Farmasi |
| 46 | IQI MINI MART Agensi: MAIDAM | 78-A, KAMPUNG BELADAU SELAT 20050 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 47 | KEDAI PAKAIAN SEKOLAH @ BADAN BERUNIFORM PAK KARIM Agensi: MAIDAM | B 16-25 GERAI PELBAGAI SEBELAH KHB MPKT KUALA TERENGGANU 20100 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 48 | KLINIK HIJRAA 24 JAM KUALA NERUS (HQ) Agensi: MAIDAM | PT 37823 / PT 37824, Tingkat Bawah Rimba Square, Jalan Tengku Mohammad 21200 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Klinik |
| 49 | KLINIK HIJRAA 24 JAM TOKKU Agensi: | Lot 2990 A&B Tingkat Bawah dan Atas Simpang Tok Ku Mukim Cabang Tiga 21000 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Klinik |
| 50 | KLINIK PERGIGIAN HIJRAA KUALA NERUS Agensi: MAIDAM | PT 37791 Tingkat 1, Blok E, Rimba Square Jalan Gong Pak Damat 21300 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Klinik |
| 51 | KLINIK PERUBATAN HIJRAA 24 JAM CHENDERING Agensi: MAIDAM | Lot 4060 & 4061, Kampung Chendering Batu 48, Jalan Paka, 21080 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Klinik |
| 52 | KOPERASI KARIAH MASJID SULTAN ISMAIL CHENDERING Agensi: MAIDAM | MASJID SULTAN ISMAIL CHENDERING KUALA TERENGGANU 21080 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Barangan Kering sahaja |
| 53 | KOPERASI KARIAH MASJID TOK KU Agensi: MAIDAM | MASJID TOK KU TUAN BESAR,CHABANG TIGA 21000 KUALA TERENGGANU 21000 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Barangan Kering dan Basah sahaja |
| 54 | MYDIN KUALA TERENGGANU EMPORIUM Agensi: MAIDAM | 4128, 4129 & 3721, JALAN KOTA 20200 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Barangan Kering, Basah, Keperluan Isi Rumah, Peralatan Sekolah / Pakaian Sekolah, Pakaian Harian |
| 55 | MYDIN WHOLESALE HYPERMARKET GONG BADAK Agensi: MAIDAM | LOT PT35511,KG BANGGOL,JALAN GONG PAK DAMAT,GONG BADAK, 21200 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Barangan Kering, Basah, Keperluan Isi Rumah, Peralatan Sekolah / Pakaian Sekolah, Pakaian Harian |
| 56 | MYDIN WHOLESALE HYPERMARKET(KTH) Agensi: MAIDAM | LOT 1547 & 1548,JALAN SULTAN MOHAMAD 21000 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Barangan Kering, Basah, Keperluan Isi Rumah, Peralatan Sekolah / Pakaian Sekolah, Pakaian Harian |
| 57 | PASAR RAYA DESA SEGAR PENGADANG BARU Agensi: MAIDAM | LOT 1927,1928 & 1929, BANGUNAN PERKASA, MUKIM GELUGOR KEDAI, JLN KUALA BERANG, KAMPUNG PENGADANG BARU 21400 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 58 | PASARAYA AURA ALAM ENTERPRISE Agensi: MAIDAM | LOT 6782 KAMPUNG TOK DIR 21070 | KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 59 | PASARAYA BORONG SAKAN (CAW PADANG AIR) Agensi: MAIDAM | PT 28519-28522, Grd Floor, Desa Solehah Jalan Kelantan 21060 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 60 | PUSAT PAKAIAN HARI-HARI GONG BADAK Agensi: MAIDAM | Lot Pt 35421, Pt 35422 & Pt 35423 Dataran Austin, Jalan Gong Badak, Kpg. Wakaf Tembesu 21300 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 61 | PUSAT PAKAIAN HARI-HARI K.TERENGGANU Agensi: MAIDAM | No.6, Tingkat Bawah Dan Tingkat 1 Pusat Niaga Paya Keladi, Jalan Paya Keladi 24000 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 62 | PUSAT PAKAIAN HARI-HARI MASJID ABIDIN (K.TERENGGANU) Agensi: MAIDAM | No.1, Jalan Masjid Abidin Bandar Baru Kijal 20100 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 