Permohonan Zakat Selangor Peduli Untuk B40 Terjejas COVID19

Permohonan Zakat Selangor Peduli kini dibuka!

Warga Selangor yang layak boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup 20 Disember 2021.

Tahukah anda, berbanding zakat yang biasa, Zakat Selangor Peduli ini dikhaskan untuk B40, dan BUKAN UNTUK ASNAF fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS.

Ini bermakna, anda boleh memohon untuk menerima bantuan ini sekiranya anda merupakan golongan B40 dan terjejas akibat pancdemik, walaupun tidak tergolong sebagai penerima zakat / asnaf.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan Zakat Selangor Peduli ini untuk makluman bersama.

Apakah Zakat Selangor Peduli?

Bantuan Zakat Selangor Peduli ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.

Bantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).

Bantuan ini ditawarkan kepada individu B40 yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan yang memenuhi syarat dan kriteria yang tertentu.

Ia BUKAN UNTUK ASNAF fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS.

Permohonan bantuan ini dibuka secara rasminya bermula bulan Julai 2021.

Tarikh Permohonan

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli kini dilanjutkan sehingga 20hb Disember 2021.

Permohonan ini adalah secara “one-off” dan hanya terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan.

Permohonan ini dibuka juga buat yang pertama kali ingin memohon dan juga untuk permohonan rayuan.

Syarat-syarat Permohonan

Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
  3. Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  4. Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  5. Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

Individu yang terkesan akibat COVID-19 seperti berikut:

  1. Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
  2. Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  3. Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  4. Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
  5. Lain-lain

Baca juga:

Cara Permohonan

Permohonan bagi bantuan Zakat Selangor Peduli ini boleh diakses melalui pautan ini : Zakat Selangor Peduli

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Zakat Peduli Selangor

BilDokumen
1Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
2Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
3Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
4Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN
5Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
6Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil : SURAT PERWAKILAN KUASA
7Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).

NOTA: Jika tidak mempunyai surat diberhentikan kerja, pemohon boleh mengisi Borang Akuan Hilang Pendapatan. Klik sini untuk muat turun : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN

SILA PASTIKAN PERMOHONAN ANDA LENGKAP SEBELUM MENGHANTAR PERMOHONAN INI.

PIHAK LZS BERHAK MENOLAK PERMOHONAN YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT SERTA LAMPIRAN YANG TIDAK LENGKAP DAN PALSU.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini: