Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) telah memperkenalkan skim pembiayaan perumahan untuk mereka yang berpendapatan tidak tetap, bekerja sendiri, atau pekerja ekonomi gig menerusi BSN MyHome-i SJKP-MADANI yang mana borang permohonan boleh dimuat turun di pautan https://www.bsn.com.my/IslamicBanking/Financing/BSNMyHome-iSJKPMadani.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai pembiayaan ini.

Mengenai BSN MyHome-i SJKP-MADANI

BSN MyHome-i SJKP-MADANI adalah skim pembiayaan perumahan yang bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang berkelayakan bagi mendapatkan akses pembiayaan daripada Bank bagi pembelian hartanah sehingga RM300,000.

Menerusi pembiayaan ini, ia sekali gus dapat memperluas akses pemilikan rumah secara lebih inklusif dengan tawaran pembiayaan perumahan yang lebih fleksibel.

Ini dapat membuka ruang kepada lebih ramai dalam kalangan berpendapatan tidak tetap, bekerja sendiri, atau pekerja ekonomi gig untuk mendapatkan pembiayaan dan merealisasikan impian memiliki rumah pertama mereka.

Untuk segmen pekerja gig, BSN turut menjalinkan kerjasama dengan foodpanda Malaysia bagi memudahkan pemohon mengemukakan dokumen sokongan alternatif seperti surat pengesahan pekerjaan dan rekod pembayaran.

Jumlah & Tempoh Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan bagi pembiayaan perumahan ini adalah dari RM25,000 sehingga RM360,000 dengan margin pembiayaan sehingga 120%.

Untuk tempoh pembiayaan pula, tempoh pembiayaan adalah minumum 5 tahun sehingga 35 tahun.

Konsep Syariah

Konsep Syariah yang digunapakai bagi produk ini adalah Tawarruq (Murabahah Komoditi) yang melibatkan dua kontrak jual beli.

Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh.

Seterusnya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan serta-merta.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun sehingga 65 tahun semasa memohon dan tidak melebihi 70 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  3. Pendapatan minimum RM1,500 sebulan.
  4. Untuk pembiayaan rumah pertama.
  5. Tidak mempunyai kemudahan pembiayaan perumahan sedia ada dengan mana-mana institusi kewangan.
  6. Tidak diisytihar sebagai seorang yang muflis.
  7. Berpendapatan tidak tetap, bekerja sendiri, pekerja ekonomi gig dan juga yang berpendapatan tetap, mempunyai penyata gaji serta mempunyai keupayaan untuk membuat bayaran pembiayaan, atau
  8. Terbuka kepada semua kakitangan berstatus kontrak / sementara yang bertugas di Jabatan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri / Badan Berkanun / mana-mana agensi Kerajaan yang tidak layak memohon pembiayaan di bawah LPPSA.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengunjungi cawangan BSN yang terdekat atau memuat turun Borang Permohonan di pautan https://www.bsn.com.my/IslamicBanking/Financing/BSNMyHome-iSJKPMadani.

Borang permohonan tersebut mestilah dihantar ke cawangan BSN yang berhampiran.

Soalan Lazim

Apakah BSN MyHome-i SJKP-MADANI?

BSN MyHome-i SJKP-MADANI adalah skim pembiayaan perumahan yang bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang berkelayakan bagi mendapatkan akses pembiayaan daripada Bank bagi pembelian hartanah sehingga RM300,000.

Berapakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi skim pembiayaan ini?

Jumlah pembiayaan ditawarkan adalah mulai RM25,000 sehingga RM360,000 dengan margin pembiayaan sehingga 120%.

Berapakah tempoh pembiayaan untuk skim ini?

Minimum 5 tahun manakala maksimum sehingga 35 tahun dan pemohon berumur tidak melebihi 70 tahun pada tempoh tamat pembiayaan.

Apakah jenis hartanah yang boleh dibiayai?

– Hartanah kediaman siap dengan Certificate of Completion and Compliance (CCC).
– Hartanah kediaman dalam pembinaan.
– Hartanah kediaman sub-sale.
– Hartanah kediaman lelong

Berapakah kadar keuntungan bagi pembiayaan ini?

Kadar Asas Standard (KAS) + 1.60%

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan?

Borang Permohonan boleh dimuat turun di pautan https://www.bsn.com.my/IslamicBanking/Financing/BSNMyHome-iSJKPMadani.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BSN MyHome-i SJKP-MADANI, sila layari laman web https://www.bsn.com.my/IslamicBanking/Financing/BSNMyHome-iSJKPMadani.

      Baca juga: SPPM LPPSA – Syarat & Cara Mohon Skim Pembiayaan Perumahan Muda 2026

      Penulis