Advertisements

Senarai ATM Tukar Duit Raya Maybank, Ambank, & Affin Bank

Advertisements

Malas nak beratur panjang semata-mata nak tukar duit raya? Kini anda hanya perlu ke mesin ATM untuk menukar duit raya bernilai RM10 dan RM50.

Mudah dan cepat!

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM (2022)

Tahukah anda, bagi tahun 2022 ini, terdapat beberapa pilihan mesin ATM yang menyediakan perkhidmatan tukar duit raya.

Antara ATM yang menyediakan perkhidmatan ini adalah Maybank, Ambank dan Affin Bank.

Berikut kami kongsikan cara membuat penukaran duit raya dan senarai ATM yang menyediakan perkhidmatan ini.

i) ATM Maybank

Ikuti perkongsian Mohd Shukur di Facebook.

1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin in’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru.

2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.

3. Jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.

4. Mintak sampul raya daripada kaunter depan. 

Senarai Lokasi Mesin ATM Maybank Raya

Tarikh perkhidmatan ditawarkan : 21 April 2022 hingga 4 Mei 2022

Not kertas yang disediakan :  RM10 & RM50 

Berikut senarai ATM Maybank di seluruh Malaysia yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya di mesin ATM.

tukar duit raya atm
tukar duit raya atm

Info lanjut

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2022/april/atm-raya.page?

ii) Ambank

Menurut senarai daripada AmBank, sebanyak 40 ATM di seluruh negara tersedia untuk mengeluarkan wang kertas RM10 dan sedang dalam perkhidmatan sehingga 6 Mei.

Walaubagaimanapun penukaran wang kertas adalah dihadkan pada RM300 setiap transaksi.

Sila rujuk senarai ATM Ambank di bawah:

Senarai Lokasi Mesin ATM Ambank Raya

Tarikh : Sehingga 6 Mei 2022

Not kertas yang disediakan : RM10

tukar duit raya atm

Maklumat lanjut: https://www.ambankgroup.com/eng/Announcements/Documents/ListofBranchesforRaya2022NotesDispensing.pdf

iii) Affin Bank

Terdapat sejumlah 51 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic yang mempunyai ATM Raya yang bernilai RM10 dan RM50.

Penukaran boleh dibuat mulai 20 April sehingga kehabisan stok.

Sila rujuk senarai ATM Affin Bank di bawah:

Senarai Lokasi Mesin ATM Affin Raya

Tarikh : Sehingga kehabisan stok

Not kertas yang disediakan : RM10 & RM50

Maklumat lanjut : https://www.affinalways.com/storage/announcement_list/uploads/LIST-OF-DUIT-RAYA-ATM-MACHINE-2022-ENG.pdf

Jom Tukar Duit Raya!

Semoga senarai ini dapat membantu anda semua untuk mengelakkan kesesakan beratur di bank untuk membuat penukaran wang kertas.

Jom kongsikan dengan rakan-rakan yang lain!

Baca juga:

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment