Permohonan Sebagai Pemerhati Pilihanraya PRU15 – SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka permohonan kepada mana-mana pihak untuk menjadi pemerhati Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula sekarang sehingga 21 Oktober ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses pilihan raya seperti proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi, penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pemerhati PRU15 untuk makluman mereka yang berminat.

Objektif Program Pemerhati PRU15 SPR

  1. Membina keyakinan awam terhadap ketelusan dan integriti penjalanan pilihan raya yang dilaksanakan oleh SPR;
  2. Membina kepercayaan dalam proses demokrasi;
  3. Menghalang dari berlakunya manipulasi dan penipuan melalui pemerhatian pihak ketiga yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dengan melakukan semak dan imbang; dan
  4. Membawa penambahbaikan kepada proses pilihan raya berdasarkan laporan dan cadangan dari pemerhati.

Nota

  • Permohonan mula dibuka pada hari ini 11 Oktober 2022 dan ditutup pada 21 Oktober 2022
  • Sebarang permohonan yang diterima lewat tidak akan diproses.

Syarat & Kelayakan

Terbuka kepada : –

  1. Agensi Kerajaan;
  2. Organisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (terhad kepada syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan);
  3. Berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Syarat-syarat kelayakan : –

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah;
  3. Tidak bankrap;
  4. Tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik;
  5. Dapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali;
  6. WAJIB menghadiri latihan yang disediakan; dan
  7. Membuat pemerhatian dalam satu Parlimen SAHAJA iaitu di dalam bahagian pilihan raya parlimen yang didaftarkan.

Contoh : Individu yang berdaftar sebagai pemilih di P.102 Bangi hanya boleh menjadi pemerhati di bahagian pilihan raya P.102 Bangi SAHAJA. (semak bahagian pilihan raya anda di laman sesawang mysprsemak.gov.my)

Nota 

  • Tiada ganjaran kewangan akan diberikan
  • Latihan dan taklimat disediakan kepada pemerhati yang dilantik
pemerhati pru15 spr

 Skop Pemerhatian

  1. Proses Penamaan Calon;
  2. Proses Pengeluaran Kertas Undi Pos;
  3. Kempen Pilihan Raya;
  4. Proses Undi Awal;
  5. Proses Semakan Isi Peti Undi Biasa;
  6. Proses Pengundian Biasa;
  7. Proses Pengiraan Undi Awal;
  8. Proses Pengiraan Undi Pos;
  9. Proses Pengiraan Undi; dan
  10. Proses Penjumlahan Rasmi Undi.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan sijil pendaftaran SSM/ROS dan muat turun borang-borang yang disediakan;
  2. Laporan aktiviti
  3. Profil pertubuhan
  4. Perlembagaan pertubuhan (berdaftar di bawah ROS)
  5. Surat permohonan
  6. Maklumat penyandang jawatan-jawatan utama dalam organisasi
  7. Lampiran A (Senarai semak keperluan)
  8. Lampiran B (Borang permohonan)
  9. Lampiran C (Kod Etika dan Akujanji)
  10. Lampiran D (Senarai nama pemerhati)

Nota :

  • Pengecualian dokumen [1,2,3 dan 4] kepada agensi kerajaan yang menyertai program ini.

Panduan Permohonan Sebagai Pemerhati PRU15

  1. Rujuk bahagian LAMAN DOKUMEN DIPERLUKAN dan muat turun borang-borang yang disediakan;
  2. Isikan borang permohonan berserta kod etika dan akujanji dan senarai nama pemerhati;
  3. Emelkan semua dokumen yang telah lengkap di isi kepada [email protected] (pemohon perlu memastikan setiap emel yang dihantar mengandungi saiz dokumen tidak melebihi 10 MB).

Nota :

  • Permohonan mula dibuka pada hari ini 11 Oktober 2022 dan ditutup pada 21 Oktober 2022.
  • Sebarang permohonan yang diterima lewat tidak akan diproses.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!