Intipati Bajet 2023 : Senarai Inisiatif & Bantuan Rakyat

Intipati Bajet 2023 : Senarai Inisiatif Kerajaan Perpaduan & Bantuan Rakyat Dalam Belanjawan 2023

BELANJAWAN 2023 MALAYSIA MADANI

Tarikh: 24 Februari 2023
Hari: Jumaat
Masa: 4:00petang

Siaran Langsung:
Facebook & Youtube Bernama TV
Astro 502 | Unifi TV 631 | myFreeview 121

bajet 2023 live

Intipati Bajet 2023 Oleh Kerajaan Perpaduan (PM Anwar Ibrahim)

Fokus Tambah Baik, Sebahagian Besar Bajet Kekal

Bajet 2023 akan diteliti semula dan diubah suai dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kewangan serta jemaah menteri Kerajaan Perpaduan yang baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga berhasrat mengekalkan sebahagian besar bajet berkenaan.

BELANJAWAN MADANI BAJET 2023

Strategi #Belanjawan2023 berpandukan kerangka dasar MADANI

Intipati Bajet 2023 : Belanjawan Malaysia Madani

PM Anwar telah membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan “Membangun Malaysia MADANI” pada 24 Februari.

Antara ringkasan intipati Bajet 2023 yang dibentangkan:

  • Belanjawan MADANI ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur, mampu depani tantangan ekonomi global
  • Kerajaan hidang Belanjawan dengan memaparkan fakta dan angka sebenar, tidak cuba kaburi minda rakyat dengan data memukau
  • Ekonomi dijangka berkembang sederhana pada 4.5 peratus berbanding unjuran awal 4-5 peratus pada 2023 berbanding 8.7 peratus pada 2022
  • Peruntukan Belanjawan 2023 disemak naik kepada RM386.14 bilion daripada RM372.3 bilion pada Oktober 2022
  • Hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023
  • Kerajaan menjangkakan kutipan hasil 2023 berjumlah RM291.5 bilion ketimbang RM294.4 bilion pada tahun lalu – PM Anwar
  • Kerajaan mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus
  • Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan
  • Belanjawan 2023: Indeks Persepsi Rasuah 2022 jatuh ke tangga 61 dibandingkan tangga 29 pada 1998, asbab kemerosotan kerana gagal bendung rasuah politik
  • Kadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022 iaitu pada kadar 3.3 peratus
  • Tarif elektrik telah dikekalkan bagi semua pengguna domestik dan perniagaan PKS
  • Agihan dividen ASB yang lebih kepada rakyat memerlukan
  • Kerajaan ambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar atau struktur percukaian
  • Wujud ketirisan dalam subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel diseleweng pada 2022
  • Kerajaan hilang RM72 juta hanya disebabkan proses kutipan duti import yang lemah
  • Kerajaan cadang perkenal Cukai Barangan mewah mulai tahun ini
  • Kerajaan sedia RM50 juta bagi membina baharu, naik taraf 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan
  • Kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus
  • Kerajaan terus sedia pelbagai kemudahan pinjaman dan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion
  • Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengilangan yang memindahkan operasi ke Malaysia dan kadar cukai 15 peratus kepada C-Suite sehingga tahun 2024
  • Prestasi pasukan penyelamat Malaysia di Turkiye amat cemerlang dan membanggakan, harap dapat tingkatkan kecekapan mengurus bencana

Senarai Bantuan / Inisiatif Yang Mendapat Perhatian Dalam Belanjawan 2023

Berikut adalah antara intipati dan ringkasan Bajet 2023 yang mendapat perhatian rakyat :

1. Ujian Lesen Memandu Percuma

– Bayaran ujian lesen memandu motosikal B2, teksi, bas & ehailing akan ditanggung kerajaan

2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

– Isi rumah kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada jumlah anak

– Tambahan RM600 (bakul makanan & baucar kepada isi rumah penerima STR termiskin berdasarkan maklumat e-Kasih)

3. Kredit e-Tunai Belia Rahmah

– RM200 kredit e-tunai untuk belia umur 18 – 20 tahun

4. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

– Pesawah padi akan menerima RM200 sebulan selama 3 bulan / semusim

– Pekebun kecil getah menerima RM800sebulan selama 4 bulan

5. Percukaian

– Kerajaan tidak akan melaksanakan GST & memperkenal kaedah lain untuk meningkatkan hasil negara

– Pengenalan cukai barangan mewah seperti jam tangan dll

– Cukai PKMS bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama akan dikurangkan kepada 15% dari 17% baki taksiran tahun 2023

– Kadar cukai pendapatan RM35,000 sehingga RM100,000 dikurangkan ke 2%. Untuk pendapatan RM100,000 sehingga RM1 juta dinaikkan dari 0.5% – 2%.

