BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023 (*dijenamakan semula sebagai SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diteruskan dan diawalkan pada Januari ini.
Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 (Sesi Pagi).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023 untuk makluman bersama.
*TERKINI: BTR Dijenamakan Semula Sebagai STR
Terkini, Perdana Menteri telah mengumumkan penjenamaan semula Program Bantuan Tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan selari dengan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup dalam Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023) @ Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.
Jumlah Bayaran
Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.
Tarikh Bayaran STR / BTR 2023
Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR / STR 2023 Fasa 1 pada 17 Januari 2023 secara berperingkat.
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Semakan Status STR / BTR 2023
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Kenyataan Media PM Berhubung Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Kenyataan Media
16 Januari 2023
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion Secara Berperingkat Mulai 17 Januari 2023 (Selasa)
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Saya telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri
*Sumber: Facebook Anwar Ibrahim, 16 Januari 2023 (5.00 petang)
Adakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) @ Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Sama Dengan BKM?
Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 tidak diumumkan secara terperinci dalam pembentangan Mini Bajet pada 20 Disember 2022.
Namun, difahamkan bantuan tunai ini adalah diteruskan daripada Kerajaan terdahulu, di mana berkemungkinan ianya tidak jauh berbeza dengan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 / 2023 yang telah dibentangkan dalam Bajet 2023 sebelum ini.
*Lampiran: Amaun bayaran BKM 2022 sebelum ini:
Sekadar perbandingan, berikut adalah usul yang dibentangkan oleh Kerajaan terdahulu berkenaan bantuan tunai yang sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia 2022/ 2023.
Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023) Yang Diumumkan Sebelum Ini
i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)
iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
Tambahan RM500
NOTA: Jumlah bayaran penuh dan kategori kelayakan dijangka akan diumumkan sepenuhnya melalui Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Februari 2023 nanti.
Baca juga: