Bantuan Khas BERNAS 2023: Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran

KENYATAAN MEDIA : PENYALURAN BANTUAN KHAS RM10 JUTA KEPADA PESAWAH

Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 akan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah.

Pemberian diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), YB Tuan Haji Mohamad Sabu melalui sebuah kenyataan rasmi bertarikh 31 Disember 2022.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bantuan ini.

Sumber : KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (MAFS) – 31 DISEMBER 2022

Apakah Bantuan Khas BERNAS?

Pada awal Disember 2023 yang lalu, BERNAS bersetuju dengan permintaan YAB Perdana Menteri supaya disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.

Bantuan khas BERNAS sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 ini akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Manakala pesawah di negeri-negeri lain akan menerima apabila baki bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta disalurkan.

Jumlah Bantuan

Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah.

Tarikh Bayaran

Bantuan khas BERNAS akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas ini selewat-lewatnya pada 16 Januari 2023.

MAFS dan agensi dibawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.

Tentang BERNAS

Tahukah anda, BERNAS mengambil alih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada 7 Julai 1994 dan diswastakan pada 12 Januari 1996 sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan.

Sejak itu, sukar melihat kenaikan harga beras di pasaran. Walaupun kekurangan beras berlaku pada 2008 sehingga membawa kepada pembelian yang tinggi di pasaran antabangsa, stok beras masih boleh didapati di kedai-kedai tempatan.

Walaupun harga beras global meningkat sebanyak 217 peratus, harga beras tempatan Malaysia lebih stabil dengan peningkatan hanya 30 peratus, dan tiada kekurangan beras dilaporkan.

Krisis Makanan Dunia 1973 sehingga krisis terakhir berlaku pada 2008 banyak memberi pengajaran untuk Malaysia lebih berwaspada.

Tahukah anda bahawa pengakhiran situasi itu ekoran tindakan pantas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan BERNAS dalam mengawal situasi dan memastikan kestabilan bekalan dan harga beras domestik?

BERNAS turut menyerap kos kenaikan harga beras dunia yang melambung bagi memastikan impak yang minimum kepada rakyat.

Bagi sebarang lebihan bekalan padi, BERNAS sebagai pembeli padi terakhir bertanggungjawab untuk menangani lebihan itu dalam memastikan semua beras tempatan tersedia di pasaran pada harga yang dijamin.

(Sumber: MStar)

Maklumat lanjut: https://www.bernas.com.my/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!