6. Diskaun PTPTN

– Bermula 1 Mac 2023, diskaun 20% bayaran balik selama 3 bulan

7. Tarif Elektrik

– Harga tarif elektrik pengguna domestik & PKS dikekalkan ikut kadar semasa

8. Rokok Elektronik / Vape

– Pengenalan duti eksais kepada produk cecair / gel mengandungi nikotin bagi produk vape

9. Pelepasan Muflis Kecil

– Individu diisytihar muflis bagi hutang bawah RM50,000 akan diberikan peluang kedua bermula 1 Mac 2023

10. Elaun Guru KAFA Dan Sumbangan Khas RM600

– Guru KAFA terima kenaikan elaun RM100, menjadikan jumlah elaun RM1,100

– Imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA & guru takmir akan terima RM600

11. Bonus / Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam & Pesara Kerajaan

– RM700 diberikan kepada penjawat awam (Gred 56 ke bawah) termasuk lantikan kontrak, pesara kerajaan akan terima RM350

12. Pas My50

– Pas bulanan RM50 bagi penggunaan LRT, MRT & bas Rapid di Lembah Klang

13. Pengampunan Penalti 100% LHDN

– Pengakuan sukarela cukai bermula 1 Jun 2023 – 31 Mei 2024 akan diberi pengampuan penalti Video Ucapan Pembentangan Bajet 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 1 – Golongan B40

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
  • Bantuan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak

Tambahan:

  • RM600 : Bakul makanan dan baucar makanan asas)
  • RM3,100 : Sumbangan Bakul Rahmah

Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Untuk mengetahui Jumlah Bayaran STR Fasa 2, 3 dan 4 serta Tarikh Bayaran setiap fasa, sila rujuk artikel berikut:

Perbandingan Dengan Bajet 2023 Oleh Kerajaan Sebelum Ini (PM Ismail Sabri)

intipati bajet 2023

FOKUS PERTAMA

Bagi Bajet 2023 pula, Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Memelihara Kebajikan Rakyat
  • Mengutamakan Keluarga Malaysia
  • Membina Kehidupan Kondusif

FOKUS KEDUA

Setelah aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira, Fokus Kedua Bajet 2023 pula adalah Kelangsungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Mempermudah Aktiviti Perniagaan
  • Merancak Pelaburan dan Perdagangan
  • Menyokong Industri Tumpuan

FOKUS KETIGA

Bagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil
  • Meneruskan Projek Infrastruktur Negara
  • Mengungguli Agenda Kelestarian

FOKUS KEEMPAT

Bajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Memperkukuh Perkhidmatan Utama
  • Membina Daya Tahan Negara
  • Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik

INTIPATI & SENARAI INISIATIF YANG DIUMUMKAN

Berikut adalah antara intipati Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini pada 7 Oktober 2022.

1. Subsidi Bil Elektrik

Subsidi bil elektrik diberikan sehingga RM40 diberikan kepada isi rumah miskin tegar e-Kasih.

Syarat pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan dari RM980 > RM1,169

2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)

i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,500 : Lebih 5 Anak

RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

BKM 2023
BKM 2023

ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000

RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

This image has an empty alt attribute; its file name is bkm-2023-5-1024x581.png

iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang

RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)

BAJET BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500

Tambahan RM500

BKM

3. e-Pemula

Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000, memanfaatkan 8 juta individu.

intipati bajet 2023

4. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan ( BAP ) sebanyak RM150 akan diberi kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa & akan disalurkan pada Januari 2023.

intipati bajet 2023

5. Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

Di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang lahir anak pada 2023 akan diberi bantuan tunai one-off RM500 dengan peruntukan RM150 juta.

Bantuan ini adalah bagi meningkatkan kadar kelahiran dan dalam masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.

6. Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023

Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM600 dan dibayar pada Mac 2023 bersama kenaikan gaji RM100.

