Bajet 2023 Akan Dibentang Sekali Lagi Sebelum Akhir Tahun – PM

Bajet 2023 Akan Dibentang Sekali Lagi Sebelum Akhir Tahun – PM

Parlimen bubar, bagaimana dengan Bajet 2023?

Bajet yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Makmur Bersama’ itu mencetuskan persoalan sama ada ia akan diteruskan pada kerajaan baharu atau sebaliknya.

Ini kerana, kesemua dasar, akta serta perundangan yang mahu dibentangkan di Parlimen akan ditangguhkan susulan pembubaran parlimen.

Terkini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan Barisan Nasonal (BN) akan meneruskan semua bajet 2023 yang telah dibentangkan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut laporan BERNAMA, Bajet berkenaan akan dibentang semula sebelum akhir tahun 2022 memandangkan pembubaraan Parlimen telah pun dibuat sebelum dibahaskan.

“Setakat dibentangkan bajet 2023 banyak diberi kepada rakyat daripada bayi hinggalah warga emas, ia menyeluruh.

“Kita akan bentang semula tetapi kalau kerajaan berbeza kita tidak tahu bajet apa?,”katanya selepas mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Pahang Kali ke-42 di Dewan Kuarters Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bera pada 15 Oktober 2022, lapor Kosmo!

Menurut Ismail Sabri kerajaan mempunyai peruntukan untuk melaksanakan bajet 2023 berkenaan yang akan memberikan manfaat kepada rakyat.

Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk

Berikut dikongsikan maklumat yang dikongsikan oleh Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan status Bajet 2023 yang telah dibentangkan pada 7 Oktober 2022 yang lalu.

bajet 2023 perlu dibentang semula

Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu DibentukTan Sri Azhar Azizan Harun, Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tidak timbul isu keabsahan Bajet 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu, memandangkan ia masih belum diluluskan.

Menurut Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, Bajet 2023 perlu dibentang semula pada sesi sidang parlimen akan datang selepas kerajaan baharu dibentuk.

“Oleh kerana telah dibubarkan, maka perbahasan itu tidak akan berlaku. Belanjawan itu tidak diluluskan. Maka mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Peraturan Mesyuarat, selepas PRU satu kerajaan baharu akan dibentuk dan kerajaan baharu tersebut mestilah membawa belanjawan mereka sendiri selepas ia dibentuk.

Mereka mestilah membawa belanjawan mereka sendiri dan dibaca kali pertama lagi sekali, dan kemudian kali kedua dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa seperti mana lazim. Nak meneruskan belanjawan ini pun ok,” kata Tan Sri Azhar berkata dalam satu temu bual khas bersama RTM.

Beliau juga ditanya mengenai kedudukan Rang Undang-undang (RUU) yang telah diluluskan.

“Kita kena rujuk kepada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sekiranya parlimen dibubar, cuma RUU yang menunggu perkenaan Diraja saja yang akan sah pada parlimen akan datang.

“Jadi maksudnya satu RUU itu diluluskan di Dewan Rakyat, dan kemudiannya diluluskan oleh Dewan Negara. Kemudiannya dipersembahkan kepada DYMM YDP Agong untuk diperkenankan, kemudian parlimen bubar maka RUU itu boleh diteruskan dan diperkenankan oleh DYMM Agong. Tetapi jika hanya diluluskan di Dewan Rakyat, maka ia tidak mempunyai apa-apa kesan,” tambah Azhar.

Sumber : Temubual khas wartawan Mohan Chinnasamy bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, 11 Oktober 2022

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!