Cara Tukar Transfer Limit Maybank Online Melalui Maybank2u

Sebagai langkah keselamatan, pihak Maybank telah memperkenalkan limit Maybank2u bagi menetapkan had atau limit transaksi yang boleh dilakukan oleh pengguna mereka.

Maybank2u sememangnya sebuah aplikasi perbankan milik Maybank yang banyak memudahkan transaksi wang dilakukan secara dalam talian melalui komputer atau apa jua peranti yang mempunyai capaian internet.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melakukan pelbagai transaksi akaun Maybank mereka antaranya:

  1. Pindahan wang ke akaun pihak ketiga
  2. Pembayaran bil
  3. Periksa baki akaun semasa dan akaun simpanan
  4. dan banyak lagi.

Had limit Maybank2u

limit maybank2u

Secara umumnya berikut adalah had limit transaksi pemindahan wang melalui Maybank2u namun amaun ini boleh diubah:

  1. Pindahan wang ke akaun pihak ketiga – RM3,000
  2. Pindahan wang antara Bank GIRO – RM3,000
  3. Pindahan wang antara bank Segera – RM3,000
  4. Pindahan Telegrafik Asing – RM10,000
  5. Pindahan DuitNow – RM3,000

Namun, sekiranya amaun transaksi anda melebihi amaun di atas, anda perlulah membuat penukaran limit terlebih dahulu.

Promosi: Dapatkan tabung Maybank Edisi Khas

Cara Tukar Transfer Limit Maybank Melalui Laman Maybank2U

Anda boleh membuat penukaran limit Maybank2u ini terus melalui laman web Maybank2u yang boleh dilayari melalui kompter atau peranti anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman Maybank2u di Maybank2u.com.my
  2. Log masuk ke akaun anda
  3. Pada bahagian menu atas laman tersebut, klik pada Settings
  4. Klik Pay & Transfer
  5. Klik Transfer Limit
  6. Klik pada ikon pensel untuk menukar limit transaksi.
  7. Klik butang Save Changes
  8. Tunggu sehingga dapat nombor TAC melalui SMS
  9. Masukkan nombor TAC
  10. Klik butang Confirm.

Anda boleh memilih untuk membuat penukaran limit untuk kesemua kategor transaksi atau kategori tertentu sahaja seperti yang diingini.

Sila rujuk video di bawah untuk memudahkan anda lebih faham.

Cara Tukar Transfer Limit Maybank Melalui aplikasi Maybank2U

Ketika artikel ini ditulis, pihak eCentral cuba membuat penukaran limit melalui aplikasi Maybank2u tetapi malangnya buat masa ini fungsi penukaran limit ini tidak terdapat pada aplikasi Maybank2u.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk membuat penukaran limit adalah melalu laman web rasmi Maybank2u sahaja.

Artikel berkaitan:

  1. Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online
  2. Cara Daftar Akaun MAE Maybank2u Tanpa Perlu Ada Akaun Maybank

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Maybank2u melalui pautan berikut https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/faq/online_banking/online_settings_faq.page

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!