Permohonan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor

Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2021 / 2022 kini dibuka!

Antara bantuan yang ditawarkan:

  • Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Yuran Pengajian)
  • Bantuan Persediaan Masuk ke IPT
  • Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP)
  • Wang saku, penginapan dan elaun buku

Jom ketahui lebih lanjut tentang bantuan ini.

dermasiswa selangor pengajian tinggi

Pengenalan Portal Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Portal Pendidikan Lembaga Zakat Selangor ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian.

Ia sebagai kesinambungan kepada tajaan pengajian yang dibuat secara manual sebelum ini iaitu melalui kaunter LZS sejak bantuan ini mula diperkenalkan.

Melalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat membuat permohonan dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar.

Ia sejajar dengan perkembangan agihan zakat di LZS yang kini menuju ke era digitalisasi.

Antara objektif lain termasuklah:

  • Memberikan kemudahan dan akses secara atas talian kepada pemohon untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian) dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian melalui Portal Pendidikan.
  • Pemohon dapat menyemak status bantuan yang dipohon dari semasa ke semasa melalui Portal Pendidikan.
  • Maklumat dan syarat berkaitan bantuan yang dipohon akan dapat difahami dengan lebih jelas dan terperinci.

Baca juga:

Syarat Permohonan Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS)

  1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  2. Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  3. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT)
dermasiswa zakat selangor
dermasiswa zakat selangor

Cara Permohonan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS)

  1. Layari https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/
  2. Daftar & lengkapkan maklumat diperlukan
  3. Muatnaik dokumen lampiran
  4. Hantar permohonan
  5. Semak keputusan selepas 6 hari bekerja
  6. Terima tawaran penajaan
  7. Cetak surat & daftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan LZS

Anda layak? Mohon ONLINE sekarang!

https://pendidikan.zakatselangor.com.my

Muat Turun Dokumen Rujukan

BilDokumenMuat Turun
1User Manual Portal Pendidikan LZS Muat Turun
2Senarai ILKA Panel LZS Muat Turun
3Senarai IPTS dan ILKS Panel LZS Muat Turun

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!