63 | SABASUN ETEK Agensi: MAIDAM | Lot 13818, Hadapan Kusza Jalan Gong Badak 21300 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 64 | SABASUN ETEK HQ Agensi: MAIDAM | 1125, Jalan Bukit Kecil 21100 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 65 | SABASUN HYPERRUNCIT Agensi: MAIDAM | 1125,Jalan Bukit Kecil 21100 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 66 | SABASUN HYPERRUNCIT Agensi: MAIDAM | Lot 30274, Jalan Tengku Omar Kg Wakaf Tembesu 21200 | Kuala Terengganu Kuala Terengganu | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 67 | FARMASI GPHARMAX DURIAN BURUNG Agensi: MAIDAM | LOT 570, KAMPUNG DURIAN BURUNG JALAN KELANTAN 20050 | KUALA TERENGGANU, KUALA TERENGGANU, | Farmasi |
| 68 | PASARAYA BORONG SAKAN (CAW BINJAI RENDAH) Agensi: MAIDAM | Lot 8907-8910, Tkt Bwh, Taman Mewah Jalan Kuala Berang 21400 | Bukit Payong Marang | Peralatan Sekolah (Pakaian Sekolah, Harian dan Lain-lain) |
| 69 | FARMASI GPHARMAX BINJAI RENDAH Agensi: MAIDAM | PT 8915,TAMAN MEWAH BINJAI RENDAH 21400 | MARANG MARANG | Farmasi |
| 70 | KLINIK PERUBATAN HIJRAA 24 JAM BUKIT PAYONG Agensi: MAIDAM | PT 7762, Tingkat Bawah, Kampung Wakaf Dua Bukit Payong 21400 | Marang Marang | Klinik |
| 71 | KOPERASI KARIAH MASJID PADANG MENGKUANG MARANG BERHAD (MPM MART) Agensi: MAIDAM | MASJID PADANG MENGKUANG KM16, KAMPUNG PADANG MENGKUANG, BUKIT PAYONG 21400 | MARANG MARANG | Barangan Kering sahaja |
| 72 | SBM SYUKUR ENTERPRISE Agensi: MAIDAM | NO 249,SIMPANG GONG KASSIM MERCHANG 22610 | MARANG MARANG | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 73 | SE01 SABASUN ETEK Agensi: MAIDAM | Bangunan Perkedaian Mdm Merchang Jalan Gong Badak 21610 | Marang Marang | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 74 | KLINIK DR. MALIK Agensi: MAIDAM | LOT PT 730, BANGUNAN PMINT BANDAR PERMAISURI SETIU 22100 | BANDAR PERMAISURI SETIU | Klinik |
| 75 | MESRA HYPERRUNCIT TASEK Agensi: MAIDAM | MESRA HYPERUNCIT SDN BHD LOT PT. 10030 HSM 4888 KG TASEK 22100 BANDAR PERMAISURI SETIU TERENGGANU 22100 | BANDAR PERMAISURI SETIU | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 76 | MESRA HYPERUNCIT SDN BHD Agensi: MAIDAM | MESRA HYPERUNCIT SDN BHD LOT PT. 10030 HSM 4888 KG TASEK 22100 BANDAR PERMAISURI SETIU TERENGGANU 22100 | BANDAR PERMAISURI Setiu | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 77 | MESRA MART, PASAR Agensi: MAIDAM | NO 9,10 & 11, BAWAH PERKEDAIANBULUH PERINDU BANDAR PERMAISURI 22100 | BANDAR PERMAISURI SETIU | Barangan Kering sahaja |
| 78 | MESRA SHOP, SEBELAH MIXUE Agensi: MAIDAM | LOT PT 6373 BAWAH, KAMPUNG BULUH BANDAR PERMAISURI 22100 | BANDAR PERMAISURI SETIU | Barangan Kering sahaja |
| 79 | MESRA SHOP, SEBELAH MIXUE Agensi: MAIDAM | MESRA SHAHZ TRADING, NO 9,10 & 11, BAWAH PERKEDAIANBULUH PERINDU BANDAR PERMAISURI 22100 | BANDAR PERMAISURI SETIU | Barangan Kering sahaja |
| 80 | ZUA HYPERUNCIT Agensi: MAIDAM | LOT 50038 SUNGAI TAROM 22100 | BANDAR PERMAISURI SETIU | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
| 81 | MAMA MIRAH RESOURCES Agensi: MAIDAM | LOT 80548, KAMPUNG SAUJANA BANDAR PERMAISURI 22100 | GUNTUNG SETIU | Barangan Kering, Basah dan Keperluan Isi Rumah |
Perbezaan Bantuan Ramadan MAIDAM vs KAHA MAIDAM
Ramai warga Terengganu keliru antara Bantuan Ramadan dan Bantuan KAHA. Walaupun kedua-duanya disalurkan oleh MAIDAM, tujuan dan sasaran penerimanya adalah berbeza.
