Senarai Bantuan Rakyat Selangor Dalam Belanjawan Selangor 2022

Belanjawan Selangor 2022: Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) akan memperuntukkan RM3,600 setahun ataupun RM 300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak.

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah diumumkan dalam Belanjawan 2022 Selangor pada 26 November dengan peruntukan RM108 juta bagi membantu 30,000 keluarga termasuk ibu tunggal mendepani cabaran pascapandemik.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan RM300 sebulan selama setahun diagihkan mulai Februari 2022 bagi membeli barang keperluan rumah dan pendidikan anak-anak.

bingkas selangor
Belanjawan selangor 2022

Baca juga:

Selain itu, Program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang menawarkan biasiswa diperkenal bagi membantu wanita negeri ini menyambung pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana pelbagai bidang.

Inisiatif bawah Wanita Berdaya Selangor dengan biasiswa RM200,000 setahun melibatkan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, khusus untuk mereka di pelbagai peringkat kepimpinan dan lapangan.

Selangor menyediakan pelan pembangunan untuk tempoh lima tahun mulai 2022 bagi mempercepat proses pemulihan ekonomi pascapandemik dan memacu agenda negeri, kata Dato’ Menteri Besar.

Info lanjut tentang cara permohonan dan semakan kelayakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berikut adalah antara ‘highlight’ bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2022 hari ini:

  • Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
    • RM300 sebulan / RM3,600 setahun
  • Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    • RM100 baucar beli-belah pada bulan kelahiran
    • RM500 khairat kematian
  • Iltizam Anak Selangor
    • RM100 setahun pembukaan sijil SSPN PRIME bagi anak yang baru lahir di negeri Selangor
  • Bantuan Anak Yatim COVID-19
    • RM500 setiap anak
  • Inisiatif Wanita Berdaya Selangor
    • Biasiswa RM200,000 setahun melibatkan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, khusus untuk mereka di pelbagai peringkat kepimpinan dan lapangan.
  • Pemberian bot, enjin dan alat pengesan lokasi (GPS) ikan antara bantuan terbaharu Kerajaan Negeri bagi membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.
  • Kerajaan Negeri memperkenal Program Permit Khas yang membenarkan tanah pertanian diguna untuk kegiatan lain, kata Dato’ Menteri Besar.
  • Kerajaan Negeri membangunkan aplikasi rasmi pelancongan Go Selangor yang dijangka tersedia kepada orang ramai awal Februari tahun depan.
  • Bantuan Khas Kewangan Kedua – Penjawat Awam
    • Satu bulan gaji dengan minimum RM1,000
    • Akan dibayar pada 29 Disember 2021

Rujuk senarai ringkasan penerima manfaat Belanjawan Selangor 2022 di dalam jadual infografik di bawah:

Belanjawan selangor 2022

Sumber: SelangorKini

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!