Zest-i Maybank: Mohon Di MAE & Menang Sehingga RM5 Juta!

Biasanya kita dengar tentang akaun pelaburan menawarkan keuntungan tahunan seperti ASB dan SSPN, tapi tahukah anda bahawa Maybank telah menawarkan akaun pelaburan patuh Syariah yang terbuka kepada semua iaitu Zest-i.

Untuk buka akaun baru ini, hanya perlu mohon melalui aplikasi MAE sahaja!

Akaun ini bukan saja menawarkan kemudahan simpanan wang, tetapi juga berpotensi memperoleh keuntungan bulanan, bahkan turut menawarkan pelbagai hadiah sepanjang tahun untuk dimenangi setiap bulanan, suku tahunan, setengah tahun dan tahunan.

Jadi, daripada kita simpan duit dalam akaun simpanan biasa saja, bukankah lebih untung kalau dapat melabur dalam akaun pelaburan?

Nak buka akaun atau urus transaksi pun semuanya mudah sebab semuanya boleh dilakukan secara online melalui aplikasi MAE atau Maybank2U.

Seronok kan? Jom ketahui lebih lanjut tentang akaun pelaburan Zest-i Maybank di sini.

Apa Itu Zest-i Maybank?

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya untuk melabur sejak usia muda, syarikat perbankan Maybank Islamic memperkenalkan Zest-i yang patuh Syariah.

Pelabur hanya memerlukan deposit awal serendah RM10 untuk permohonan di aplikasi MAE dan RM50 untuk permohonan di laman web Maybank2u.

Lebih menarik lagi, pembukaan Akaun Zest-i adalah sangat mudah dan boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u tanpa perlu beratur di bank.

Dengan melabur dan mengekalkan Baki Akhir Bulan (BAB) serendah RM200 melalui akaun Zest-i, pelabur layak untuk memenangi hadiah menarik secara bulanan, setengah tahun dan tahunan.

Hadiahnya yang ditawarkan pula bukannya calang-calang! Antaranya Perodua Myvi, Perodua Alza, iPhone 14 Pro, MI Robot Vacuum Mop 2 Lite, Samsung Smart Watch 5, Macbook Air M2, Honda CRV, Pakej Umrah / Percutian dan banyak lagi.

Untuk kempen terbaru, hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Hadiah Utama: BMW iX xDrive40
  • Hadiah Pertama: 1kg Emas Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)
  • 20x Hadiah Kedua: Umrah/Percutian VVIP
  • 8x Hadiah Ketiga:
  • 10g Emas Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)

Tunggu apa lagi, jom buka akaun Zest-i Maybank sekarang di link ini.

Kelebihan Akaun Pelaburan Zest-i Maybank

Antara kelebihan dan kelebihan pembukaan akaun pelaburan Zest-i adalah:

  • Berpeluang memenangi hadiah sepanjang tahun – hadiah tahunan, setengah tahun, suku tahunan dan bulanan dengan pelaburan serendah RM200 sahaja
  • Anda akan memperoleh kadar keuntungan indikatif berdasarkan Nisbah Perkongsian Keuntungan*
  • Pengurusan akaun yang mudah melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.
  • Akses ATM yang meluas tersedia di lebih 2,900 ATM Maybank dan ATM antarabangsa
  • Pemegang akaun Zest-i boleh memohon perkhidmatan buku cek (caj buku cek adalah RM7.50/50 muka halaman. Manakala, perkhidmatan buku cek tidak tersedia bagi akaun simpanan (Savings).

*Keuntungan akan dibayar setiap bulan dan tidak tertakluk kepada jumlah baki atau jumlah pengeluaran

Jumlah Pelaburan Minimum

Anda hanya perlu melabur sekurang-kurangnya RM50 untuk permulaan.

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Individu dalam kategori Akaun Amanah yang berumur bawah 18 tahun
  • Individu berumur 18 tahun ke atas;
  • Pemastautin Tetap Malaysia,
  • Bukan Pemastautin Malaysia (dengan permit kerja);
  • Pemegang akaun bersama

Cara Permohonan Akaun Zest-i Dalam Talian

Sila rujuk langkah-langkah berikut untuk membuka akaun secara atas talian:

I) Cara Buka Akaun Zest-i bagi Pelanggan Maybank Sedia Ada

  1. Muat turun dan buka aplikasi MAE
  2. Pergi ke ‘More’
  3. Tekan ‘Apply’, pilih ‘Zest-i’ di bahagian ‘Account’
  4. Ikut arahan yang tertera pada skrin untuk melengkapkan permohonan

II) Cara Buka Akaun Zest-i Maybank bagi Pelanggan Baharu

  1. Layari https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/accounts/mudarabah/zest-i-bm.page
  2. Klik ‘Apply Now’
  3. Isikan butiran anda
  4. Lengkapkan ‘Suitability Assessment Form’
  5. Isikan butiran akaun anda dan pilih cawangan pilihan anda
  6. Semak dan sahkan semua maklumat
  7. Tahniah! Permohonan anda telah berjaya

Anda hanya perlu cipta akaun Maybank2u anda dan buat janji temu dengan cawangan pilihan anda dalam masa 10 hari bekerja untuk melengkapkan pengaktifan akaun anda.

Sila bawa bersama:

  • Nombor rujukan e-mel
  • MyKad anda (bagi warganegara Malaysia) / Pasport (bagi warganegara asing)
  • RM50 sebagai jumlah penempatan awal

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila layari saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!