Astro X3 Boleh Dilanggan Mulai 20 Julai Ini, Harga Serendah RM39.99/bulan!

astro x3 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Astro X3 ialah perkhidmatan penstriman terbaharu daripada Astro Malaysia yang direka khusus untuk pasaran digital-first.

Dengan konsep X3 yang bermaksud “no box, no installation, and no contract” menjadikan produk terbaru Astro ini angat fleksibel.

Anda cuma perlu daftar secara dalam talian (online) dan siaran kegemaran boleh terus ditonton serta-merta dalam masa beberapa minit sahaja.

Tak perlu dah tunggu juruteknik datang rumah pasang Astro Box / dekoder!

Jom rujuk di bawah apa pakej yang ditawarkan Astro X3 , harga, ciri-ciri dan info lain berkaitan.

Astro X3 Boleh Dilanggan Mulai 20 Julai

Astro X3 diperkenalkan sebagai langkah inovatif Astro Malaysia untuk memenuhi keperluan pasaran digital-first yang mahukan hiburan dengan cara yang lebih pantas, ringkas, dan fleksibel.

Servis terbaharu ini membawakan konsep tanpa kotak dekoder, tanpa piring satelit, dan tanpa pemasangan fizikal yang renyah.

Pengenalan platform ini bukan sahaja menyelesaikan masalah gangguan siaran ketika hujan lebat melalui sistem penstriman internet sepenuhnya, malah ia menjadi penyelesaian terbaik buat penghuni kediaman moden seperti kondominium dan apartmen.

Pendaftaran Astro X3 untuk pelan kontrak 12 bulan (Pakej Entertainment & Sports) akan mula dibuka secara rasmi pada 20 Julai 2026 ini dengan harga serendah RM39.99/bulan sahaja.

Manakala, bagi anda yang mahukan kebebasan tanpa sebarang ikatan kontrak boleh menantikan pelan bulanan fleksibel yang bakal menyusul menjelang Disember 2026 nanti.

Pakej yang Ditawarkan

Astro X3 menawarkan dua jenis pakej iaitu Pakej Entertainment dan Pakej Sports.

Bagi anda yang hantu drama Melayu, rancangan realiti, dan siri eksklusif tempatan, Pakej Entertainment sedia menanti dengan harga promosi serendah RM39.99 sebulan untuk komitmen kontrak 12 bulan, atau RM59.99 sebulan bagi pelan bulanan yang lebih santai tanpa sebarang ikatan kontrak (bermula Disember 2026).

Untuk geng kaki bola Premier League, UCL, serta peminat tegar aksi lumba F1 dan MotoGP, Pakej Sports adalah pilihan terbaik dengan harga RM89.99 sebulan untuk kontrak setahun, manakala pilihan tanpa kontrak pula berharga RM109.99 sebulan (bermula Disember 2026).

Rujuk jadual di bawah:

Pilihan Pakej Astro X3

CiriAstro X3: Entertainment 12 PackAstro X3: Entertainment PackAstro X3: Sports 12 Pack
(Termasuk Entertainment)
Astro X3: Sports Pack
(Termasuk Entertainment)
Harga JualanRM39.99 sebulanRM59.99 sebulanRM89.99 sebulanRM109.99 sebulan
Kontrak12 bulanTiada kontrak12 bulanTiada kontrak
Manfaat Langganan• Akses kepada lebih 65 saluran
• Astro GO
• Akses kepada lebih 65 saluran
• Astro GO
• Akses kepada lebih 80 saluran termasuk Entertainment & saluran sukan langsung
• Astro GO
• beIN SPORTS CONNECT
• Sun NXT Lite
• Akses kepada lebih 80 saluran termasuk Entertainment & saluran sukan langsung
• Astro GO
• beIN SPORTS CONNECT
• Sun NXT Lite

Nota: Semua harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk SST. Pilihan tanpa kontrak akan mula ditawarkan pada Disember 2026.

astro x3

Cara Langgan Astro X3

Proses nak melanggan produk terbaru Astro ni tersangatlah mudah dan boleh dibuat secara digital sepenuhnya guna telefon pintar atau laptop tanpa perlu tunggu juruteknik datang rumah.

Langkah pertama, layari portal rasmi Astro X3 di https://promotions.astro.com.my/details/x3, skrol ke bawah dan klik I’m interested.

Isi maklumat dan klik Submit.

Seterusnya, bermula 20 Julai 2026 nanti, pendaftaran rasmi akan dibuka di mana anda boleh memilih pakej idaman sama ada Pakej Entertainment atau Pakej Sports.

Selepas urusan pembayaran selesai, langganan anda akan terus diaktifkan serta-merta.