Berikut adalah perbezaan kedua-dua bantuan ini:
| Ciri / Perkara | Bantuan Zakat Ramadan 2026 | KAHA MAIDAM 2026 |
| Bentuk Bantuan | Bukan tunai. Penebusan barang/perkhidmatan menggunakan Kad Pengenalan. | Penebusan barangan di kedai panel (Bakul makanan, utiliti, ubat, dll). |
| Kadar Bantuan | • RM300: Bujang/Seorang diri • RM500: 2-3 orang isi rumah • RM700: 4 orang & ke atas | Sama (Mengikut kategori isi rumah yang ditetapkan MAIDAM). |
| Kaedah Agihan | Dikreditkan ke dalam sistem ID (MyKad) penerima untuk ditebus di kedai panel. | Sama, dikreditkan ke dalam sistem ID (MyKad) penerima untuk ditebus di kedai panel. |
| Tarikh Penebusan | 19 Februari 2026 hingga 31 Mac 2026. | Mengikut jadual jelajah/konvoi setiap daerah (Fasa 1 & 2). – Fasa 2: 5 Februari 2026 hingga 31 Mac 2026. |
| Cara Permohonan | Tiada permohonan baru. Khas untuk asnaf yang sedia ada dalam sistem MAIDAM. | Tiada permohonan. Automatik bagi asnaf Fakir & Miskin yang layak. |
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan makumat lanjut mengenai Bantuan Ramadan MAIDAM 2026, sila rujuk:
- Portal rasmi Majis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
- Facebook MAIDAM
- Talian: +60 9-630 3030
- Email: [email protected]
Atau, rujuk laman Facebook Pejabat MAIDAM Daerah masing-masing di bawah:
| Daerah | Nama Pejabat (Pautan Facebook) |
|---|---|
| Kuala Terengganu | Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu |
| Besut | Pusat Urusan Zakat Daerah Besut |
| Hulu Terengganu | Pusat Urusan Zakat Daerah Hulu Terengganu |
| Kemaman | Pusat Urusan Zakat Daerah Kemaman |
| Kuala Nerus | Pusat Urusan Zakat Daerah Kuala Nerus |
| Marang | Pusat Urusan Zakat Daerah Marang |
| Dungun | Pusat Urusan Zakat Daerah Dungun |
| Setiu | Pusat Urusan Zakat Daerah Setiu |
Soalan Lazim Bantuan Ramadan MAIDAM 2026
Bantuan ini dikhususkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar sebagai asnaf Fakir dan Miskin di bawah MAIDAM. Pemohon mestilah beragama Islam, warganegara Malaysia, dan penduduk di Negeri Terengganu.
Kadar bantuan adalah berdasarkan bilangan tanggungan dalam isi rumah:
– Individu Tunggal: RM300.00
– Isi Rumah 2-3 Orang: RM500.00
– Isi Rumah 4 Orang ke Atas: RM700.00
19 Februari – 31 Mac 2026
Bawa MyKad asal anda ke premis rakan niaga MAIDAM yang terpilih (seperti Sabasun, TMG, atau pasaraya borong lantikan). Maklumkan kepada juruwang untuk pembayaran menggunakan baki bantuan MAIDAM. Pastikan anda melakukan pengesahan melalui sistem yang disediakan di kaunter.
Tidak, automatik untuk penerima sedia ada.
Sekiranya permohonan anda ditolak, anda boleh hadir ke Pejabat MAIDAM Daerah (Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, dll) untuk membuat rayuan atau menyemak semula dokumen pendapatan/tanggungan yang mungkin tidak dikemaskini.




