Cara Check No Astro (Semakan Nombor Akaun Astro Anda)

Sekiranya anda lupa nombor akaun Astro , terdapat beberapa cara mudah untuk check nombor ASTRO anda secara dalam talian, hubungi khidmat pelanggan, menggunakan aplikasi MyAstro atau melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Dengan menggunakan cara-cara yang dinyatakan di atas, anda tidak lagi perlu ke kaunter cawangan Astro yang berdekatan semata-mata untuk menyemak nombor Astro anda.

Bagi pelanggan Astro , anda perlulah mengingait nombor akaun Astro anda bagi urusan pembayaran bil Astro .

Malah, anda juga memerlukan nombor ASTRO ini untuk urusan lain seperti menghantar aduan ataupun ingin berhenti melanggan perkhidmatan yang ditawarkan Astro .

check nombor astro

1. Melalui khidmat SMS

Dengan menggunakan telefon, anda boleh menghantar SMS kepada pihak Astro untuk check nombor Astro anda.

Bagi pengguna prepaid, pastikan anda mempunyai kredit. Kemudian, ikut langkah mudah berikut:

  1. Taip ASTRO<jarak>ACC<jarak>12 Digit No Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 666888
  3. Contoh ASTRO ACC 900202022345

Selepas beberapa saat, anda akan menerima SMS daripada pihak Astro beserta maklumat nombor akaun Astro anda.

2. Melalui talian khidmat pelanggan

Untuk kemudahan setiap pelanggan Astro, Astro telah menyediakan nombor khas bagi talian khidmat pelanggan bagi pelanggan mereka membuat aduan, terminate akaun Astro, menyemak bil Astro, menyemak nombor Astro atau banyak lagi.

Talian khidmat pelanggan ini boleh dihubungi di talian 03 9543 3838.

Sila bercakap dengan pihak operator dan nyatakan anda ingin menyemak nombor akaun Astro anda. Untuk tujuan keselamatan anda mungkin akan diminta untuk memberikan maklumat berkaitan diri anda.

3. Melalui portal Astro

Pihak Astro juga menyediakan sebuah portal khas dimana pelanggan boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya menyemak maklumat akaun, info terbaru rancangan yang ditayangkan, bayar bil Astro dan banyak lagi.

Untuk check nombor Astro anda, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi Astro di pautan https://www.astro.com.my/
  2. Klik pada ikon atau tulisan Login pada bahagian menu atas laman web tersebut
  3. Log masuk menggunakan akaun Astro ID anda. Sekiranya belum mempunyai Astro ID, anda dikehendaki melakukan pendaftaran baru
  4. Pada bahagian dashboard anda, klik pada bahagian bil.
  5. Daripada bil tersebut, anda boleh melihat nombor akaun Astro anda

4. Melalui aplikasi My Astro

Pihak Astro telah membangunkan sebuah aplikasi untuk pelanggan mereka yang diberi nama My Astro.

Buat masa ini, aplikasi ini boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan iOS dan anda boleh memuat turun daripada Google Play atau App Store daripada pautan di bawah:

Kemudian, log masuk akaun Astro anda menggunakan Astro ID. Sekiranya belum mempunyai Astro ID, anda dikehendaki membuat pendaftaran akaun baru terlebih dahulu.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!