7. Kenaikan Kadar Elaun Sara Hidup Tajaan JPA

Kadar Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian.

8. Kenaikan Gaji MySTEP

Gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100 ringgit berbanding RM1,400 hingga RM2,000

9. Pembangunan Perniagaan

  • Khazanah Nasional akan labur RM1 bilion di bawah Dana Impak pada 2023
  • EKUINAS sedia pelaburan Dana Asas berjumlah RM100 juta untuk syarikat bumiputera dengan nilai pelaburan minimum RM10 juta untuk setiap pelaburan
  • Kerajaan melalui MDEC akan pelopori usaha transformasi UTC sebagai hab digital
  • Kerajaan cadang penubuhan 2 UTC baharu, selenggara UTC sedia ada dengan peruntukan RM20 juta
  • HRD Corp akan sediakan RM750 juta untuk beri latihan kemahiran kepada lebih 800 ribu pekerja bagi tingkatkan produktiviti dan peluang pendapatan
  • RM10 juta disediakan kepada CREST untuk bangunkan aplikasi bagi industry automotive
  • Dana pelaburan lebih RM1 bilion akan diwujudkan sebagai pendekatan strategik bagi tarik lebih banyak pelaburan nilai tambah tinggi
  • Kerajaan komited capai tangga 10 teratas dunia sebagai negara berdaya saing menjelang 2025
  • RM20 juta disediakan secara geran padanan untuk pembangunan produk industri peranti perubatan
  • RM20 juta disediakan bagi laksanakan Program Usahawan Siswazah (PUSh) untuk manfaat 1,000 graduan ceburi bidang keusahawanan
  • Insentif cukai pendapatan bagi pengeluar produk farmaseutikal tempatan dilanjutkan sehingga akhir 2025
  • Kerajaan cadang status khas bagi Kompleks Petroleum Pengerang untuk insentif pelaburan industri kimia dan petrokimia
  • Cradle Fund akan sediakan peruntukan RM50 juta bagi membantu lebih banyak syarikat pemula berinovasi di peringkat antarabangsa

10. Perbelanjaan Pembangunan

  • Kerajaan akan tambah baik kemudahan di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak dengan membina wheelchair ramp
  • Bajet 2023 menyediakan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM95 bilion iaitu yang terbesar disediakan
  • Kerajaan cadang lanjutkan tempoh permohonan insentif Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemption (GITE) hingga 31 Dis, 2025 bagi menggalakkan peaburan hijau
  • Kerajaan komited untuk terus mensubsidi perkhidmatan pengangkutan udara dengan peruntukan RM209 juta bagi manfaat penduduk luar bandar
  • Inisiatif pas bulanan My50 bagi perkhidmatan rel dan bas diteruskan, manfaat hampir 180 ribu pengguna warga Lembah Klang
  • RM305 juta disediakan kepada masyarakat Orang Asli antaranya bagi program bantuan sosial, peningkatan taraf hidup serta Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli
  • Hampir RM1 bilion ringgit disediakan untuk kebajikan warga emas berbanding RM580 juta pada 2020
  • Kerajaan terus sediakan geran berjumlah RM21 juta untuk sokong operasi institusi penjagaan warga emas, kanak-kanak dan OKU swasta yang dikendalikan oleh NGO
  • RM1.2 bilion disediakan untuk OKU antaranya bantuan penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak berupaya kerja dan elaun pekerja cacat
  • Kerajaan terus perkasa Skim 1 OKU 1 Perniagaan dengan mengecualikan bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan
  • RM10 juta disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing
  • RM20 juta untuk bekalkan peralatan mengajar serta menambaik baik fasiliti di sekolah berkeperluan khas
  • Kerajaan sediakan insentif khas bagi tubuhkan 50 buah TASKA OKU baharu berbanding 13 buah sedia ada
  • RM10 juta disediakan di bawah inisiatif Agropenjara bagi memperluas aktiviti pertanian dan perladangan libatkan 70 hektar tanah penjara
  • Potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji bekas banduan termasuk penghuni Sekolah Henry Gurney, institusi perlindungan dan pemulihan Kerajaan serta pusat jagaan bukan Kerajaan

Maklumat Penuh Intipati Bajet 2023 Kerajaan PM Ismail Sabri: https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!