Anda hanya perlu muat turun aplikasi Astro pada Smart TV rumah atau buka aplikasi Astro GO kat telefon pintar, log masuk guna akaun tadi, dan dah boleh terus layan penstriman rancangan kegemaran anda!

Perbandingan Antara Produk Astro

CiriAstro X3 (Dengan Kontrak)Astro X3 (Tanpa Kontrak)Pek Astro One
Kontrak12 bulanTiada kontrak24 bulan
Jumlah Saluran80+80+86+
Saluran RadioTiadaTiada19 saluran radio
Tambah Nilai Kandungan1. Kids*
2. Blockbuster
3. Sports Extra
Tiada1. Kids
2. Blockbuster
3. Sports Extra
4. Variety
5. News and Documentaries
Aplikasi OTT yang Disokong1. Disney+
2. Prime Video
Tiada1. Netflix
2. Disney+

*Cartoon Network (Saluran 615) tidak termasuk dalam add-on Kids Pack bagi Astro X3: Entertainment 12 Pack

Kenapa Perlu Bertukar ke Astro X3?

  • Penstriman Segera: Tiada lagi masa menunggu untuk janji temu pemasangan. Sebaik sahaja anda mendaftar, anda sudah bersedia untuk menonton.
  • Fleksibiliti: Bermula daripada serendah RM39.99 sebulan, anda mendapat akses kepada perpustakaan saluran yang luas dan kandungan mengikut permintaan (on-demand).
  • Akses Multi-Peranti: Dengan adanya Astro GO, anda boleh membawa hiburan bersama anda, sama ada semasa berada di ruang tamu atau ketika di luar rumah.
  • Ciri Masa Hadapan (Future-Proof): Kualiti tontonan 4K UHD yang memukau dan memberikan pengalaman menonton yang terbaik/

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Astro X3

Untuk melihat promosi semasa Astro X3, senarai pakej, atau perbandingan produk Astro yang lain, sila layari Laman Web Rasmi Astro Malaysia dan follow Instagram Astro Malaysia.

Anda juga boleh hubungi khidmat pelanggan Astro melalui: WhatsApp (0149649801

Apa itu Astro X3?

Astro X3 ialah perkhidmatan penstriman premium terbaharu daripada Astro Malaysia yang beroperasi sepenuhnya secara digital berasaskan internet (penstriman) tanpa menggunakan piring satelit atau kotak dekoder fizikal.

Ada gangguan siaran ketika hujan lebat?

Memandangkan Astro X3 menggunakan penstriman internet sepenuhnya tanpa piring satelit, anda boleh menonton dengan tenang walaupun hujan lebat di luar rumah, asalkan sambungan WiFi internet stabil.

Adakah harga RM39.99 atau RM89.99 itu harga bersih (net price)?

: Tidak, semua harga yang dinyatakan dalam risalah (RM39.99, RM59.99, RM89.99, dan RM109.99) adalah tidak termasuk cukai SST.

Saya ambil Pakej Entertainment 12 Pack, adakah saya dapat semua saluran kanak-kanak?

Anda akan dapat tambah nilai kandungan Kids Pack, tetapi saluran Cartoon Network (Saluran 615) tidak termasuk di dalam pelan add-on kanak-kanak untuk pakej Astro X3: Entertainment 12 Pack.

Bolehkah saya tonton Astro X3 ini di luar rumah?

Boleh. Semua pakej Astro X3 didatangkan dengan manfaat akses Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di telefon pintar atau tablet, log masuk, dan anda boleh sambung layan rancangan kegemaran semasa berada di luar rumah atau di tempat kerja.

Kalau saya ambil pelan tanpa kontrak, macam mana cara nak batalkan servis?

Kelebihan utama pelan Astro X3 Tanpa Kontrak yang bakal dilancarkan pada Disember 2026 nanti adalah kebebasan penuh pengurusan langganan di tangan pengguna. Anda boleh melanggan, menghentikan langganan buat sementara waktu, atau membatalkan terus servis pada bila-bila masa mengikut keperluan bajet bulanan. Proses pembatalan atau “pause” ini boleh dilakukan secara dalam talian.

Apa beza utama Astro X3 dengan Astro lama yang ada kat rumah sekarang?

Beza paling besar ialah Astro X3 langsung tak pakai kotak dekoder dan piring satelit.

Berapa harga paling murah untuk langgan Astro X3 ni?

Harga paling murah ialah RM39.99 sebulan untuk Pakej Entertainment (Kontrak 12 Bulan) yang memberikan akses kepada lebih 65 saluran hiburan dan drama.

Rumah wajib ada internet/WiFi ke kalau nak guna Astro X3?

Ya, wajib ada internet yang stabil. Memandangkan servis ini menggunakan sistem penstriman sepenuhnya, Astro X3 tidak akan berfungsi tanpa sambungan internet.

Follow eCentral di WhatsApp
Ikut